BERPUASA bukan alasan untuk kita jadi lemau dan tidak bermaya! Walaupun berpuasa, badan tetap boleh kekal bertenaga kalau kita tahu cara yang betul. Mahu tahu rahsianya? Teruskan membaca artikel ini sehingga habis! Pertama sekali, jangan bermalasan untuk bangun sahur! Walaupun sahur itu sunat sahaja, cuba sedaya upaya untuk bersahur. Pengambilan makanan yang betul untuk sahur boleh memberi tenaga sepanjang hari. Pilih makanan berkhasiat seperti oat, kurma, susu dan roti gandum. Elakkan mengambil makanan berminyak dan terlalu manis, nanti anda cepat letih! Tidur yang mencukupi juga sangat penting untuk memastikan badan kekal segar dan bertenaga sepanjang hari. Jika terasa letih, cuba…
Umi Fatehah
DALAM artikel sebelum ini, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid telah menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku berbelanja, termasuk kemudahan transaksi tanpa tunai. Dalam bahagian ini, Relevan akan mengupas pula mengenai konsep Buy Now Pay Later (BNPL) yang semakin popular, terutamanya dalam kalangan pengguna muda. Apakah kelebihan dan risikonya? Bagaimana ia boleh mempengaruhi kestabilan kewangan individu? Mari kita teliti dengan lebih lanjut. Aimi Zulhazmi berkata meskipun BNPL memberi ruang untuk membeli sesuatu dengan pembayaran ansuran tanpa faedah, ia juga boleh menjerumuskan pengguna ke dalam beban hutang jika tidak dikawal dengan baik. “Pembelian BNPL kelihatan…
DALAM era digital yang serba pantas ini, transaksi tanpa tunai atau cashless semakin menjadi norma dalam kehidupan seharian. Dari penggunaan kad debit dan kredit hingga e-dompet serta pembayaran QR, masyarakat kini lebih selesa melakukan pembelian tanpa perlu membawa wang tunai. Kemajuan teknologi kewangan bukan sahaja menawarkan kemudahan dan kelajuan dalam urusan pembayaran tetapi juga mengubah cara pengguna mengurus perbelanjaan. Persoalannya, adakah perubahan ini memberi manfaat sepenuhnya atau ada perkara yang perlu diambil kira agar kewangan tetap terkawal? Kemudahan atau perangkap kewangan? Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata berbelanja secara tanpa tunai boleh dikatakan…
SETIAP pagi, ibu bekerja menghadapi detik yang paling berat iaitu meninggalkan anak di taska. Melihat si kecil yang masih belum faham apa-apa membuatkan hati ibu berbelah bahagi. “Patutkah aku bekerja? Atau lebih baik aku duduk di rumah dan jaga anak sendiri?” Persoalan ini sering bermain di fikiran ibu-ibu yang terpaksa keluar mencari rezeki. Rasa bersalah itu hadir tanpa dipinta sehinggakan ada yang menganggap mereka bukan ibu yang baik kerana perlu meninggalkan anak untuk bekerja. Namun, percayalah – anda bukan ibu yang jahat hanya kerana meninggalkan anak di taska untuk bekerja. Ibu-ibu, tolong jangan rasa bersalah Rasa bersalah itu sangatlah normal…
RAMADAN bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga tetapi juga peluang untuk perbaiki tabiat pemakanan. Pemilihan makanan yang sihat ketika berbuka puasa dapat membantu tubuh kekal bertenaga, mengelakkan rasa lesu selepas makan dan menyokong kesihatan jangka panjang. Berikut adalah beberapa idea juadah berbuka yang lebih sihat dan sesuai untuk rakyat Malaysia: Mulakan dengan kurma dan air kosong Kurma bukan sekadar sunnah tetapi juga sumber tenaga yang baik selepas seharian berpuasa. Ia mengandungi gula semula jadi, serat dan mineral seperti kalium yang membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. Betul, sunat berbuka puasa dengan makanan manis terlebih dahulu. Tetapi ia tidak bermakna anda…
