Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengulas Sedih Hati oleh Malique dari enam sudut

    Mengulas Sedih Hati oleh Malique dari enam sudut

    By August 3, 2023Updated:August 3, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERJA seni lagu Sedih Hati oleh Malique. - GAMBAR MLQ ENTERTAINMENT

    PENYANYI rap terkemuka negara, Malique membuat kemunculan semula dengan satu trek istimewa, Sedih Hati yang dilancarkan di platform digital pada 28 Julai lalu. Terlebih dahulu, cakera padat fizikalnya dijual lebih awal bermula Jun.

    Sedih Hati merupakan single solo pertama Malique sejak album TKO: Pejamkan Mata pada 2017. Ia tentunya mengujakan para peminat memandangkan album keempatnya, Malique IV turut diumumkan bersama lagu tunggal tersebut.

    Malique IV akan menjadi album pertama Malique selepas trilogi OK, KO: The Mixtape dan TKO: Pejamkan Mata. 

    Tema utama

    Lagu Sedih Hati berkitar dalam tema ruwaibidah. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa pengertian perkataan ruwaibidah, termasuk takrif untuk perkataan al-rabhidhah, iaitu orang yang lemah dan tenggelam dalam hal-hal keduniaan dan sentiasa menginginkannya.

    Dalam versi Tulah Remix lagu tersebut, ia dibuka dengan bacaan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah RA:

    “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipu daya, 
    para pendusta dipercayai sedangkan orang yang jujur dianggap berdusta, 
    pengkhianat akan diberi amanah dan orang yang amanah dianggap khianat, 
    pada saat itu para ruwaibidah mula berbicara.” 
    
    (verbatim bacaan pembukaan Sedih Hati Tulah Remix)

    Secara spesifik dalam konteks hadis tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyenaraikan tiga takrif ruwaibidah, iaitu orang yang bodoh bercakap perkara umum (Musnad Ahmad); orang yang fasiq bercakap perkara umum (Syarh Musyhkil al-Athar) serta orang yang bodoh dan keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut (al-Itisham).

    Selesai faham tema utama lagu tersebut, Relevan senaraikan ulasan kami terhadap lagu tersebut dalam enam sudut pandang.

    • Budaya sampel

    Penggunaan sampel dalam lagu hip hop memang sudah lama diamalkan. Sejarahnya merentang sampai ke awal kemunculan genre tersebut, pada sekitar dekad 1970-an. Malah, amalan ini turut diguna pakai pemuzik dalam genre lain, seperti The Beatles dan Radiohead.

    Dalam Sedih Hati (versi rasmi), Malique dan penerbitnya, Tripdisz menggunakan sampel dari lagu Mona Fandey bertajuk Ratapan Anak.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 keajaiban bahasa dalam lirik lagu Malique

    Dari segi budaya sampel, apa yang dilakukan Malique dan Tripdisz layak dipuji kerana menggunakan lagu yang secara amnya tidak popular tetapi mempunyai kepentingan dan kesesuaian yang tersendiri.

    Penerbit dan komposer dari United Kingdom, Jason O’Bryan berkata, etos penting dalam budaya sampel ialah menggali lagu-lagu lama. Dengan budaya sampel, ada lagu yang dilupakan mula diingati kembali, seperti yang berlaku dalam lagu Sedih Hati ini.

    • Hip Hop Politikal

    Malique sudah bermain dengan pelbagai isu dalam lirik-liriknya. Pejamkan Mata membawa isu pekerja, Cuba Lagi lagu motivasi positif, Teman Pengganti kisah hubungan dan Perang Dah Tamat isu kemanusiaan.

    Kali ini, ketika rakyat Malaysia tepu dengan drama politik tanpa sudah, Malique tampil dengan trek politikal.

    Mesej politikal Sedih Hati lebih jelas dalam Tulah Remix yang tidak menggunakan sampel Ratapan Anak. Bahagian korusnya diganti lirik:

    “Yang adil moga dirgahayu,
    Yang zalim biar rentung kalbu,
    Yang ruwaibidah semua tahu,
    Moga ditulah jadi abu.
    
    Moga dilucut kuasa (amin)
    Hilang kebal tak berdaya (amin)
    Doa warga teraniaya
    Amin, ya rabbil al-Amin”

    Penggunaan istilah seperti kakistokrasi, diarea politikal dan Annunaki mengesahkan bahawa lagu ini adalah suara rakyat kepada pemimpin. 

    Namun, untuk mengaitkannya dengan serangan terhadap mana-mana parti politik itu tidaklah dapat dipastikan. Walaupun ada klu-klu seperti didakwa beberapa pihak, tafsiran sampai ke tahap itu hanya sia-sia.

