KU SYAFIQ KU FOZI

KITA sudah biasa berhutang. Untuk barangan berharga tinggi seperti kereta dan rumah, hampir tiada pilihan untuk memilikinya kecuali dengan pinjaman. Ada juga yang berhutang dalam skala lebih kecil untuk membeli perabot dan barangan elektrik. Kita juga sering mendengar tentang bahana kewangan disebabkan perbelanjaan berlebihan menggunakan kad kredit. Terutamanya golongan muda, kemampuan untuk berhutang sering disalahertikan sebagai kemampuan untuk membeli. Salah faham begini akhirnya akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan dan nilai kredit peribadi. Kini, urusan untuk berhutang semakin dipermudah. Banyak aplikasi menggunakan sistem beli sekarang bayar kemudian (buy now pay later – BNPL) untuk pembelian berharga rendah, termasuk untuk makanan,…

Read More

PUSAT  Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) akan dibuka semula bermula esok bagi memastikan hospital-hospital dapat beroperasi dengan baik, termasuk untuk merawat pesakit bukan Covid-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kemasukan ke PKRC Maeps akan dikhususkan untuk kes-kes Covid-19 berisiko rendah dan penjagaan sederhana (step-down care). Jelas beliau, langkah tersebut merupakan strategi Kementerian Kesihatan untuk menangani gelombang Omicron yang mana katil-katil untuk kes berisiko rendah diwujudkan untuk digunakan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding ketika gelombang Delta. “Ini bukanlah kerana kita tidak cukup katil di hospital tetapi ini lebih kepada langkah awalan (pre-emptive) dan…

Read More

KEMENTERIAN Kesihatan menetapkan tarikh akhir untuk mendapatkan dos penggalak bagi penerima vaksin jenis Sinovac berusia 18 tahun ke atas dan warga emas berusia 60 tahun ke atas dilanjutkan sehingga 31 Mac ini. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, status vaksinasi kedua-dua golongan tersebut akan bertukar kepada tidak lengkap jika masih tidak mendapatkan dos penggalak selepas tarikh itu.  “Tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini adalah pada 28 Februari tetapi untuk memudahkan golongan ini mendapatkan dos penggalak dan status vaksinasi mereka tidak diubah, Kementerian Kesihatan bersetuju untuk melanjutkan tempoh ini sehingga 31 Mac. “Bermula 1 April, status vaksinasi lengkap untuk golongan tersebut akan bertukar…

Read More

KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan bahawa individu 18 tahun ke atas  yang telah menerima dos penggalak dan tidak bergejala pada hari pertama pendedahan kepada kes indeks tidak perlu lagi menjalankan kuarantin walaupu disahkan sebagai kontak rapat. Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu tersebut bagaimanapun wajib melakukan ujian kendiri menggunakan kit ujian pantas (RTK) pada hari pertama dan hari ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes positif Covid-19. Kata beliau, jika keputusan ujian adalah positif, kuarantin perlu dijalankan  seperti yang telah ditetapkan sebelum ini dan keputusan ujian dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. “Bagi mereka yang telah lengkap vaksinasi tetapi belum menerima…

Read More

SECARA kasarnya, hutang dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Lebih tinggi hutang, lebih banyak beban kewangan yang perlu ditanggung. Namun, dalam banyak hal, kita terpaksa mengambil hutang terutamanya apabila melibatkan pembelian barangan berharga tinggi seperti rumah dan kereta. Disebabkan hutang sudah menjadi perkara biasa dalam pengurusan kewangan peribadi manusia, pakar kewangan membahagikan hutang kepada hutang baik dan hutang buruk. Walau bagaimanapun, menilai sesuatu hutang sebagai hutang yang baik atau buruk tidaklah mudah. Ia bergantung juga dengan situasi kewangan seseorang. Maknanya, hutang yang baik untuk individu A mungkin menjadi hutang yang buruk untuk individu B.  Untuk memahami makna dan kedudukan hutang baik…