ALHAMDULILLAH, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita hampir ditemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan iaitu bulan yang membawa seribu keberkatan, keampunan dan peluang untuk kembali mendekatkan diri kepada-Nya. Namun, sebelum memasuki bulan mulia ini, ada satu tanggungjawab yang perlu kita lunaskan iaitu mengganti puasa yang tertinggal tahun lalu. Bagi yang masih belum menggantikan puasa, inilah peluang terakhir sebelum Ramadan tiba. Jika tidak sempat, adakah perlu membayar fidyah? Bagaimana cara mengiranya? Mari kita fahami lebih lanjut agar ibadah kita lebih sempurna dan diterima Allah. Siapa yang wajib mengganti puasa? Menggantikan puasa atau qada’ diwajibkan bagi individu yang tidak dapat berpuasa pada…
SIAPA suka makan makanan ringan? Coklat, keropok, gula-gula memang sedap, bukan? Tetapi, pernah tak anda perasan, harga makanan ringan sekarang sudah tidak sama seperti dahulu? Kalau dahulu, dengan RM1 boleh dapat dua bungkus keropok. Sekarang, dengan RM1 hanya dapat satu bungkus sahaja! Kenapa harga makanan ringan asyik meningkat? Keadaan ini dikenali sebagai inflasi. Apa itu inflasi? Bayangkan begini: Dahulu, dengan RM1, anda boleh membeli dua aiskrim. Tetapi sekarang dengan RM1, hanya dapat satu sahaja. Kenapa? Hal ini kerana saban tahun, harga barang semakin meningkat dan menyebabkan kuasa beli duit berkurang. Secara mudah, inflasi berlaku apabila harga barang semakin mahal dan…
PERNAHKAH anda terfikir, kenapa waktu malam kita rasa mengantuk dan apabila pagi kita rasa segar? Semuanya kerana kelenjar pineal! Walaupun saiznya kecil macam kacang, kelenjar dalam otak ini berkuasa untuk mengawal tidur dan bangun kita. Apa itu kelenjar pineal? Kelenjar pineal terletak di tengah otak dan bertanggungjawab mengeluarkan melatonin iaitu hormon yang buat kita rasa mengantuk pada waktu malam dan segar di siang hari. Kelenjar ini ibaratnya seperti suis lampu. Melatonin akan ‘dihidupkan’ apabila persekitaran menjadi gelap dan ‘dimatikan’ jika cerah. Adakah kelenjar ini penting? Bayangkan kalau kelenjar pineal rosak atau tak berfungsi dengan baik. Kita mungkin susah tidur malam…
“ADUH, malasnya nak pergi kerja esok.” “Hari Isnin lagi? Cepatnya hujung minggu berlalu.” “Kenapa aku masih di sini? Bos tak pernah hargai usaha aku.” “Kalau berhenti kerja, cukupkah simpanan untuk terus hidup?” Pernah tak ayat-ayat di atas terlintas di fikiran? Atau mungkin anda kerap mengeluh setiap kali bangun pagi, rasa berat nak ke pejabat? Hakikatnya, kita semua pernah lalui saat-saat kerja terasa membebankan. Tetapi, adakah perasaan itu normal dan hanya fasa sementara atau sebenarnya tanda-tanda anda patut berhenti kerja? Berhenti kerja bukan keputusan mudah. Ia bukan sekadar meninggalkan meja pejabat dan ucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja. Ia melibatkan kewangan,…
RAMAI anak muda hari ini berdepan kehidupan yang semakin mencabar. Dalam usaha mencapai kejayaan, mereka sering menemui halangan yang melemahkan semangat dan menimbulkan rasa putus asa. Masalah ini bukan sekadar berpunca daripada sikap peribadi atau kurang disiplin diri tetapi lebih kepada tekanan sosial, ekonomi dan psikologi dalam era ini. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar tekanan mental dalam kalangan generasi muda telah meningkat lebih daripada 25 peratus sejak tahun 2020. Ini menunjukkan bahawa masalah ini bukan bersifat individu semata-mata tetapi melibatkan faktor lain yang lebih besar. Ketidakseimbangan antara usaha dan ganjaran Dalam dunia ideal, setiap usaha keras sepatutnya membuahkan…

