Facebook Twitter
    Trending
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan putus asa jika gagal UPU, ini langkah untuk buat rayuan

    Jangan putus asa jika gagal UPU, ini langkah untuk buat rayuan

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 16, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEMOHON yang gagal dalam permohonan UPU masih mempunyai peluang melalui permohonan rayuan yang dibuka selama 10 hari selepas keputusan diumumkan. - Gambar oleh UTUSAN dan KETUT SUBIYANTO (Pexels)

    APABILA semakan keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) diumumkan, tidak semua pemohon akan menyambutnya dengan kegembiraan. Resam rezeki, ada yang berpihak pada kita dan ada yang tidak.

    Namun, jangan berputus asa dahulu. Buat mereka yang gagal dalam permohonan UPU, anda masih ada peluang kedua melalui rayuan. Permohonan rayuan akan dibuka selama 10 hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.

    Untuk membuat rayuan, anda perlu lebih berhati-hati kerana ini peluang terakhir anda untuk diterima dalam kemasukan kali ini. Jika gagal, pilihan yang ada ialah membuat permohonan ke institut pengajian tinggi (IPT) swasta atau menunggu kemasukan seterusnya dibuka. Ada juga beberapa institusi dan agensi yang menawarkan rayuan ambilan sendiri jika rayuan melalui UPUOnline gagal

    Punca gagal

    Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan permohonan UPU seseorang itu gagal. Namun, secara umumnya, terdapat lima faktor utama yang boleh digariskan.

    • Tidak menekan butang simpan

    Ini kesalahan teknikal yang berlaku akibat kecuaian pemohon. Jika anda tidak menekan butang simpan selepas mengisi semua permohonan, rekod anda tidak akan dihantar ke pangkalan data UPU. Ini menyebabkan UPU menganggap tiada permohonan yang dilakukan oleh anda.

    • Tidak memenuhi syarat khas program pengajian

    Setiap program mempunyai syarat khas masing-masing. Sebelum memohon, anda sangat digalakkan untuk menyemak syarat khas program terlebih dahulu bagi memastikan anda layak memohon program tersebut. Jika anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, secara automatik permohonan anda ditolak untuk program itu.

    • Tiada kekosongan tempat

    Program-program yang popular akan cepat kehabisan tempat. Bagi mereka yang mempunyai markah merit tinggi, peluang untuk mengisi kekosongan adalah cerah tetapi untuk yang mempunyai markah merit rendah, peluangnya sangat tipis untuk diterima dalam  program-program yang popular. 

    • Gagal dalam saringan temu duga

    Program-program tertentu memerlukan anda untuk menghadiri temu duga sebelum diterima masuk. Sekiranya gagal dalam temu duga, maka anda perlu membuat rayuan atau memohon dalam kemasukan seterusnya. Maka, persiapkan diri untuk temu duga anda, pastikan lulus!

    • Kedudukan merit yang rendah

    Pemohon dengan markah merit yang tinggi akan diberikan keutamaan dari segi giliran pengambilan. Ini bermakna, walaupun anda memenuhi syarat dan layak untuk memasuki satu-satu program, anda masih boleh gagal kerana kekosongan program tersebut semuanya telah diisi oleh pemohon yang mempunyai markah merit yang lebih tinggi. Anda boleh membuat kiraan merit menggunakan kalkulator merit di laman web UPU dan aplikasi UPUPocket. Anda juga boleh menyemak purata markah merit untuk setiap program di aplikasi tersebut.

    Langkah buat rayuan

    Rayuan akan dibuka selama 10 hari selepas keputusan permohonan diumumkan. Manfaatkan tempoh yang ada untuk menyemak semula kesilapan yang dilakukan dalam permohonan terdahulu dan pastikan anda mengisi permohonan dengan teliti.

    Hanya rayuan ke universiti awam (UA) dan politeknik sahaja boleh dibuat melalui UPUOnline. Rayuan ke kolej komuniti (KK) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pula perlu dibuat melalui kedua-dua institusi tersebut.

    Berbeza dengan permohonan kemasukan yang membolehkan pemohon meletakkan 12 pilihan program, hanya empat pilihan sahaja dibolehkan untuk rayuan. Oleh itu, pemohon perlu memilih dengan berhati-hati dan pastikan pilihan yang dibuat seimbang antara keinginan pemohon dengan peluang untuk diterima.

    Maknanya, walaupun ada program yang sangat diminati oleh pemohon, jika peluang untuk memasukinya tipis kerana markah merit yang rendah atau program tersebut terlalu kompetitif, pemohon perlu mempertimbangkan untuk memilih program yang lain.

    Permohonan rayuan boleh dibuat di sini. Semoga berjaya! – RELEVAN 

    Previous Article4,098 kes jangkitan baharu Covid-19
    Next Article Angka jangkitan Covid-19 meningkat lebih 5,000 kes semalam

    Artikel berkaitan

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026
    Artikel Terkini

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.