KU SYAFIQ KU FOZI

KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu Covid-19 melalui sidang akhbar menterinya, Khairy Jamaluddin semalam. Walaupun banyak penjelasan dibuat, masih ada pihak yang keliru dengan beberapa perkara, khususnya terma-terma baharu yang diperkenalkan. Seperti yang semua tahu, Kementerian Kesihatan membahagikan jangkitan Covid-19 kepada lima tahap, iaitu Kategori 1 hingga 5. Pesakit Kategori 1 merujuk kepada pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan sebarang gejala manakala Kategori 2 bergejala ringan dan tidak mengalami radang paru-paru. Kategori 3 pula merupakan pesakit Covid-19 yang mengalami radang paru-paru, Kategori 4 mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen manakala Kategori 5 pula bergejala kritikal yang memerlukan rawatan…

Read More

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melancarkan semula Pasukan Petugas Tindak Balas Pantas Covid-19 Kebangsaan (RRTF) bagi menghadapi peningkatan kes Covid-19 akibat penularan varian Omicron. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, RRTF merupakan jawatankuasa khas yang akan melaksanakan tindakan awalan pantas dalam mengawal penularan Covid-19 di sesebuah negeri atau kawasan. Menurut beliau, antara peranan pasukan tersebut adalah menambah dan mengubah suai katil bukan Covid-19, membina hospital medan serta menyumberluarkan pesakit ke hospital swasta. “RRTF ini akan dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) yang akan membuat pelaporan terus kepada Menteri Kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar…

Read More

SEPERTI diketahui umum, merokok mempunyai kesan negatif kepada kesihatan. Masalah kesihatan paling lazim dikaitkan dengan tabiat merokok ialah gangguan terhadap fungsi pernafasan, terutama paru-paru. Penyakit Pulmonari Tersumbat Kronik (COPD) merupakan penyakit yang terjadi akibat gangguan aliran udara dalam paru-paru. Penghidap penyakit ini akan mengalami kesukaran bernafas dan ia akan bertambah buruk dari semasa ke semasa. Menurut rencana yang diterbitkan Sekolah Perubatan Harvard, sebilangan besar kes COPD boleh dikaitkan dengan amalan merokok.  Kebimbangan berkaitan penyakit ini bukan sahaja individu yang menghidapnya. Ia juga memberi kesan besar kepada ekonomi kerana kehilangan tenaga kerja berkebolehan, kos rawatan kesihatan dan memberi tekanan kepada sistem…

Read More

PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 pada 7 Februari 2022 meningkat kepada 11,034 kes hari ini, menjadikan kes kumulatif berjumlah 2,925,254 kes. Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di laman Twitter. Ini merupakan kali kedua kes harian mencecah lima angka selepas mencatatkan 10,089 kes semalam. Jumlah tersebut juga merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak 1 Oktober lalu. Menurut Noor Hisham, hanya 58 kes bersamaan 0.53 peratus daripada keseluruhan 11,034 kes yang dicatatkan hari ini adalah dalam kategori 3,4 dan 5 manakala baki 10,976 kes atau 99.47 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2.- RELEVAN

Read More

MENGIKUT kajian psikologi, manusia mempunyai pelbagai jenis kepintaran. Antara teori yang masyhur berkenaan perkara ini ialah Teori Kepintaran Pelbagai yang diperkenalkan oleh pakar psikologi Universiti Harvard, Howard Gardner. Menurut Gardner, kepintaran manusia terbahagi kepada lapan jenis iaitu kepintaran ruang, tubuh-kinestetik, muzik, bahasa, logik-matematik, interpersonal, intrapersonal dan alam. RELEVAN menerangkan kelapan-lapan jenis kepintaran itu di sini. Mengetahui jenis kepintaran sendiri dapat membantu kita memanfaatkan potensi diri ke tahap maksimum. Antara manfaat terbesarnya adalah untuk memilih kerjaya. Dengan mengenali kecenderungan kepintaran sendiri, kita dapat memilih kerjaya yang sesuai dan menyusun strategi awal ke arah kerjaya tersebut. Berikut merupakan pilihan kerjaya yang sesuai…