Read More

PENGAMBILAN khas guru secara sekali ambil (one-off) untuk 18,702 kekosongan dilihat sebagai peluang yang besar untuk menyelesaikan isu lambakan graduan pendidikan. Namun, beberapa isu melibatkan subjek tertentu dilihat masih bermasalah dan memerlukan perhatian Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Jika sebelum ini Relevan menyuarakan isu graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang sukar menembusi penempatan Kementerian Pendidikan, isu baharu pula timbul melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Muzik. Wakilnya, Chonnel George meluahkan, setakat ini hanya 10 graduan bidang tersebut yang diluluskan dalam pengambilan kali ini.  Jumlah tersebut sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah 8,120 graduan yang diluluskan dalam pengambilan…

Read More

TAWARAN gaji yang rendah di tadika swasta membuatkan graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) memilih untuk terus berharap kepada penempatan di bawah Kementerian Pendidikan atau mencari pekerjaan di luar bidang pengajian mereka. Namun malangnya, peluang untuk mendapat penempatan kelihatan malap kerana apabila sebahagian besar graduan bidang tersebut gagal dalam temu duga baru-baru ini. Memohon pekerjaan di luar bidang juga sukar sehingga ada antara mereka yang terpaksa memohon pekerjaan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menerima gaji yang juga rendah. Seorang graduan yang mahu dikenali sebagai Amirah berkata, dia kini bekerja di sebuah tadika swasta di Kelantan dengan gaji yang di…

Read More

SETIAP pekerjaan memerlukan kemahiran tersendiri namun tidak dapat kita nafikan, ada kemahiran universal yang meningkatkan nilai seseorang pekerja pada mata majikan. Kemahiran-kemahiran ini dapat membuat pekerja menjadi rebutan banyak majikan, sekali gus menjamin masa hadapan yang lebih baik untuk pekerja. Tidak kira di mana anda bermula, majikan yang baik harus menyediakan laluan untuk pekerja maju dalam kerjaya mereka. Dari pekerja bawahan, anda boleh ditawarkan jawatan yang lebih tinggi sehingga akhirnya anda menjadi pemimpin di pejabat. Dengan kemahiran-kemahiran ini, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dinaikkan pangkat atau ‘dicuri’ majikan lain dengan jawatan dan tangga gaji yang lebih baik. Apakah…

Read More

KERAJAAN terus menggiatkan promosi untuk pemvaksinan kanak-kanak yang dilihat penting bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan populasi tersebut. Menurut Kementerian Kesihatan, pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap Covid-19. Malah, katanya, pemvaksinan juga dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit Covid-19 yang serius. Galakan tersebut menjadi lebih signifikan melihat kepada peningkatan penggunaan katil harian dalam kalangan kanak-kanak seiring dengan kenaikan kes Covid-19 dalam negara. Dalam hantarannya di Facebook, Kementerian Kesihatan berkata peningkatan dilihat lebih ketara pada Februari terutamanya untuk kategori 2 hingga kategori 5. Sehubungan itu, kementerian tersebut berkongsi tiga…

Read More

MENYEDARI ruang untuk mengajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) sangat terhad, graduan bidang tersebut bersedia untuk ditugaskan mengajar subjek lain di sekolah. Salah seorang graduan tersebut, Nik Amalina Zamakhshari, 31, berkata, mereka juga mempunyai kemahiran mengajar dalam subjek minor yang diambil sepanjang hampir empat tahun pengajian dan seharusnya tempat mereka untuk subjek tersebut turut diambil kira.  Jelasnya, pelbagai kemahiran berkaitan subjek lain turut diajarkan dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) PAKK termasuk Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu serta Penyaringan Kanak-Kanak Istimewa. “Kursus yang dipelajari ini ada kaitan dengan subjek-subjek di sekolah. Sebagai contoh,…

Read More