Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar
    • Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang
    • Ajar anak cara congak
    • Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023
    • Kewangan

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023
    • Pendidikan

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memahami OPR dan kesan turun naiknya kepada pengguna

    Memahami OPR dan kesan turun naiknya kepada pengguna

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 11, 2022Updated:July 12, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    6 JULAI lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus.

    Ketika negara berhadapan inflasi dengan kenaikan harga pelbagai barang keperluan, kenaikan OPR sedikit-sebanyak menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat. Lepas satu, satu perkara yang naik, siapa tidak risau?

    Namun, penting untuk kita faham terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan OPR. Dengan memahami maksud dan mekanisme OPR, baru penilaian yang lebih adil dan rasional dapat dilakukan, sama ada kenaikannya akan memberi kesan kepada kewangan kita atau tidak.

    Apa itu OPR?

    Menurut Investopedia, kadar semalaman (overnight rate) bermaksud kadar faedah yang ditetapkan untuk pinjaman oleh sebuah institusi depositori (faham sahaja ia sebagai bank) daripada institusi depositori yang lain dalam pasaran semalaman (satu hari). Di Malaysia, ia disebut sebagai kadar dasar semalaman (overnight policy rate) kerana ia merupakan dasar yang ditetapkan oleh BNM.

    Ya, betul apa yang anda baca. Bank boleh meminjam dari bank lain dan ia amalan biasa dalam industri perbankan. Jumlah wang dalam sesebuah bank berubah setiap hari, bergantung kepada aktiviti pinjaman yang dijalankan atau aktiviti pengeluaran dan deposit wang oleh pelanggannya.

    Setiap hari, apabila tamatnya tempoh perniagaan, sesebuah bank mungkin mempunyai tunai yang kurang atau lebih daripada nilai yang sepatutnya, disebabkan aktiviti pinjaman, pengeluaran atau deposit pada hari tersebut. Jika sesebuah bank kekurangan tunai, ia akan menghadapi masalah kecairan untuk meneruskan operasi pada hari seterusnya. Oleh itu, bank lain yang mempunyai lebihan tunai akan membuat pinjaman kepada bank tersebut dan pinjaman tersebut dikenakan faedah. Kadar asas untuk faedah tersebutlah yang dikenali sebagai OPR.

    Urusan bank dengan bank, kenapa kita terkesan?

    Walaupun OPR menetapkan kadar faedah asas untuk pinjaman yang dilakukan antara bank dengan bank, ia turut memberi kesan kepada kos pinjaman kita sebagai pengguna. Jika kos pinjaman antara bank dengan bank meningkat, peningkatan itu akan dipindahkan kepada pelanggan. Begitu juga jika kos pinjaman tersebut berkurang, pelanggan juga akan merasai pengurangannya.

    Perubahan OPR akan memberi kesan kepada kadar faedah pinjaman yang kita ambil. Ini termasuk pinjaman perumahan dan peribadi. Lebih tinggi OPR, lebih tinggi bayaran bulanan yang perlu dibayar. Namun, nilainya tidaklah terlalu besar memandangkan perubahan OPR kebiasaannya dalam nilai asas yang minimum. Apa-apa pun, rujuklah bank anda apabila berlaku perubahan dalam OPR untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

    Dari perspektif ekonomi yang lebih makro, perubahan OPR juga memberikan kesan kepada tabiat perbelanjaan pengguna dan ia dijadikan instrumen untuk mengawal inflasi atau mengelakkan deflasi.

    Sebagai contoh, ketika pandemik Covid-19 melanda negara sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), OPR dikurangkan sebanyak 100 mata asas dalam tempoh enam bulan; daripada 2.75 peratus pada Januari 2020 kepada 1.75 peratus pada Julai 2020. 

    Kadar 1.75 peratus – yang terendah dalam sejarah – dikekalkan selama hampir dua tahun. Pada Mei lalu, barulah ia ditingkatkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus dan sekali lagi meningkat minggu lalu, juga 25 mata asas kepada 2.25 peratus.