Read More

PERNAHKAH anda berasa cemburu dengan rakan yang sangat bijak dalam matematik? Ada rakan lain anda pula sangat pandai mengekspresikan perasaan sehingga berjaya menjadi pelakon. Ada juga yang bijak mengatur kata dan mencapai kejayaan sebagai penulis. Jangan risau. Setiap daripada kita mempunyai kecenderungan kepintaran yang berbeza. Tahukah anda, pakar telah mengelaskan kecenderungan kepintaran manusia kepada lapan jenis? Pakar psikologi dari Universiti Harvard, Howard Gardner memperkenalkan teori kepintaran pelbagai melalui bukunya, Frames of Mind pada 1983. Teori tersebut membahagikan kepintaran manusia kepada lapan jenis yang setiapnya mewakili cara seseorang memproses maklumat. RELEVAN menyenaraikan kelapan-lapan kategori kepintaran ini. Mungkin anda tergolong dalam kategori…

Read More

BELAJAR kini tidak lagi terhad di sekolah sahaja. Pembangunan internet kira-kira lima dekad lalu telah mengubah segalanya daripada cara bersosial, berinteraksi sehingga membeli. Malah, tiada sektor yang tidak terlepas daripada pengaruh rangkain yang menyambungkan komputer di seluruh dunia. Malah satu sektor yang menjadikan internet sebagai perantara adalah pendidikan. Teknologi internet membenarkan individu untuk belajar dari mana-mana dan pada bila-bila sahaja.  Saluran Youtube kini menjadi “guru” kepada pelbagai ilmu daripada pendidikan formal sehingga tidak formal seperti mengajar bermain gitar sehingga sukan sukar seperti golf.  Selain pendidikan awal kanak-kanak di YouTube, terdapat banyak saluran yang menumpukan kepada pendidikan untuk remaja dan orang…

Read More

TIDAK semua orang bernasib baik berakhir dengan kerjaya idaman. Ada yang terpaksa meninggalkan impian demi keluarga atau disebabkan kesempitan hidup. Namun, semua orang layak mempunyai impian dan berhak mengejar impiannya sendiri. Apa yang penting, kita sanggup berusaha dan menyusun strategi sejak awal untuk mencapai kerjaya yang diimpikan. Berkenaan hal ini, nama Dr. Ahmad Syahid Ahmad Fawzal atau dikenali sebagai Aid Fawzal wajar dijadikan inspirasi. Beliau bukan sahaja berjaya mencapai kerjaya impiannya, malah menjadi rebutan majikan dalam bidang yang diminatinya.  Pernah tular apabila mencipta formula penyejukan rotor dengan nama Fawzal Number (Fa), Aid berkongsi lima teknik mengejar kerjaya impiannya di Twitter…

Read More

MELIHAT kejayaan pencipta kandungan (content creator) mendorong ramai anak muda menceburi bidang tersebut. Ada yang fikir, ia antara kerjaya yang bukan sahaja memberikan pulangan wang, malah menyeronokkan. Namun, menjadi pencipta kandungan bukanlah semudah disangka. Banyak cabaran yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi dalam keadaan persaingan yang sengit ketika ini. Pencipta kandungan, Gob Ahmad yang telah menghasilkan ratusan kandungan tular untuk pelbagai klien berkongsi lima cabaran dalam kerjayanya sebagai pencipta kandungan. Mahu jadi nombor satu “Usaha untuk menghasilkan kandungan paling sohor dalam media sosial adalah cabaran utama dalam kerjaya ini. Melihat kandungan pihak lain dapat lebih tontonan boleh buat kita tidak…

Read More

SEPERTI kebanyakan kemahiran asas hidup, pendidikan kewangan perlu diajar sejak kecil. Ia sebagai persediaan untuk anak-anak menghadapi dunia dewasa terutama dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar pada masa depan. Pengarah Negara Malaysia syarikat pembayaran global, WorldRemit, Ridzuan Aziz berkongsi enam tips untuk membantu para ibu bapa mendidik anak menjadi celik kewangan sejak kecil. Berbual tentang kewangan Kebanyakan ibu bapa tidak bercerita tentang kewangan keluarga di hadapan anak-anak. Namun, untuk memupuk kecelikan kewangan, lebih baik kalau kita mula mendedahkan tentang pengurusan kewangan pada awal usia anak-anak. Anda boleh berbual tentang pembelian rutin seperti makanan, belanja pendidikan, pengangkutan dan percutian. Bincangkan juga…

Read More