    ARTIKEL BERKAITAN: Keistimewaan lirik dan peribadi Loloq

    Yang jelas, lagu ini boleh ditafsir sebagai amaran dan teguran daripada rakyat kepada ahli politik, tidak kira dalam faksi pembangkang mahupun kerajaan. Malah, tema ruwaibidah yang lebih mendominasi juga boleh dituju kepada penyokong parti politik yang kemaruk mahu mengulas segala isu demi memenangkan tuan politik mereka.

    Dan Annunaki? Ini kita tafsirlah secara sendiri-sendiri.

    • Kias cabul

    Kiasan itu biasa dalam lirik lagu tetapi untuk menyampaikan kiasan dengan nuansa dan mood yang sesuai dengan lagu itu bukan mudah.

    Dalam Sedih Hati, untuk menyampaikan kejelikan ahli politik atau pemimpin yang gila kuasa, Malique banyak menggunakan kiasan-kiasan yang cabul (profane) atau jelik (gore). 

    ARTIKEL BERKAITAN: Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

    Contohnya pada baris “diarea politikal”, “apa rasa jamu darah daging resipi haram?”, “ambil darah, ramu racun” dan “sudah ludahkan jamu diadun”.

    Kiasan yang kebiasaannya dalam bentuk metafora bukan sekadar tentang ketepatan makna, malah suasana dan ini kemahiran Malique yang tidak dikuasai ramai penulis lirik lain.

    • Rima bermakna

    Satu lagi kelebihan Malique ialah keluasan perbendaharaan katanya yang membolehkan dia menyusun rima bermakna dalam liriknya. 

    Rangkap rap dalam Sedih Hati dibuka dengan pengulangan bunyi -al yang sangat padat. Dalam rangkap di bawah, terdapat 14 perkataan dengan akhiran -al digunakan.

    “Kritikal, deteriorasi mental
    Fizikal, diragut reaksi dangkal
    Tipikal egotistikal
    Dasar dajal hipokritikal
    Diari apokaliptikal dari diarea politikal
    Diganti lampin sambung ratah mana praktikal
    Teatrikal, balada farmaseutikal
    Dek badut-badut bangku muzikal”

    Bukan sahaja rima dalaman dan luaran yang padat, maknanya juga tepat dan berinti. Tidak ada perkataan-perkataan tersebut yang diletak tanpa makna.

    • Runtutan agama

    Jika kita melayan lirik seperti sebuah teks sastera setanding sajak atau prosa, kita akan menganalisisnya sebagai sebuah wacana. Dalam analisis wacana, tautan (cohesion) dan runtutan (coherence) ialah aspek penting.

    Runtutan bermaksud kelogikan dan kesepaduan makna dalam sesebuah teks. Dalam lirik Sedih Hati, unsur agama yang meruntut keseluruhan teks.

    Penggunaan perkataan seperti “dajal”, “suci”, “amin”, “ruwaibidah” dan “laknat” memberi petanda bahawa lirik ini ditulis berasaskan renungan keagamaan, khususnya agama Islam.

    Walaupun tema penuhnya politikal, kejahatan politik ditegur dengan amaran-amaran agama. 

    • Rap laju

    Dalam lagu OK bersama Cat Farish, Malique ada rap baris, “dulu rapku laju sekarang dah diperlahankan”. Sejak itu, jarang-jarang kita nak dengar Malique rap dengan mengungkap laju beberapa perkataan dalam satu baris.

    Rap yang laju merupakan antara identiti Malique pada awal kemunculannya bersama Too Phat, menjadikannya sebagai antara penyanyi rap paling terkenal Malaysia ketika itu. Dengar rap Malique dalam lagu ini, betapa laju sebutannya dalam beberapa bahagian.

    Selepas sekian lama tidak rap laju, Malique belanja sedikit dalam Sedih Hati. Dengar sebutannya dalam dua baris ini:

    “Mobilisasi, mulakan draf, fisabilillahi rapatkan saf
    Hingga ke hari dieleminasi, inalillahi khalif khilaf” 

    Kesimpulan

    Harus diakui, Sedih Hati bukanlah lagu terbaik Malique. Malah, beberapa trek hip hop baharu yang diterbitkan tahun ini oleh penyanyi generasi baharu boleh dianggap lebih baik. Perhatikan TUJULOCA, B-Heart dan Yarobin Yashar.

    Dari segi penulisan lirik, memang Malique yang terbaik tetapi secara keseluruhan, lagu ini tidak memenuhi jangkaan, lebih-lebih lagi apabila General sudah berehat lama.

    Namun, ini hanya satu lagu daripada entah berapa lagu yang akan diterbitkan dalam album Malique IV nanti. Untuk menilai keseluruhan kemampuan Malique pada 2023, lebih baik kita tunggu album tersebut kelak. – RELEVAN

    featured hip hop Malique muzik pendidikan pendidikan muzik Sedih Hati
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.