KU SYAFIQ KU FOZI

SEJAK 1999, Hari Puisi Sedunia disambut pada 21 Mac bagi sebagai penghargaan untuk kesenian yang mekar hidup di seluruh pelusuk dunia, iaitu puisi. Menurut Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Hari Puisi Sedunia mula disambut pada 21 Mac ketika Persidangan Umumnya yang ke-30 di Paris, Perancis pada 1999. Tujuannya untuk menyokong kepelbagaian linguistik melalui ekspresi puitis dan meningkatkan peluang untuk bahasa-bahasa yang hampir pupus didengari. “Hari Puisi Sedunia adalah keraian untuk memberi penghormatan kepada para penyajak; menghidupkan semula tradisi lisan deklamasi puisi; menggalakkan pembacaan, penulisan dan pengajaran puisi; memupuk penyatuan puisi dengan cabang seni lain seperti teater,…

Read More

BERBORAK tentang lagu Hasrat, kalau disebut nama Fai, mungkin ramai yang keliru. Siapa Fai? Apa kaitannya dengan lagu itu? Nama penuhnya Faizul Hakim Kamis dan dia merupakan penyusun, penerbit serta jurutera adunan (mixing) dan adunan rapi (mastering) lagu Hasrat. Penglibatannya dalam lagu tular itu tersorok di belakang tabir tetapi peranannya sangat penting. Air tangan Fai yang membentuk lagu tersebut menjadi seperti yang kita dengar sekarang. Artikel ini mungkin agak teknikal tetapi bermanfaat buat anda yang berminat untuk ambil tahu tentang proses penerbitan sesebuah lagu. Fai berkongsi dengan Relevan apa yang terjadi sepanjang proses menghasilkan Hasrat. Relevan: Apa situasi waktu mula menerima…

Read More

BUKAN selalu ada lagu tempatan yang mendapat perhatian meluas di negara ini. Apatah lagi lagu yang tidak mengikut formula tular lazim.  Sejak dilancarkan bersekali dengan filem Imaginur, Hasrat oleh Amir Jahari diperkatakan di seluruh ruang media sosial. Ada juga terpalit kontroversi namun ia tidak sedikit pun menafikan fakta bahawa lagu ini sememangnya berkualiti dan digemari ramai secara organik. Relevan sentiasa mahu mengetengahkan karya seni seperti muzik sebagai medium pendidikan yang bermanfaat. Oleh itu, kami bawakan Amir Jahari sendiri untuk mengupas kisah di sebalik penciptaan lagu ini. Ikuti temu bual eksklusif ini supaya kita boleh sama-sama menggali manfaat dari lagu Hasrat.…

Read More

SELAIN resume, surat pengiring (cover letter) juga merupakan elemen penting dalam permohonan kerja. Surat pengiring merupakan dokumen bertulis yang biasa dihantar bersama dengan permohonan kerja atau resume.  Dokumen ini ditulis dengan ringkas, ditujukan kepada pegawai yang terlibat dengan pengambilan kerja dan menggariskan kelebihan pemohon yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Walaupun surat pengiring ditulis dengan ringkas dan padat, ia boleh menjadi faktor penentu kejayaan permohonan kerja seseorang.  Surat pengiring yang baik memberikan tanggapan pertama yang baik untuk pemohon, sekali gus membuka peluang yang lebih besar untuk dipanggil ke peringkat temu duga. Begitu juga dengan surat pengiring yang lemah, peluang pemohon…

Read More

SAYA seronok melihat sambutan orang ramai terhadap filem Imaginur. Selain melihat filem tempatan disanjung, seronok itu juga kerana saya memang peminat hasil kerja Nik Amir Mustapha dan Redza Minhat. Saya sendiri sudah tonton filem itu. Sepanjang tayangan saya berfikir dan berfikir. Banyaknya hal untuk difikir itu juga membantu saya mengetepikan emosi supaya air mata tidak mengalir di sebelah adik saya dan isterinya. Malu. Kerja seni seperti Imaginur bagus kerana ia mengajak penonton berfikir, bukan sekadar hanyut dalam lautan emosi yang dipaksa-paksa. Kita berfikir tentang demensia, Alzheimer, kasih anak kepada bapa, sayang suami kepada isteri dan setia adik kepada abang. Kita…

Read More

KITA selalu dengar nasihat kewangan tentang simpanan untuk persaraan dan kecemasan. Kebanyakannya untuk jangka masa panjang dan melibatkan simpanan yang banyak. Bagaimana dengan simpanan untuk jangka masa pendek, contohnya untuk menampung belanja hari raya? Atau persediaan bagi menghadapi hujung bulan yang lebih perit dari biasa? Simpanan untuk kecemasan kecil sebegini tidak perlu besar. Ia sekadar untuk memastikan kita tidak kehabisan aliran tunai untuk hal-hal asas dan tidak perlu berhutang. Di sini Relevan kongsikan empat kaedah menabung runcit-runcit bagi menghadapi kecemasan kecil. Tidak susah pun, semua orang boleh amalkan. Menabung syiling Saya dan kawan pernah tersangkut di pintu keluar tempat parkir…

Read More

ANTARA kegusaran utama graduan yang baru mula mencari kerja ialah cara penyediaan resume. Pelbagai tip dan pantang larang yang dikongsi di media sosial, menyebabkan graduan ada ketikanya keliru tentang cara penyediaan yang betul. Sebenarnya, tidak ada cara spesifik untuk menyediakan resume. Bukan semua pegawai sumber manusia juga sukakan gaya resume yang tertentu. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan para graduan ialah memahami fungsi sebenar resume dan sediakannya mengikut kecenderungan sendiri. Yang penting, ia jelas dan mampu ‘menjual’ khidmat graduan kepada majikan. Di sini Relevan kongsikan kepada anda cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Pusat Kerjaya dan Sumber Akademik Harvard Extension…

Read More

BERMULA 1 Januari lalu, pindaan terhadap Akta Kerja 1955 mula berkuat kuasa. Antara kandungan pindaan tersebut termasuk pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Walaupun ia satu kemajuan yang baik untuk hak dan kesejahteraan pekerja di Malaysia, kita masih agak ketinggalan. 45 jam bersamaan sembilan jam bekerja selama lima hari dalam seminggu. Di negara luar, terutamanya Eropah, mereka sudah mula membincangkan, malah bereksperimen dengan waktu bekerja empat hari dalam seminggu. Mungkin ia kedengaran janggal kerana kita sudah terbiasa dengan sistem lima hari bekerja. Kalau yang bekerja dalam bidang perkhidmatan lebih ‘kental’, ramai yang bekerja selama enam hari…

Read More

RATIFIKASI Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) boleh menjejaskan keterjaminan makanan dan sektor pertanian negara, tegas Forum Kedaulatan Makanan Malaysia. Ketua Koordinatornya, Nurfitri Amir Muhammad berkata, kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong bahawa sektor pertanian tidak terjejas akibat CPTPP dan ia merupakan satu-satunya perjanjian yang mengambil kira faktor keterjaminan makanan adalah menyeleweng dan palsu. Menurut Nurfitri Amir, kenyataan tersebut dibuat tanpa sebarang bukti daripada teks CPTPP dan ia bersifat terpilih serta menyembunyikan fakta-fakta penting.  “Hakikatnya, keterjaminan makanan Malaysia akan terjejas akibat CPTPP dalam banyak hal. Ia boleh dikategorikan kepada tiga perkara, iaitu penafian hak-hak…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 244 kes berbanding 217 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,252 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 213 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,031 kes. Terdapat lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk dua kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,965 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,256 kes dengan 8,896…

Read More