Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    • Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    • Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    • Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026
    • Kewangan

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

    Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

    By Umi FatehahAugust 11, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    KITA bekerja keras setiap bulan tetapi pada masa sama, ramai berdepan masalah kewangan. Kebanyakan kita terikat dengan hutang.

    Ansuran rumah, hutang kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit menambahkan beban kewangan serta memberi tekankan emosi. Masalah hutang melampau yang berlarutan membuatkan ramai gagal keluar daripada kitaran kesusahan ini.

    Merdeka daripada hutang adalah impian setiap individu. Ia membuka peluang kepada simpanan masa depan, melabur untuk menjana kekayaan dan mencapai semua impian lain. 

    Apa yang boleh dilakukan untuk bebas daripada hutang melampau? Pakar-pakar kewangan berkongsi tips merdekakan diri daripada bebanan hutang.

    1. Fahamkan punca berhutang

    Langkah pertama – faham bagaimana seseorang boleh terjebak dalam situasi itu. Adakah ia disebabkan oleh kecemasan seperti bil hospital atau kerana gaya hidup melebihi kemampuan?

    Ramai yang terperangkap kerana menggunakan kad kredit tanpa kawalan, membuat pembelian impulsif atau mengambil pinjaman tanpa perancangan. 

    Dengan mengenal pasti punca berhutang, anda dapat mengelakkan kesilapan sama berulang pada masa hadapan. Contohnya, jika anda kerap berbelanja untuk barangan tidak perlu ketika ada promosi, cuba tetapkan bajet khas untuk hiburan dan patuhi jumlah itu.

    1. Rangka pelan

    Hutang tidak akan selesai hanya dengan niat dan membayar secara buta tuli. Anda memerlukan pelan tersusun. Salah satu kaedah popular dikenali sebagai bola salji – menyelesaikan hutang paling kecil dahulu. Selepas satu hutang selesai, mulakan pembayaran hutang seterusnya.

    Alternatif lain ialah kaedah runtuhan salji – memberi keutamaan menyelesaikan hutang dengan kadar faedah paling paling tinggi dahulu. Kaedah ini membantu mengurangkan jumlah faedah keseluruhan yang perlu dibayar. 

    Pilihlah kaedah yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda. Kunci utama untuk hidup bebas hutang ialah perlu konsisten. Pastikan jangan culas membayar sehingga tiada lagi hutang tertangguh. 

    1. Kurangkan perbelanjaan, tingkatkan pendapatan

    Untuk melunaskan hutang lebih cepat, dua perkara ini perlu dilakukan serentak – kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan.

    Untuk kurangkan perbelanjaan, semak semula semua perbelanjaan harian. Adakah anda benar-benar perlukan langganan premium yang jarang digunakan? Bolehkah anda masak di rumah berbanding makan di luar?

    Terdapat pelbagai cara untuk menambah pendapatan. Pertimbangkan pekerjaan sambilan, kerja bebas (freelance) atau menjual barangan yang tidak lagi digunakan. Perlu diIngat, pendapatan tambahan adalah untuk membayar hutang dan bukan menambah perbelanjaan.

    1. Jangan buat hutang baharu

    Jika anda mengambil hutang baharu untuk bayar hutang lama, itu adalah langkah sia sia. Ia ibarat menadah air hujan menggunakan baldi yang bocor. Tidak kiralah apa usaha anda untuk memenuhkan baldi itu, ia tetap akan habis mengalir keluar.

    Jangan tergoda untuk membuat pinjaman tambahan atau menggunakan kad kredit bagi membayar hutang lain. Fokus kepada satu pelan pembayaran yang jelas dan ‘puasa’ berbelanja barang bukan keperluan sehingga hutang selesai. 

    Setiap keputusan untuk tidak menambah hutang baharu adalah satu langkah besar ke arah kebebasan kewangan.

    Selain itu, mengehadkan penggunaan kad kredit atau pinjaman kecuali benar-benar perlu atau dalam keadaan kecemasan. Biasakan diri membuat pembelian menggunakan wang tunai atau kad debit kerana ia melatih anda berbelanja mengikut kemampuan sebenar.

    Setiap keputusan kewangan yang dibuat hari ini menjadi penentu sama ada anda mendekatkan atau menjauh diri daripada impian mencapai kehidupan bebas hutang. 

    1. Dapatkan nasihat

    Jika hutang anda mencapai tahap tidak mampu lagi diselesaikan, jangan malu untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kewangan atau agensi yang sah.

    Di Malaysia, terdapat beberapa kaedah seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menawarkan kaunseling dan pelan pembayaran hutang. 

    Langkah mendapatkan nasihat bukan bermakna seseorang itu lemah atau bodoh. Sebaliknya ia menunjukkan anda nekad mahu mengurus kewangan dengan lebih baik.

    1. Ubah cara berfikir tentang wang

    Perjalanan untuk hidup bebas hutang tidak akan bertahan lama jika cara kita memandang dan mengurus wang masih sama seperti dulu. 

    Ramai berasa puas setiap kali membeli sesuatu yang diingini tetapi lupa bahawa kepuasan itu hanya sementara. Sedangkan, kesannya kepada simpanan sendiri boleh menjejaskan kualiti hidup selama bertahun-tahun.

    Mulakan dengan melihat wang sebagai alat untuk mencapai matlamat jangka panjang dan bukan sekadar memenuhi kehendak harian. Tanya diri setiap kali berbelanja: Adakah ia keperluan atau sekadar kehendak? Adakah saya membelinya kerana mengikut trend semata-mata?

    Cara berfikir yang betul akan menjadikan anda lebih berdisiplin, sabar dan bijak membuat keputusan kewangan. Inilah perisai utama yang akan memastikan anda bukan sahaja bebas daripada hutang tetapi bebas daripada kesempitan wang buat selamanya. – RELEVAN

    Previous ArticleAncaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya
    Next Article Hormati Jalur Gemilang, jangan biar kejahilan jadi punca dihukum

    Artikel berkaitan

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.