KU SYAFIQ KU FOZI

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 244 kes berbanding 217 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,252 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 213 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,031 kes. Terdapat lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk dua kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,965 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,256 kes dengan 8,896…

Read More

KETIGA-TIGA kawasan Parlimen dengan jumlah penduduk tertinggi pada 2022 berada dalam negeri Selangor manakala tiga yang terendah terletak  di negeri Sarawak. Itu antara statistik berkenaan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diterbitkan Jabatan Perangkaan melalui siaran Statistik Subnasional Parlimen dan DUN 2023 pada 2 Mac. Tiga kawasan Parlimen dengan penduduk tertinggi tersebut merupakan Bangi dengan kira-kira 691,900 orang diikuti Kota Raja (kira-kira 526,400 orang) dan Subang (kira-kira 481,100 orang). Tiga kawasan Parlimen dengan jumlah penduduk terendah pula merupakan Kanowit dengan kira-kira 24,900 orang diikuti Lubok Antu (kira-kira 27,000 orang) dan Igan (kira-kira 27,600 orang). Berikut Relevan senaraikan sembilan lagi…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 217 kes berbanding 206 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,008 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 233 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,818 kes. Terdapat tiga kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk satu kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,960 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,874 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,230 kes dengan 8,882…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 206 kes berbanding 190 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,042,791 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 176 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,996,585 kes. Terdapat satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam. Tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,958 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,873 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,248 kes dengan 8,901…

Read More

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu dengan menggariskan lima cabaran ekonomi yang telah, sedang dan akan dihadapi negara. Cabaran-cabaran ekonomi tersebut sebahagiannya merupakan impak pandemik Covid-19 yang mula melanda dunia kira-kira tiga tahun lalu. Walaupun negara semakin pulih, masih ada kesannya yang dirasai sehingga kini. Berikut Relevan senaraikan lima cabaran ekonomi yang perlu dihadapi Malaysia seperti yang dikongsikan Anwar. Beban hutang Menurut Anwar, hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini. Malah, jika dikira bersekali dengan liabiliti, nilainya mencecah RM1.5 trilion atau 81…

Read More

KERAJAAN tidak pernah meminggirkan golongan rentan berpendapatan rendah dalam setiap pembentangan belanjawan.  Namun, Belanjawan 2023 turut menggariskan beberapa inisiatif bagi membantu golongan berpendapatan sederhana. Berikut Relevan senaraikan inisiatif dalam Belanjawan 2023 yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi cabaran ekonomi pada tahun ini. Sumbangan Tunai Rahmah Beberapa pembaharuan dibuat untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk melayakkan isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.  Kerajaan juga akan memberikan sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas bernilai RM600.…

Read More

ISU berkenaan cukai antara yang banyak mendapat perhatian setiap kali belanjawan tahunan negara dibentangkan. Rakyat pastinya mahukan struktur cukai yang lebih progresif serta tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Adakah ia didengari kerajaan? Berikut Relevan senaraikan 19 peruntukan berkenaan cukai yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023. Tiada GST Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan cukai kepenggunaan yang berasas luas seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST memandangkan rakyat sedang berhadapan cabaran kos sara hidup dan paras gaji yang rendah. Cukai Barangan Mewah Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah…

Read More

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari, meletakkan tema Membangun Malaysia MADANI untuk belanjawan kedua tahun 2023 itu. Menurut beliau, belanjawan tersebut mencerminkan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur yang mampu membawa negara mendepani cabaran semasa, termasuk cabaran ekonomi global yang sarat dengan ketidaktentuan. Berikut Relevan senaraikan untuk anda 10 perkara utama berkenaan belanjawan kali ini. Jumlah peruntukan meningkat Kerajaan memperuntukkan RM388.1 bilion dalam belanjawan kali ini, meningkat berbanding RM372.3 bilion peruntukan Bajet 2023 (yang dibentang kerajaan terdahulu pada Oktober) dan RM332 bilion peruntukan Bajet 2022. Daripada jumlah tersebut, RM289.1 bilion (74.5 peratus)  diagihkan untuk…

Read More

MASA yang memeningkan dan juga melegakan buat pembayar cukai pendapatan kini sudah tiba: pengemukaan Borang Nyata (BN) melalui e-Filing. Memeningkan kerana waktu inilah kita perlu mengisi pelbagai borang, mencari resit-resit lama serta membuat kira-kira cukai pendapatan sendiri. Melegakan pula kerana setelah selesai, kita sudah melaksanakan tanggungjawab yang besar buat negara. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataannya berkata, pengemukaan BN tahun taksiran 2022 dan tahun saraan 2022 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu boleh dilakukan bermula 1 Mac ini. Borang-borang yang terlibat termasuk Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E. Sebelum mengisi e-filing,…

Read More

BELANJAWAN 2023 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari ini akan mencatat beberapa sejarah tersendiri. Pertama, ia merupakan belanjawan pertama yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kedua, ini juga pembentangan pertama oleh beliau selepas kali terakhir melakukannya pada 1997. Belanjawan kali ini pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat. Ia boleh menjadi gambaran terhadap haluan ekonomi yang dipegang kerajaan hari ini.  Rakyat juga menanti dan bakal membandingkan belanjawan kali ini dengan Bajet 2023 yang dibentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun lalu. Sebelum kita mengikuti pembentangan tersebut Jumaat ini, Relevan (https://relevan.com.my/) mahu berkongsi perkara-perkara penting yang…

Read More