Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Reaksi Tun Razak, Khoo Kay Kim, Ungku Aziz dan Pak Sako tentang kemunculan semula Mat Kilau

    Reaksi Tun Razak, Khoo Kay Kim, Ungku Aziz dan Pak Sako tentang kemunculan semula Mat Kilau

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 1, 2022Updated:July 2, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERISTIWA kemunculan semula pahlawan Pahang, Mat Kilau pada 26 Disember 1969 ternyata menggegarkan negara. Tiada siapa yang menyangka pahlawan itu masih hidup pada usia 122 tahun, malah mendedahkan dirinya sendiri selepas lebih tujuh dekad menyembunyikan diri.

    Peristiwa itu juga mendapat perhatian pemimpin negara dan pakar sejarah juga akademik. Kerajaan negeri Pahang ketika itu menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kesahihan berita kemunculan semula pahlawan itu.

    Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd. Seh dan beberapa ahli sejarah juga mengunjungi beliau dan bertanya 20 soalan berkenaan sejarah negeri Pahang. Kesemua soalan itu dapat dijawab oleh Mat Kilau, menurut laporan Utusan Malaysia yang diterbitkan pada 31 Disember 1969.

    Mat Kilau juga boleh menceritakan semula secara terperinci lokasi persembunyiannya sepanjang lebih tujuh dekad menghilangkan diri.

    Syukur berjumpa ‘orang tua ganjil’

    Selain wartawan yang dihantar untuk menemu bual Mat Kilau secara eksklusif, Utusan Malaysia turut menghantar sasterawan dan antara pengasas akhbar itu, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako untuk melakukan penyelidikan yang lebih mendalam tentang kemunculan semula Mat Kilau.

    Pak Sako juga diminta menulis rencana khas berkenaan perkara tersebut dalam akhbar harian dan mingguan di bawah Kumpulan Akhbar Utusan Malaysia.

    Dalam satu rencananya yang disiarkan dalam Utusan Zaman pada 4 Januari 1970, Pak Sako menyatakan rasa syukur kerana dipertemukan dengan Mat Kilau. 

    “Alhamdulillah berbanyak-banyak syukur saya kepada Tuhan Yang Maha Kuasa Yang Pemurah, Pengasih dan Penyayang, maka dengan izin, dengan rahmat dan limpah kemurahan-Nya, pada kira-kira waktu Zohor, lebih kurang satu setengah, saya dan rakan-rakan yang bersama saya dapat bersalam dengan mencium tangan pahlawan ulung, tokoh luar biasa dan orang tua ganjil ini, pada hari Selasa 30 Disember penghujung tahun ganjil 1969…” tulis Pak Sako.

    Pak Sako juga menyatakan, berdasarkan pemerhatiannya, dia yakin bahawa individu yang ditemuinya itu ialah Mat Kilau. Tulis beliau, “Saya sendiri percaya, melihat kepada perawakannya, roman dan anggotanya, tingkah laku dan tutur katanya, serta tanda-tanda pada tubuh badannya, bahawa orang tua yang saya jumpai hari ini, dengan izin dan nikmat Allah Yang Maha Kuasa ialah Mat Kilau, anak sulung Imam Rasu yang lebih terkenal dengan gelaran Tok Gajah dan juga Imam Perang Pahlawan. Wallahuaklam.”

    Perlu dikaji pakar sejarah

    Peristiwa kemunculan semula Mat Kilau di Masjid Kampung Pulau Tawar turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein.

    Tiga hari selepas peristiwa tersebut, Tun Razak menyatakan hasratnya untuk bertemu sendiri dengan Mat Kilau jika ada kelapangan. Beliau malah berkata, dirinya secara peribadi merasakan berita berkenaan Mat Kilau itu ada kebenarannya. Beliau berpandangan, Mat Kilau berani untuk menonjolkan diri ketika itu kerana merasakan dirinya selamat, memandangkan negara telah lebih sedekad merdeka.

    “Dulu negeri kita di bawah pemerintahan British dan oleh kerana itulah agaknya pahlawan itu menyembunyikan diri,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia pada 29 Disember 1969.

    Pakar sejarah, mendiang Profesor Khoo Kay Kim yang ketika itu menjawat jawatan pensyarah sejarah di Universiti Malaya (UM) turut mencadangkan supaya Mat Kilau ditemui pakar-pakar sejarah tempatan.

    “Soal benar atau tidak Mat Siam itu sebagai Mat Kilau yang menyamarkan diri ialah soal kedua. Apa yang penting sekarang, perkara ini harus menjadi bahan penyelidikan sejarah,” katanya.

    Seorang lagi ilmuwan ulung negara, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz yang ketika itu merupakan Naib Canselor UM turut menyatakan hasratnya untuk bertemu Mat Kilau. Dalam laporan Utusan Malaysia pada 31 Disember 1969, Ungku Aziz berkata, Mat Kilau merupakan pahlawan negara dan Jabatan Sejarah UM juga tertarik untuk menjalankan siasatan tentang kemunculan semula beliau.

    “Saya sendiri ingin menemuinya dan mengemukakan banyak pertanyaan-pertanyaan,” katanya. – RELEVAN

    featured Mat Kilau pendidikan sejarah
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.