Facebook Twitter
    Trending
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Realiti gaji rendah rakyat Malaysia

    Realiti gaji rendah rakyat Malaysia

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 7, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LEBIH separuh pekerja formal di Malaysia menerima gaji di bawah paras gaji kehidupan wajar. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PEMBENTANGAN Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) oleh Jabatan Perangkaan dan Kementerian Ekonomi pada 4 Ogos lalu mendedahkan realiti bayaran gaji dan upah di Malaysia yang masih rendah.

    Walaupun kerajaan telah melaksanakan Perintah Gaji Minimum dan dalam usaha untuk melaksanakan dasar gaji progresif, masih ramai pekerja di Malaysia yang menerima gaji yang rendah.

    Lebih mengejutkan, ada peratusan yang agak besar untuk pekerja yang menerima gaji di bawah paras gaji minimum, garis kemiskinan dan pendapatan wajar.

    Bagi memudahkan anda faham situasi gaji dan upah pekerja Malaysia ketika ini, Relevan menyenaraikan lima perkara penting dalam statistik tersebut yang perlu diambil perhatian seluruh rakyat Malaysia.

    Data-data yang dikumpul dalam statistik tersebut adalah untuk suku pertama 2023.

    • Maksud pekerja sektor formal

    Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) adalah kumpulan data yang diambil khusus daripada pekerja-pekerja sektor formal sahaja.

    Daripada keseluruhan tenaga buruh di Malaysia seramai 16.65 juta, 16.06 juta daripadanya merupakan tenaga buruh yang bekerja. Jumlah itu pula dipecahkan kepada empat kategori, iaitu majikan, pekerja, bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji.

    ARTIKEL BERKAITAN: Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela, jadi pelengkap gaji minimum

    Statistik itu hanya mengambil kira kategori pekerja sektor formal dalam kalangan warganegara. Jumlahnya adalah sebanyak 6.45 juta orang, iaitu 62.1 peratus daripada jumlah pekerja warganegara.

    Penentuan kelompok yang diambil kira dari statistik itu boleh dilihat dalam rajah ini:

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Menurut Jabatan Perangkaan, statistik tersebut meliputi warganegara Malaysia yang bekerja dan mencarum di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

    • Pecahan kelas gaji

    Antara penemuan terpenting dalam Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) ialah jumlah besar pekerja di Malaysia yang menerima gaji rendah.

    Peratus terbesar dalam pecahan mengikut kelas gaji adalah pekerja yang menerima gaji antara RM1,500 hingga RM1,999, iaitu sebanyak 24.6 peratus, bersamaan kira-kira 1.59 juta orang.

    Bagi pekerja yang menerima gaji di bawah paras gaji minimum pula adalah kira-kira 657,900 orang. Ini menjadikan jumlah pekerja yang menerima gaji di bawah RM2,000 adalah sebanyak kira-kira 2.25 juta orang.

    Jumlah pekerja yang menerima gaji di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (RM2,589) pula lebih besar, iaitu kira-kira  3.02 juta orang atau 46.8 peratus daripada keseluruhan pekerja sektor formal.

    Mengambil jangkaan Gaji Kehidupan Wajar (RM3,047) pula, jumlahnya meningkat kepada 3.6 juta orang atau 55.8 peratus daripada keseluruhan pekerja sektor formal.

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Ini bermakna, secara amnya,lebih separuh daripada pekerja sektor formal di Malaysia tidak mempunyai pendapatan mencukupi untuk menjalani kehidupan yang wajar.

    Dari segi perbandingan tahun ke tahun, perubahan terbesar dicatatkan oleh kelompok yang menerima gaji di bawah paras gaji minimum RM1,500 apabila jumlahnya berkurang 15.3 peratus pada Mac 2023 berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaji minimum vs gaji kehidupan wajar

    Namun, perpindahan ketara kelas gaji tersebut adalah kepada kelas gaji RM1,500 hingga RM1,999 dengan peningkatan 10 peratus. Ini menunjukkan kesan berganda gaji minimum tidak begitu ketara pada pekerjaan-pekerjaan bergaji sederhana dan tinggi.

    • Jantina dan etnik

    Dari segi jantina, pekerja formal lelaki menerima median upah bulanan yang lebih tinggi, iaitu sebanyak RM2,664 berbanding RM2,545 untuk perempuan. 

    Walau bagaimanapun, median upah bulanan untuk pekerja formal perempuan meningkat lebih tinggi pada suku pertama 2023, iaitu sebanyak 8.6 peratus berbanding 8.0 peratus untuk lelaki.

    Dari segi etnik pula, etnik Cina mencatatkan median upah bulanan tertinggi, iaitu RM4,000. Ini diikuti etnik India (RM2,500), bumiputera (RM2,200) dan lain-lain (RM2,000).

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN
    • Umur dan sektor

    Median upah bulanan tertinggi dicatatkan kumpulan umur pekerja formal 40 hingga 49 tahun, iaitu sebanyak RM3,500. Ini diikuti kumpulan umur 50 hingga 54 tahun (RM3,400), 35 hingga 39 tahun (RM3,282) dan 55 hingga 59 tahun (RM3,127).

    Median upah bulanan terendah adalah untuk pekerja formal berumur bawah 20 tahun, iaitu RM1,500 diikuti 20 hingga 24 tahun (RM1,682) dan 225 hingga 29 tahun (RM2,327.

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Peratus kumpulan umur kepada jumlah upah tertinggi disumbangkan kelompok umur 35 hingga 44 tahun, iaitu sebanyak 31.6 peratus. Ini diikuti 45 hingga 54 tahun (25.7 peratus) dan 25 hingga 34 tahun (25.4 peratus).

    Peratus terendah pula disumbangkan kelompok umur atas 65 tahun, iaitu sebanyak 2.1 peratus diikuti 15 hingga 24 tahun (4.6 peratus) dan 55 hingga 64 tahun (10.5 peratus).

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Dari segi sektor, sebanyak 4.35 juta atau 67.5 peratus pekerja formal berada dalam sektor perkhidmatan manakala bakinya berada dalam sektor pembinaan, pembuatan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian.

    Daripada sektor-sektor tersebut, perlombongan dan pengkuarian mencatatkan median upah tertinggi, iaitu RM7,500 manakala sektor pertanian mencatatkan median terendah, iaitu RM1,900.

    Walau bagaimanapun, sektor perlombongan dan pengkuarian merekodkan perbezaan media upah bulanan yang besar antara kumpulan umur. Pekerja berumur antara 40 hingga 44 tahun dalam sektor itu mencatatkan median upah bulanan sebanyak RM15,889 manakala mereka yang berumur bawah 20 tahun hanya merekodkan median RM1,500.

    Daripada kesemua sektor, hanya sektor pertanian yang mencatatkan median upah bulanan tertinggi dalam kalangan kelompok umur tertinggi, iaitu RM2,600 untuk pekerja berumur lebih daripada 65 tahun.

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN
    • Negeri

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan median upah bulanan tertinggi, iaitu pada RM3,927. Ini diikuti Selangor (RM2,964) dan Pulau Pinang (RM2,627).

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Negeri yang mencatatkan median upah bulanan terendah pula merupakan Kelantan, iaitu pada RM1,600 diikuti Perlis (RM1,627) dan Sabah (RM1,782). – RELEVAN

    DOSM featured gaji gaji kehidupan wajar gaji minimum kerjaya statistik gaji
    Artikel Terkini

    Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    September 21, 2023

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.