Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Awas bukan “anda waspada anda selamat”, sependa bukan “seluar pendek dalam”

    Awas bukan “anda waspada anda selamat”, sependa bukan “seluar pendek dalam”

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 4, 2023Updated:August 4, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DAKWAAN perkataan "awas" berasal dari akronim "anda waspada anda selamat" hanya rekaan. - GAMBAR RELEVAN

    BARU-baru ini, warganet agak teruja dengan bahasa Melayu apabila pelbagai teori berkenaan asal-usul beberapa perkataan dibincangkan dalam media sosial.

    Antara yang diujakan ialah penggunaan akronim dalam bahasa Melayu. Pelbagai perkataan didakwa berasal daripada akronim, seperti bah (bencana air hujan), sependa (seluar pendek dalam) dan awas (anda waspada anda selamat).

    Terdapat perkataan yang diketahui dan diakui secara konsensus oleh autoriti bahasa sebagai akronim. Ini termasuk kugiran (kumpulan gitar rancak), pawagam (panggung wayang gambar) dan cerpen (cerita pendek).

    Namun, perkataan-perkataan seperti bah, sependa mahupun awas tidak dapat dipastikan kesahihannya. Tiada bukti jelas bahawa perkataan-perkataan tersebut dibentuk menggunakan akronim.

    Sehubungan itu, Relevan cuba merungkai persoalan tersebut dalam artikel ini.

    Proses pembentukan kata

    Ilmu yang mengkaji asal-usul dan makna sebenar sesebuah perkataan dikenali sebagai etimologi. Ia merupakan salah satu cabang dalam ilmu linguistik atau lebih spesifik lagi, ilmu linguistik sejarah (historical linguistics).

    Dalam bidang etimologi, ada dibincangkan tentang proses pembentukan sesebuah perkataan.

    Menurut Amat Juhari Moain, terdapat 17 jenis proses pembentukan kata dalam bahasa, termasuk bahasa Melayu, iaitu seperti berikut:

    INFOGRAFIK oleh Relevan

    Akronim merupakan salah satu jenis proses pembentukan kata yang ada dalam bahasa, termasuk bahasa Melayu. Namun, menurut S. Nathesan dalam Etimologi Bahasa Melayu (2015), akronim bukanlah proses pembentukan kata yang popular dalam bahasa Melayu.

    Malah, kata beliau, pembentukan kata menggunakan akronim juga tidak digalakkan dalam bahasa Melayu kerana ketiadaan kaedah dan prinsip yang jelas tentang prosesnya. Ini sekali gus akan menyukarkan kajian etimologi terhadap perkataan itu pada masa hadapan.

    Fakta atau rekaan?

    Antara dakwaan yang popular dalam media sosial ialah perkataan “awas” berasal dari akronim “anda waspada anda selamat”. 

    Relevan menghubungi pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin bagi mendapatkan pandangannya. Reaksi pertama beliau: “ini pertama kali saya dengar.”

    Selepas membuat sedikit kajian, Norliza bersetuju bahawa perkataan seperti “awas”, “bah” dan “sependa” bukanlah berasal dari akronim.

    ARTIKEL BERKAITAN: Asal-usul perkataan bajet, minda dan ringgit

    Hujahnya mudah. Untuk perkataan yang diakui autoriti bahasa sebagai akronim, penjelasannya sebagai sebuah akronim ada dirakamkan dalam kamus tetapi tidak untuk perkataan-perkataan tersebut.

    “Sebagai contohnya kugiran, dinyatakan dalam kamus ia merupakan kependekan atau akronim untuk kumpulan gitar rancak. Begitu juga pawagam.

    “Tetapi untuk perkataan-perkataan yang disebut, hanya dinyatakan maksudnya sahaja,” katanya.

    MAKSUD “pawagam” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.
    MAKSUD “kugiran” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.

    Bagi Norliza, kebanyakan dakwaan bahawa perkataan-perkataan tersebut berasal daripada akronim adalah rekaan semata-mata.

    “Orang kita ini selalunya kreatif,” katanya.

    Pesan Norliza, walaupun sukar untuk memastikan asal-usul sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu, orang ramai boleh menggunakan kamus untuk mengesahkan sesuatu dakwaan.

    Kamus terkini dan terlengkap yang boleh digunakan ialah Kamus Dewan Perdana. 

    Asal-usul “awas”

    Relevan turut mengambil inisiatif untuk menjejak asal-usul perkataan “awas”. 

    Agak sukar sebab ilmu etimologi tidak popular di Malaysia, apatah lagi mahu ada kamus etimologi dalam talian yang merekodkan susur galur sesuatu perkataan. Namun, hasil carian yang agak intensif, Relevan bertemu satu perkataan yang hampir serupa dengan “awas” dari segi bentuk dan makna.

    Perkataan tersebut ialah “hawas” dalam bahasa Banjar. Menurut Kamus Banjar-Indonesia, hawas bermaksud melihat. Menurut beberapa kamus dalam talian dari Indonesia pula, hawas bermaksud penglihatan yang baik dan tajam.

    MAKSUD “hawas” menurut Kamus Banjar-Indonesia.

    Ini sesuai dengan maksud “awas” yang dirakamkan Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu tajam penglihatan atau dapat melihat dengan baik. 

    MAKSUD “awas” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.

    Norliza turut bersetuju bahawa lebih sesuai jika diteorikan bahawa perkataan “awas” merupakan kata pinjaman dari bahasa Banjar, iaitu “hawas” yang telah disesuaikan dengan bahasa Melayu. 

    Hal sama juga berlaku pada perkataan “bah” yang didakwa sesetengah orang merupakan akronim kepada “bencana air hujan”. Menurut Kamus Etimologi Bahasa Melayu, perkataan tersebut berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu “vah”

    Vah dalam bahasa Sanskrit bermaksud membawa. Ia kemudiannya disesuaikan bentuk dan maknanya menjadi “bah” dalam bahasa Melayu yang bermaksud air banjir. – RELEVAN

    akronim bahasa bahasa Melayu featured pendidikan
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.