Facebook Twitter
    Trending
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    • 7 puisi buat anda di hari puisi
    • Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?
    • Pesakit jantung boleh berpuasa?
    • Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran
    • 10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat
    • 5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023

      251 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      March 11, 2023
    • Kewangan

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023

      7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

      February 27, 2023

      5 cabaran ekonomi untuk Malaysia pada 2023 menurut Perdana Menteri

      February 26, 2023
    • Pendidikan

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023

      Berbual bersama Fai: Sisi teknikal di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 15, 2023

      Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 14, 2023
    • Kerjaya

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023

      10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

      March 6, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan jadi toksik, ini langkah bina hubungan sihat di tempat kerja

    Jangan jadi toksik, ini langkah bina hubungan sihat di tempat kerja

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 19, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    HUBUNGAN yang baik dengan rakan sekerja adalah penting untuk kesejahteraan diri dan perkembangan kerjaya anda. - Gambar oleh Jopwell (Pexels)

    KITA meluangkan banyak masa di tempat kerja. Ada yang kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu. Ada yang lebih, sehingga 10 jam sehari, enam hari seminggu. Dengan jumlah masa yang banyak sebegini, tempat kerja memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan kita.

    Tiada siapa yang mahu mengumpul tekanan dari tempat kerja. Muhiddin Ishak dan Dr. Saiful Effendi Syafruddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meletakkan masalah hubungan di tempat kerja sebagai salah satu punca tekanan di tempat kerja.

    Manusia-manusia yang toksik akan sentiasa ada. Apa yang kita boleh buat ialah membina hubungan yang baik dengan rakan sekerja seboleh mungkin, selagi ia tidak memberi masalah kepada kesihatan mental dan fizikal kita sendiri.

    Hubungan antara rakan sekerja tidak perlu berlebihan. Ia berbeza dengan hubungan kita bersama keluarga atau rakan. Namun, ia tetap penting bukan sahaja untuk kesihatan mental, malah perkembangan kerjaya anda juga.

    Sehubungan itu, Relevan membawakan kepada anda tujuh langkah untuk membina dan mengekalkan hubungan yang baik di tempat kerja, menurut Indeed.

    • Berkomunikasi

    Asas dalam mana-mana hubungan ialah komunikasi. Setiap orang berkomunikasi dalam kehidupan seharian namun tidak ramai yang dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan. Komunikasi berkesan bermaksud mesej yang ingin disampaikan bukan sahaja diterima, malah difahami sepenuhnya. 

    Untuk mencapai komunikasi yang berkesan, ia bukan sekadar tentang bercakap, tetapi juga mendengar. Dalam perbincangan harian mengenai tugas, dengar apa yang ingin disampaikan rakan sekerja atau pengurus anda sebelum memberi respons. 

    Ada juga kalanya anda akan berhadapan rakan sekerja yang sedang mempunyai masalah. Walaupun tidak wajib untuk anda mengetahui secara mendalam masalah peribadinya, mendengar apa yang diluahkan dapat melapangkan hati dan fikirannya buat seketika. 

    • Jadi konsisten dan amanah

    Dulu kita selalu dengar, kepercayaan itu seperti selembar kertas. Jika sudah dikeronyok, kertas itu tidak akan pernah kembali seperti bentuk asal. Oleh itu, jagalah amanah supaya tiada dalam kalangan rakan sekerja atau pengurus hilang kepercayaan terhadap anda.

    Jika berjanji, tunaikan. Ada tugasan, siapkan. Ada perjumpaan, datang tepat pada masa. Sikap amanah ini juga perlu diamalkan secara konsisten supaya anda boleh menjadi rakan sekerja yang dipercayai.

    • Jangan bergosip

    Ah, ini memang sukar. Gosip bagai gula, kita sentiasa mahukannya walaupun tahu kesan buruknya kepada kesihatan. Namun, anda perlu kuat menolak godaan bergosip kerana ia membahayakan hubungan sesama rakan sekerja.

    Jika ada sekumpulan kakitangan yang memang kerjanya membawang sejak pagi ke petang, elak meluangkan terlalu banyak masa bersama mereka. Jika ada gosip yang datang sayup-sayup membisik ke telinga, jangan pedulikan. Tidak ada kesudahan baik yang datang dari khabar angin dan berita tidak benar.

    • Beri sokongan

    Tempat kerja yang harmoni terdiri daripada kakitangan yang saling menyokong. Ini juga cara yang baik untuk memupuk hubungan yang sihat dalam kalangan rakan sekerja.

    Jika anda senior, beri sokongan kepada junior. Jadi mentor dan pengajar yang baik. Jika anda junior, dekati senior anda dengan berhemah. Raikan kejayaan mereka sambil menyimpan impian untuk berada setaraf mereka suatu hari nanti.

    • Kekal positif

    Bukan positif Covid-19. Kalau positif yang itu, kuarantin di rumah. Apa yang dimaksudkan ialah positif dalam interaksi bersama rakan sekerja. Kadang kala, kita berhadapan tugas mencabar dan tekanan. Cuba untuk kekal positif.

    Seperti Covid-19, positiviti juga berjangkit. Jika anda mampu cekal dan sentiasa positif, anda boleh menjadi individu yang menjadi rujukan di pejabat dan disenangi semua orang.

    • Ketahui budaya syarikat

    Tidak semua syarikat boleh menerima cara pergaulan pekerjanya. Ada syarikat yang tegas dan budaya kerjanya formal. Ada juga syarikat yang sukakan persekitaran kasual.

    Sesuaikan diri dengan budaya syarikat agar hubungan anda dengan rakan sekerja serta pengurus dalam keadaan yang baik. Tidak mengapa kalau di pejabat anda perlu berinteraksi dengan formal, di luar anda bebas untuk melakukan apa saja.

    • Kerja pantas dan berkualiti

    Seorang pekerja yang baik dan mampu menghasilkan kerja yang berkualiti akan sentiasa disenangi ramai. Di pejabat anda akan dikenali sebagai rakan yang mesra, mentor yang baik dan pekerja yang cemerlang.

    Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kerja berkumpulan, hasil kerja anda akan memberi kesan terus kepada rakan sekerja yang lain. Jika kerja anda berkualiti, dihasilkan dalam masa yang ditetapkan pula, pastilah anda akan menjadi kegemaran warga pejabat anda. – RELEVAN

    featured kerjaya tempat kerja
    Artikel Terkini

    7 fakta langka tentang P. Ramlee

    March 22, 2023

    Bagaimana proses melihat anak bulan?

    March 22, 2023

    7 puisi buat anda di hari puisi

    March 21, 2023

    Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

    March 21, 2023

    Pesakit jantung boleh berpuasa?

    March 20, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.