Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manfaat muzik metal terhadap kesihatan mental

    Manfaat muzik metal terhadap kesihatan mental

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 12, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MUZIK metal sering dikaitkan dengan unsur-unsur negatif seperti pemujaan, kelakuan membinasa diri dan kerosakan akhlak. Walau bagaimanapun, genre muzik ini masih bertahan dan popular sehingga kini. Peminat dan penggiatnya juga berada dalam lingkungan sosial yang berbeza. Ada yang berjaya dalam kerjaya malah menjadi ahli akademik tersohor. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga dikenali sebagai peminat metal tegar.

    Sehubungan itu, memukul rata bahawa muzik metal memberi kesan negatif kepada pendengarnya tidaklah adil. Tidak semua yang mendengar metal akan tersesat akhlak, membinasakan diri dan membahayakan nyawa (seperti tuduhan muzik metal menggalakkan pembunuhan menggunakan senjata api di Amerika Syarikat suatu masa dahulu).

    Kajian berkenaan pengaruh muzik metal terhadap kesihatan mental pendengarnya ada dilakukan, walaupun belum boleh dikatakan banyak. Tema-tema yang dibawakan dalam lirik dan penyampaian muzik ini sesuai dikaitkan dengan kesihatan mental kerana ia banyak berbicara tentang kemarahan, kekecewaan dan kesedihan. Ini merupakan emosi-emosi yang sukar diproses manusia.

    Metal sebagai genre muzik

    Muzik metal dikatakan bermula sejak lewat 1960-an sehingga awal 1970-an, apabila kugiran-kugiran rock mula bereksperimen dengan instrumen mereka, terutamanya gitar dengan meletakkan kesan herotan (distortion) supaya bunyinya lebih keras dan bingit. Antara bunyian awal metal boleh didengari dalam lagu You Really Got Me oleh The Kinks.

    Muzik metal, atau lebih tepat lagi heavy metal boleh dicirikan dengan lebih jelas dengan kelahiran kugiran Black Sabbath. MIT Heavy Metal 101 menyifatkan Black Sabbath sebagai kugiran yang membawakan “revolusi sonik” dan “meletakkan standard untuk kugiran heavy metal yang pertama”.

    Chris Gillett dalam South China Morning Post mendefinisikan muzik metal sebagai muzik dengan permainan gitar penuh herotan, pukulan dram bertenaga, nota bass yang sangat rendah dan vokal agresif. Ia berakar dari muzik rock n roll dan blues pada 1950-an, kemudian bercambah kepada banyak subgenre seperti thrash metal, death metal dan doom metal.

    Pengaruh kepada kesihatan mental

    Sebenarnya, mendengar apa-apa jenis muzik dapat membantu meningkatkan kesihatan mental anda, asalkan anda suka jenis muzik tersebut. Tidak kiralah balada, pop, hip hop, nasyid atau heavy metal, ia memberi manfaat kepada tubuh dan minda anda.

    Namun, ada yang istimewa dengan muzik metal. Muzik metal yang kuat, bertenaga dengan vokal yang kebiasaannya disampaikan dengan jeritan mungkin tidak digemari semua orang. Namun, buat peminat genre ini, ia dapat membantu mereka memproses emosi yang mendalam.

    Kebanyakan lagu metal juga dipasangkan dengan lirik yang mendalam, beremosi dan ada kalanya mengulas isu sosial serta politik. Mendengar lagu-lagu sebegini dapat membantu anda memproses emosi seperti kemarahan dan kesedihan. Anda melepaskan emosi yang terbuku melalui lagu.

    Stephanie A. Wright dalam artikelnya di PsychCentral berkata, terdapat tiga manfaat mendengar lagu-lagu metal.

    • Mengawal depresi

    Lagu metal membantu anda mengurangkan emosi negatif yang dialami. Ia juga mengurangkan tahap hormon kortisol, seterusnya mengurangkan stres.

    • Menggalakkan penerimaan

    Rasa tidak diterima boleh mewujudkan rasa murung dalam diri. Dengan pergi ke konsert metal atau berada dalam komuniti tersebut, anda dapat membina hubungan dengan orang baharu. Dengan cara ini, anda dapat menghakis rasa keseorangan dan menambah rakan. Komuniti metal juga terkenal dengan semangat kebersamaan, solidariti dan menolak sebarang jenis diskriminasi.

    • Fungsi kognitif

    Ada kajian yang menyatakan, mereka yang mendengar muzik yang lebih yang mendalam seperti heavy metal berfikir dengan lebih logik dan kompleks. Satu kajian lain pula menunjukkan, muzik seperti heavy metal membantu peminat genre tersebut untuk fokus ketika bekerja.

    Budaya mosh

    Antara budaya dalam muzik metal ialah mosh. Ia merujuk kepada tarian tanpa koreografi oleh peminat muzik ketika konsert metal berlangsung. Gerakannya kebiasaannya agresif. Peminat akan berlanggar dan memukul satu sama lain secara rawak. Namun, ia tidak semestinya akan berakhir dengan kecederaan, kecuali untuk beberapa keadaan ekstrem yang pernah berlaku.

    Portal Underground Sound menyifatkan mosh sebagai “manifestasi fizikal tenaga muzik metal”. Beberapa ahli fizik dari Universiti Cornell menyamakan tindak-tanduk mosh seperti partikel gas yang bertembung dan berlanggar sesama mereka.

    “Mosh bertindak seperti tarian dan sukan. Ia ruang untuk pelepasan emosi. Ramai yang keluar dari pit (ruang untuk mosh) dengan rasa yang lebih ringan dan bertenaga,” tulis Nicola Tabone di Underground Sound.

    Tyler Edwards dalam kajiannya untuk Universiti Mississippi Selatan berkata, walaupun responden kajiannya mengalami pengurangan keyakinan diri dan rasa kepunyaan selepas menyertai mosh (ia disebabkan rasa rendah diri untuk menari di hadapan orang ramai), ia sedikit membantu dalam mengurangkan tekanan tanggapan (perceived stress) dan mempunyai potensi untuk digunakan dalam program rekreasi terapeutik.

    Kesimpulan

    Berbeza dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengaitkan muzik metal dengan pelbagai unsur negatif, ia sebenarnya mampu memberi manfaat kepada pendengarnya. Dengan peningkatan isu kesihatan mental sekarang, tidak salah untuk sesiapa menggunakan muzik ini sebagai terapi diri supaya tidak terjerumus dalam keadaan mental yang lebih serius.

    Muzik metal menjadi instrumen untuk peminatnya melepaskan emosi yang terpendam. Dengan muzik keras dan lirik yang berat, rasa marah, kecewa dan sedih dapat dilepaskan dengan sihat. Begitu juga dengan mosh yang menjadi sebahagian daripada budaya muzik metal. Jika dilaksanakan dengan teratur dan selamat, ia dapat membantu pendengar muzik ini mengekspresikan diri dan melepaskan emosi yang terbuku.

    Setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri untuk berhadapan dengan tekanan mental. Jika ada yang memilih untuk mendengar muzik metal, janganlah dikecam tanpa usul periksa kerana mendengar muzik tidak membahayakan nyawa sendiri serta orang lain dan tidak juga merosakkan fabrik masyarakat. Ia hanya muzik. – RELEVAN

    Previous ArticleMahasiswa Asia Tenggara berpeluang berentap di 3M Inspire Challenge, bawa pulang ganjaran wang tunai
    Next Article 2,345 kes baharu Covid-19

    Artikel berkaitan

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.