Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi

    By Umi FatehahAugust 20, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sembang wang di meja kopi, kadang ilmu kadang fantasi. - GAMBAR HIASAN CHATGPT

    DI kedai kopi, mamak atau warung tepi jalan, sering terdengar mengenai rungutan harga barang naik, gaji tak cukup, jiran beli kereta baru atau kawan dapat rumah mampu milik.

    Walaupun kelihatan seperti sembang kosong, ‘ekonomi meja kopi’ ini mempunyai kisah mengenai masyarakat dan cara mereka menguruskan wang.

    Menurut Investopedia, tingkah laku kewangan seseorang banyak dipengaruhi oleh faktor sosial di sekeliling dan bukan keputusan rasional semata-mata. Naratif budaya, identiti sosial dan jangkaan daripada komuniti boleh mendorong seseorang membuat pilihan yang tidak selalunya logik mengikut teori ekonomi.

    Sebagai contoh, ada individu yang enggan menggunakan ekuiti rumah untuk pelaburan atau keperluan lain kerana melihat kediaman sebagai simbol kejayaan, bukannya aset kewangan yang boleh dimanfaatkan. 

    Ada juga yang sanggup menanggung hutang semata-mata untuk mengekalkan imej tertentu dalam kalangan rakan sebaya.

    Ini menunjukkan cerita sosial yang didengar di sekeliling sama ada daripada ahli keluarga, rakan, jiran atau komuniti, boleh memberi kesan besar kepada cara kita menilai dan mengurus wang.

    Budaya sembang duit ini ada sisi baiknya, ia membuatkan orang sedar tentang realiti kewangan sekeliling. Namun, ia boleh menjerumuskan kita ke dalam perangkap perbandingan sosial, salah faham tentang ekonomi dan akhirnya menjejaskan keputusan kewangan sendiri.

    Perbandingan yang tak pernah habis

    Antara perkara paling kerap keluar dalam “sembang” ialah “siapa beli apa?”. Jiran beli kereta baharu, kawan beli emas, rakan sekerja melancong ke luar negara. Walaupun kedengaran santai, ia mencetuskan perbandingan yang ada masanya negatif.

    Pada kebanyakan masa, manusia hanya menilai aspek luaran dan bukan proses di sebalik anggapan itu. Manusia hanya nampak kereta baharu tanpa mengetahui ansuran bulanan boleh menyebabkan seseorang bankrap jika hutang dilunaskan. Manusia nampak percutian mewah tetapi tidak sedar ia mungkin ia dibayar menerusi kad kredit.

    Perbandingan boleh mendorong seseorang untuk berusaha lebih baik. Tetapi jika ia menjadikan seseorang rasa kerdil atau tertekan untuk ‘menjadi setaraf’, di situlah perangkap besar ‘ekonomi meja kopi’.

    Gosip kewangan dan ilusi status

    Sembang meja kopi juga sering jadi medan gosip kewangan. Contoh: “Aku dengar dia gaji RM7,000 tapi masih duduk rumah sewa” atau “Katanya bisnes dia dah cecah ratus ribu sebulan, sebab tu kekwat (baca: berlagak)”. 

    Gosip sebegini membentuk tanggapan umum bahawa duit adalah kayu ukur kejayaan.

    Ilusi status memaksa seseorang membuat keputusan kewangan berdasarkan hasrat untuk kelihatan berjaya walaupun sebenarnya tidak mampu. Contohnya, membeli kereta mewah untuk mengikut imej rakan sebaya walaupun perlu mengikat perut.

    Hikmah gosip

    Bagaimanapun, tidak semua sembang meja kopi tentang duit bersifat negatif. Sebenarnya, di sinilah banyak ilmu kewangan secara tidak formal tersebar. 

    Misalnya, rakan yang berkongsi pengalaman beli rumah pertama. Kita belajar tentang proses pinjaman bank. Dari cerita orang kampung tentang harga sawit atau getah, kita memahami mengenai turun naik pasaran komoditi.

    Ada antaranya nasihat berguna yang tidak pernah diajar di sekolah seperti cara menabung, tip berbelanja semasa promosi atau pengalaman pahit ditipu skim cepat kaya. 

    Semua ini adalah bentuk pendidikan kewangan jalanan yang walaupun tidak sempurna, tetap membantu.

    Tapis cerita, tapis keputusan

    Masalah sebenar bukan pada sembang duit itu sendiri tetapi bagaimana kita menapis maklumat. 

    Tidak semua cerita perlu dijadikan rujukan. Sebagai contoh, kalau kawan kata beli kereta mewah dengan pinjaman sembilan tahun itu ‘murah’ kerana ansurannya rendah, kita perlu berfikir panjang. 

    Ia bukan mengenai OPR saja. Ada kos servis, cukai jalan serta insurans. Lebih lama kita meminjam lebih tinggi bayaran keseluruhannya.

    Begitu juga dengan kenaikan harga emas tanpa henti lalu dan kita membeli secara terburu-buru. Hakikatnya, setiap pelaburan ada turun naik. Menelan bulat-bulat cerita meja kopi tanpa menyemak fakta boleh menyebabkan seseorang menanggung kerugian. Kebanyakan pelaburan yang tidak dijamin berisiko menyebabkan seseorang mengalami kerugian.

    Gosiplah dengan sihat

    Daripada membiarkan sembang duit jadi gosip atau punca tekanan, lebih baik kita ubah cara berbual. Setiap kali lepak, cubalah bertanya tentang tip simpanan, peluang kerja sampingan atau cara elak penipuan kewangan. Ia bukan sahaja menjadikan sembang lebih bermanfaat, malah membantu orang lain buat keputusan lebih bijak.

    Kita juga boleh belajar bertanya soalan yang betul. Bukan sekadar “berapa gaji kau?”, tapi “macam mana kau rancang bajet bulanan?” atau “apa pengalaman paling penting yang kau belajar tentang duit?”. Dari situ, perbualan lebih mendalam dan kurang bersifat perbandingan kosong. Apa yang penting, kuasa sama ada membeli atau tidak berada di tangan mereka yang berpengetahuan. – RELEVAN

    Previous ArticleNafas berbau? Batu tonsil mungkin penyebabnya
    Next Article BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.