KU SYAFIQ KU FOZI

MENYEDARI ruang untuk mengajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) sangat terhad, graduan bidang tersebut bersedia untuk ditugaskan mengajar subjek lain di sekolah. Salah seorang graduan tersebut, Nik Amalina Zamakhshari, 31, berkata, mereka juga mempunyai kemahiran mengajar dalam subjek minor yang diambil sepanjang hampir empat tahun pengajian dan seharusnya tempat mereka untuk subjek tersebut turut diambil kira.  Jelasnya, pelbagai kemahiran berkaitan subjek lain turut diajarkan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) PAKK termasuk Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu serta Penyaringan Kanak-Kanak Istimewa. “Kursus yang dipelajari ini ada kaitan dengan subjek-subjek di sekolah. Sebagai contoh,…

Read More

BELAJAR di luar negara sememangnya digalakkan. Pelajar bukan sahaja dapat kelulusan yang diiktiraf dan dipandang tinggi, mereka juga dapat belajar budaya luar serta meluaskan lagi pengalaman sepanjang tempoh pengajian di sana. Namun, modalnya bukan sedikit. Pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara perlu membuat persiapan kewangan secukupnya supaya pengalaman pendidikan dan masa di luar negara dapat dinikmati sepenuhnya. Sehubungan itu, Pengarah Negara WorldRemit Malaysia, Ridzuan Aziz berkongsi lima tip kewangan untuk pelajar yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Buat perancangan awal Luangkan masa untuk mendalami setiap aspek perbelanjaan yang diperlukan untuk satu semester di luar…

Read More

PETALING JAYA: Dalam kegembiraan 8,120 calon guru menerima penempatan Isnin lalu, ada rintihan dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang tenggelam. Menurut wakilnya, Muhammad Nur Azam Ghazali, daripada lebih 1,000 graduan bidang itu yang ditemu duga dalam pengambilan khas sekali ambil (one-off) baru-baru ini, hanya 12 calon yang lulus. Jumlah tersebut yang hanya kira-kira satu peratus daripada keseluruhan calon ternyata mengecewakan bagi graduan, lebih-lebih lagi mereka yang sudah menunggu selama lebih lima tahun. “Saya faham isu rezeki atau mungkin prestasi kami tak cukup baik dalam temu duga. Tapi kalau hanya satu peratus tempat untuk…

Read More

LIPUTAN pemvaksinan tinggi dalam kalangan populasi dewasa yang dicapai pada Oktober tahun lalu berkesan dalam mengurangkan jangkitan terhadap ibu hamil. Kementerian Kesihatan dalam hantaran Facebook hari ini berkata, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada Julai hingga September tahun lalu. Namun, trend tersebut mula menunjukkan penurunan pada Oktober hingga Januari lalu. “Penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi Covid-19 disumbangkan oleh liputan pemvaksinan yang tinggi melebihi 90 peratus dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada Oktober 2021,” katanya. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyeru semua wanita dan ibu hamil untuk mendapatkan vaksin Covid-19…

Read More

WABAK Covid-19 yang semakin mengganas ketika ini memaksa semua orang mengambil langkah berjaga-jaga. Antara barang yang wajib ada di rumah pada waktu ini ialah kit ujian kendiri Covid-19. Walaupun harga kit ujian itu semakin rendah dengan ada antaranya boleh dibeli pada harga RM5, namun membeli dengan jumlah yang banyak tetap memberi beban kepada rakyat. Lebih-lebih lagi yang perlu menjalankan ujian Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR), harganya agak tinggi. Sehubungan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil inisiatif proaktif dengan menyenaraikan pembelian kit ujian kendiri sebagai antara item pelepasan cukai untuk tahun taksiran 2021. Pembelian kit tersebut merupakan antara penambahan baharu…

Read More

LEBIH separuh daripada kematian akibat Covid-19 di negara ini melibatkan warga emas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 19,646 atau 61.3 peratus daripada keseluruhan 32,034 kematian akibat Covid-19 yang dicatatkan di negara ini adalah melibatkan warga emas. Dari segi jangkitan pula, seramai 336,848 atau 11.5 peratus warga emas telah dijangkiti wabak tersebut. Walau bagaimanapun, prestasi pemvaksinan warga emas adalah baik setakat ini. Menurut Noor Hisham, sehingga 7 Februari lalu, seramai 3,335,309 atau 96 peratus warga emas telah lengkap dua dos pemvaksinan. Sementara itu, 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas lagi telah menerima dos penggalak. “Lengkapkan…

Read More

“SAYA dan pensyarah-pensyarah di kampus ini berada di sini untuk bantu kamu cari, ambil semula dan simpan minda kudus kamu,” kata watak Mr. Tolson lakonan Denzel Washington dalam filem The Great Debaters. Ini antara petikan dialog dalam filem yang memberi makna besar tentang pendidikan. Begitu banyak filem di dunia ini yang dihasilkan dengan tema pendidikan. Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Sering kali, filem sebegini akan mendapat perhatian kerana tema tersebut dekat dengan masyarakat tanpa mengira bangsa, negara mahupun status. Filem bertemakan pendidikan yang baik bukan sekadar menyusur suasana di sekolah atau universiti, tetapi mampu memberikan renungan dan makna…

Read More

SEBANYAK 27,831 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, jumlah kes harian tertinggi yang pernah dicatatkan sejak pandemik bermula di Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, 27,734 atau 99.65 peratus kes adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala baki 97 atau 0.35 peratus kes lagi dalam kategori 3, 4 dan 5. Kata beliau, peratusan terbesar adalah dalam kategori 2 iaitu sebanyak 20,128 kes atau 72.32 peratus daripada keseluruhan kes manakala 7,606 kes atau 27.33 peratus lagi dalam kategori 1. Untuk kategori 3 pula terdapat 59 pesakit (0.21 peratus), 28 pesakit (0.1 peratus) dalam kategori 4 dan 10…

Read More

SERAMAI 8,120 guru baharu yang berjaya dalam pengambilan khas secara sekali ambil (one-off) fasa 2 dan 3 boleh membuat semakan penempatan bermula semalam. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru tersebut akan mula melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac ini. “Kepada calon yang berjaya dipilih, tahniah dan selamat bertugas saya ucapkan. “Manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat,” katanya dalam ciapan di lama Twitter. Pengambilan khas guru secara sekali ambil tersebut melibatkan keseluruhan 18,702 orang guru. Kata Radzi, ia bertujuan merungkai isu kekurangan guru yang telah…

Read More

SEBANYAK 22,133 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 3,083,683 kes. Walau bagaimanapun, hanya 146  atau 0.66 peratus kes berada dalam kategori 3, 4 dan 5. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, hanya 20 kes atau 0.09 peratus pesakit berada dalam kategori 5, 24 kes atau 0.11 peratus dalam kategori 4 dan 102 kes atau 0.46 peratus lagi dalam kategori 3. Pesakit dalam kategori 2 merupakan yang teramai dengan 16,156 kes atau 73 peratus manakala 5,831 kes atau 26.34 peratus lagi dalam kategori 1. Pesakit Covid-19 kategori 1 dan…

Read More