    Tarikh Mesyuarat MPC Perubahan OPR (%) Aras OPR baharu (%)
    5 November 2019 0 3.00
    22 Januari 2020 -0.25 2.75
    3 Mac 2020 -0.25 2.50
    5 Mei 2020 -0.5 2.00
    7 Julai 2020 -0.25 1.75
    10 September 2020 0 1.75
    3 November 2020 0 1.75
    20 Januari 2021 0 1.75
    4 Mac 2021 0 1.75
    6 Mei 2021 0 1.75
    8 Julai 2021 0 1.75
    9 September 2021 0 1.75
    3 November 2021 0 1.75
    20 Januari 2022 0 1.75
    3 Mac 2022 0 1.75
    11 Mei 2022 +0.25 2.00
    6 Julai 2022 +0.25 2.25

    Keputusan dan penyataan OPR sejak 5 November 2019.

    Sumber: Bank Negara Malaysia

     

    Pengurangan OPR pada ketika itu perlu untuk merancakkan ekonomi yang sebahagian besarnya ditutup akibat PKP. Apabila OPR diturunkan, kos pinjaman pun akan berkurang. Ini akan memberikan lebih tunai di tangan rakyat untuk berbelanja dan membolehkan lebih ramai pengguna membuat pinjaman, termasuk syarikat-syarikat kecil yang terpaksa menanggung kerugian apabila ekonomi ditutup. Dengan cara ini, ekonomi negara boleh terus bergerak walaupun perlahan disebabkan pandemik.

    Begitu juga, apabila ekonomi sedang rancak dan wujud ancaman inflasi yang pesat, OPR akan dinaikkan untuk mengawal harga barang. Teorinya, dengan kenaikan OPR, pengguna dan perniagaan akan kurang meminjam serta kurang berbelanja. Ini dapat mengelakkan kenaikan harga barang yang disebabkan oleh tarikan permintaan (demand pull inflation).

    Kesan kepada pengguna

    Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff  berkata, kenaikan OPR kepada 2.25 peratus minggu lalu adalah disebabkan peningkatan kadar inflasi pada Mei kepada 2.8 peratus dan kadar inflasi yang semakin tinggi di peringkat global.

    Menurut beliau, peningkatan OPR akan menyebabkan kos pembiayaan dan pinjaman individu serta perniagaan meningkat. Ini akan mengurangkan permohonan pinjaman dan perbelanjaan seterusnya  menggalakkan simpanan.

    “Jika ini berlaku, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan berkurang berbanding penawaran, menyebabkan harga barang serta kadar inflasi turun.

    “Namun, bagi mereka yang ada pinjaman perumahan dan peribadi, kos bayaran bulanan akan meningkat. Walau bagaimanapun, kadar OPR sekarang masih rendah berbanding kadar OPR sebelum pandemik iaitu 3.25 peratus (Mac 2019). Ini bermakna kos bayaran bulanan masih lagi rendah berbanding sebelum pandemik,” katanya kepada Relevan.

    Jelas Ahmed Razman, disebabkan purata gaji telah turun kira-kira sembilan peratus pada 2020, sesetengah peminjam akan tetap terkesan dengan kenaikan OPR.

    Dari segi inflasi pula, beliau berpandangan kenaikan OPR tidak akan memberi kesan yang besar kepada harga barang.

    “Secara teorinya, OPR mampu memperlahankan inflasi kerana ia akan mengurangkan permintaan terhadap bekalan tetapi disebabkan kenaikan OPR ini masih rendah dan minimum, impak terhadap inflasi mungkin agak minimum.

    “Lebih-lebih lagi, kadar inflasi pada masa sekarang lebih dipengaruhi oleh harga kawalan dan subsidi,” katanya. – RELEVAN

    featured kewangan OPR
    Artikel Terkini

    Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    November 30, 2023

    Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    November 30, 2023

    Ajar anak cara congak

    November 29, 2023

    Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    November 29, 2023

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.