KU SYAFIQ KU FOZI

SEPERTI kebanyakan kemahiran asas hidup, pendidikan kewangan perlu diajar sejak kecil. Ia sebagai persediaan untuk anak-anak menghadapi dunia dewasa terutama dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar pada masa depan. Pengarah Negara Malaysia syarikat pembayaran global, WorldRemit, Ridzuan Aziz berkongsi enam tips untuk membantu para ibu bapa mendidik anak menjadi celik kewangan sejak kecil. Berbual tentang kewangan Kebanyakan ibu bapa tidak bercerita tentang kewangan keluarga di hadapan anak-anak. Namun, untuk memupuk kecelikan kewangan, lebih baik kalau kita mula mendedahkan tentang pengurusan kewangan pada awal usia anak-anak. Anda boleh berbual tentang pembelian rutin seperti makanan, belanja pendidikan, pengangkutan dan percutian. Bincangkan juga…

Read More

PERUBAHAN zaman dan kemajuan teknologi mempengaruhi banyak aspek dalam kehidupan kita. Keperluan manusia pada masa ini tidak lagi sama seperti 20, 50 atau 100 tahun dahulu.  Sebahagian perubahan dipercepat situasi pandemik yang melanda dunia bermula pada penghujung 2019 lalu. Manusia kini lebih bergantung kepada teknologi baharu, terutamanya melibatkan automasi, perkhidmatan awan dan internet pantas. Sebagai antara aspek terpenting dalam kehidupan, pasaran pekerjaan juga tidak terlepas daripada menerima impak perubahan zaman. Ada pekerjaan yang sudah pupus, ada yang baru muncul dan ada juga yang semakin signifikan dalam kehidupan. Berikut merupakan tujuh pekerjaan yang dijangka menerima paling banyak permintaan pada 2022, menurut…

Read More

MUNGKIN ramai yang tidak tahu, setiap program yang ditawarkan universiti awam atau swasta di negara ini mesti melalui proses penilaian kualiti bagi mendapatkan akreditasi. Melalui akreditasi, program pengajian yang ditawarkan akan disahkan kualitinya dan diiktiraf serta menepati standard yang ditetapkan. Ia juga menjamin graduan setiap kursus akan diterima sebagai layak dan lulus serta mempunyai pengetahuan yang diperlukan. Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penilaian kursus di universiti dan kolej merupakan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).  MQA ditubuhkan pada 2007 melalui penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 selepas kerajaan memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dengan Bahagian Jaminan Kualiti (BJK) Kementerian Pengajian Tinggi.…

Read More

TIDAK perlu lagi gergaji lubang pada buluh atau tebuk balang kuih, anda kini boleh menabung dengan mudah secara digital! Segalanya di hujung jari. Dengan kemajuan teknologi, amalan menabung dapat dijalankan dengan lebih mudah dan ringkas, sesuai dengan perubahan dunia apabila transaksi kewangan boleh dilakukan tanpa tunai di mana-mana. Antara tabung digital yang mudah digunakan ialah ciri Tabung dalam aplikasi MAE oleh Maybank. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi MAE dan mengaktifkan ciri Tabung. Dengan aplikasi ini, anda boleh menyimpan dengan konsisten dan sistematik. Pilih sasaran Tabung MAE menggunakan konsep sasaran tabungan. Sebagai contoh, anda bercadang untuk bercuti ke Eropah pada…

Read More

KEPADA siapa akan diserahkan simpanan kita dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila kita meninggal dunia kelak? Bagaimana pula kita mahu memastikan wang tersebut akan jatuh ke tangan pihak yang sepatutnya? Soalan-soalan ini dapat dijawab jika kita faham dengan proses dan manfaat membuat penamaan untuk simpanan KWSP. Untuk memahami perkara tersebut, RELEVAN mengumpulkan soalan lazim penting yang diambil daripada laman web KWSP sendiri untuk anda. Apa maksud penamaan? Penamaan merupakan pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai benefisiari atau bertindak sebagai wasi atau pentadbir (bagi orang beragama…

Read More

KERJAYA guru kini semakin mencabar. Perubahan zaman dan kemajuan teknologi membawa cabaran baharu buat para guru yang sedia terbeban dengan pelbagai tugas di luar bilik darjah. Kajian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada 2005 mendapati sebanyak 69 peratus daripada keseluruhan kakitangan perguruan di Malaysia bekerja dalam keadaan tertekan. Kementerian Pendidikan juga menjalankan kajian ke atas 48,258 responden guru pada 2018 dan mendapati 4.4 peratus daripada mereka mengalami tekanan tahap sederhana tinggi. Sebagai komponen penting dalam pembentukan generasi masa hadapan yang berwibawa, hal ini perlu diberikan perhatian khusus. Untuk itu, RELEVAN menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan tekanan dalam kalangan guru yang…

Read More