Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pernah tertanya mengapa menguap boleh berjangkit? Ini jawapannya

    Pernah tertanya mengapa menguap boleh berjangkit? Ini jawapannya

    By Umi FatehahAugust 6, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pernah tertanya mengapa menguap boleh berjangkit? Ini jawapannya. - GAMBAR HIASAN OLLY/PEXELS

    PERASAN tak bila tengok orang sebelah menguap, tiba-tiba kita pun rasa nak menguap? Atau lebih pelik lagi, bila tengok gambar atau video orang menguap pun rasa nak buat benda yang sama. Kadang-kadang, baru baca perkataan “menguap” pun otak sudah menghantar signal untuk menguap juga.

    Mungkin anda pun sedang menguap ketika sedang membaca artikel ini. Jangan risau, anda tidak keseorangan. Fenomena ini ada nama saintifiknya dan para penyelidik pun belum betul-betul pasti kenapa ia berlaku.

    Menguap pun boleh berjangkit?

    Fenomena ini dipanggil contagious yawning atau menguap berjangkit. Ia bukanlah penyakit tetapi memang boleh berjangkit. Perbezaannya, menguap tidak berjangkit melalui virus tetapi menggunakan deria mata dan otak. 

    Menguap berjangkit biasanya berlaku apabila seseorang melihat, mendengar atau malah memikirkan tentang menguap.

    Kadangkala sekadar membaca tentang menguap pun cukup untuk mencetuskan aksi refleks itu.

    Secara purata, manusia menguap antara lima hingga 10 kali sehari, tetapi kalau anda keletihan, bosan atau baru bangun tidur, jumlahnya boleh jadi jauh lebih tinggi. Menguap bukan hanya berlaku bila kita mengantuk. Ia juga boleh berlaku ketika kita tertekan, resah atau bosan.

    Siapa yang mudah dijangkiti?

    Kajian menunjukkan bahawa kita lebih mudah dijangkiti menguap daripada orang yang kita kenal dan rapat seperti ahli keluarga, kawan baik atau pasangan. Malah, sesetengah saintis percaya ia berkait dengan empati dan hubungan sosial.

    Otak kita secara tidak sedar boleh meniru tingkah laku orang sekeliling terutamanya mereka yang rapat dengan kita. Kajian di Universiti Pisa, Itali mendapati bahawa lagi rapat hubungan seseorang itu dengan kita, lagi cepat kita dijangkiti menguap. Jadi kalau kawan baik sedang menguap, besar kemungkinan anda pun akan menguap tak lama selepas itu. 

    Tetapi anda menguap bukan kerana bosan mendengar dia membebel sebaliknya, otak memberi signal untuk ‘bersimpati’ dan meniru kawan baik yang sedang ternganga.

    Lebih tinggi tahap empati seseorang, lebih besar kemungkinan dia akan ikut menguap bila orang lain menguap. Kalau langsung tak rasa nak menguap bila semua orang tengah menguap, mungkin anda seseorang yang kurang rasa empati?

    Kenapa kita menguap?

    Sebenarnya, sehingga hari ini para saintis belum menjumpai jawapan yang muktamad. Antara teori yang paling popular ialah:

    • Menyejukkan otak – Bila otak kita panas kerana terlalu fokus, penat atau mengantuk, menguap berfungsi seperti kipas untuk menyejukkannya.
    • Memberi isyarat sosial – Dalam kumpulan, menguap mungkin petanda kita semua perlukan rehat. Ia boleh menjadi cara komunikasi secara tidak sedar.
    • Aktiviti refleks semula jadi – Ada kalanya menguap tanpa sedar mungkin untuk meningkatkan bekalan oksigen atau regangkan otot-otot muka dan rahang.

    Namun, tidak kisahlah teori mana yang anda percaya. Apa yang pasti, menguap adalah tabiat semula jadi dan sangat sukar untuk dielakkan kalau orang depan anda tengah menguap sambil air mata bertakung.

    Haiwan pun boleh berjangkit?

    Ya! Beberapa kajian dan pemerhatian menunjukkan bahawa haiwan seperti cimpanzi, anjing dan kucing juga boleh mengalami menguap berjangkit terutamanya dengan tuan yang mereka sayang. 

    Maknanya, kalau kucing menguap selepas tengok anda menguap, itu mungkin tanda kasih sayang juga. Atau mungkin dia cuma bosan mendengar bebelan anda.

    Kalau tak menguap?

    Otak setiap orang berfungsi dengan cara yang berbeza. Ada yang mudah terkesan, ada juga tidak terjangkit. Jadi, jangan risau kalau anda tak pernah terjangkit dengan menguap orang lain.

    Tetapi kalau tiba-tiba anda langsung tak boleh menguap walaupun rasa nak sangat, itu mungkin petanda ada sesuatu yang tak kena secara fizikal seperti masalah saraf atau rahang. Dalam kes begitu, lebih baik jumpa doktor. – RELEVAN

    Previous ArticleTitik demi titik, Louis Braille mengubah dunia orang buta
    Next Article Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.