Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hormati Jalur Gemilang, jangan biar kejahilan jadi punca dihukum

    Hormati Jalur Gemilang, jangan biar kejahilan jadi punca dihukum

    By Umi FatehahAugust 13, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hormati Jalur Gemilang, jangan biar kejahilan jadi punca dihukum. - GAMBAR HIASAN MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

    SETIAP kali tibanya bulan Ogos, hampir setiap bucu, inci dan pelusuk bandar besar, kecil atau desa akan dihiasi Jalur Gemilang.

    Sinonim dengan bulan kemerdekaan, menggantung bendera kebangsaan merupakan salah satu cara menzahirkan rasa patriotik kepada negara.

    Sering didengar orang berpesan, “jaga dan hormat bendera”. Tetapi mungkin ramai yang kurang faham maksud pesanan tersebut. Apa yang perlu dilakukan seseorang untuk menunjukkan tanggungjawab menghormati bendera?

    Walaupun niat asal murni iaitu mahu menunjukkan kecintakan terhadap negara, ada adab dan pantang larangnya yang mesti dipatuhi dalam mengibarkan Jalur Gemilang yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang.

    Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang lelaki mengibarkan Jalur Gemilang pada sebatang besi dalam keadaan terbalik di platform media sosial.

    Lelaki tersebut ditahan polis pada malam Sabtu lalu dan telah dibebaskan dengan jaminan.

    Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin masih ada yang tertanya-tanya, mengapa mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik boleh dikenakan tindakan undang-undang?

    Mengibarkan bendera sesebuah negara secara terbalik dianggap satu isyarat kecemasan atau protes dan perbuatan ini boleh ditafsirkan sebagai tindakan yang menghina simbol kedaulatan negara. 

    Di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, sebarang perbuatan yang dianggap mempersenda atau tidak menghormati Jalur Gemilang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    Tentang Jalur Gemilang

    Bendera kebangsaan Malaysia, iaitu Jalur Gemilang lebih daripada sekadar simbol patriotisme dan diangkat pada setiap Ogos. Ia melambangkan semangat, identiti dan menjadi kebanggaan negara. 

    Setiap kibaran bendera mengingatkan rakyatnya tentang sejarah pengorbanan para perajurit negara dan mereka yang memperjuangkan kemerdekaan. Setiap rona mengajarkan nilai-nilai rukun yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.

    Melambangkan identiti negara

    Jalur Gemilang adalah gambaran visual identiti Malaysia. 14 jalur merah dan putih berselang-seli pada bendera mewakili status sama rata bagi 13 negeri dan Wilayah Persekutuan. 

    Bulan sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Warna kuning yang digunakan pada kedua-dua lambang tersebut menjadi simbol kedaulatan Raja-Raja Melayu.

    14 bucu pada bintang membawa maksud perpaduan dan kerjasama semua negeri dalam Persekutuan manakala warna biru melambangkan perpaduan rakyat.

    Setiap elemen bendera menceritakan tentang siapa kita sebagai sebuah negara. Dengan menunjukkan penghormatan kepada Jalur Gemilang, kita mengakui dan menerima identiti yang diwakilinya. 

    Malaysia juga dikenali sebagai negara pelbagai etnik, bahasa dan budaya. Maka, bendera juga berfungsi sebagai benang yang mengikat semua rakyatnya. 

    Meskipun nasab keturunan, bahasa dan budaya berbeza-beza, kita berkongsi identiti kolektif, iaitu rakyat Malaysia. 

    Memuliakan pengorbanan para perajurit dan nenek moyang kita

    Upacara penurunan bendera kebangsaan Britain, Union Jack untuk digantikan dengan Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1957 menandakan Malaysia (pada ketika itu dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu) telah bebas daripada penjajahan British yang bermula 171 tahun sebelumnya. 

    Kebebasan yang dinikmati hari ini dicapai melalui usaha dan pengorbanan individu yang tidak terkira banyaknya. 

    Menghormati Jalur Gemilang adalah cara untuk menghormati pengorbanan mereka. Ia satu pengiktirafan kepada wira dan wirawati yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

    Setiap kali bendera dikibarkan, ingatlah bahawa kebebasan yang telah dinikmati genap 68 tahun bulan ini datang dengan mudah. 

    Ia dicapai melalui keazaman dan pengorbanan mereka yang menentang penjajah dengan berani. 

    Jalur Gemilang bukan sekadar lambang atau logo. Kita wajib menghormatinya sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sebelum ini membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. 

    Sebagai rakyat Malaysia, kita menggalas tanggungjawab untuk memastikan Jalur Gemilang terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang. 

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68, Malaysia. – RELEVAN

    Previous ArticleMerdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang
    Next Article Carilab perkenal platform digital carian makmal pertama negara

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.