Facebook Twitter
    Trending
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berbual bersama Loque: Kenapa suka sadur lagu?

    Berbual bersama Loque: Kenapa suka sadur lagu?

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 15, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MONOLOQUE telah menerbitkan tujuh lagu saduran setakat ini. - GAMBAR IHSAN MONOLOQUE

    BUAT mereka yang meminati muzik berasaskan kugiran dan lahir pada awal 1990-an pasti tahu tentang rancangan Versus di TV9.

    Rancangan pertandingan antara kugiran itu bertahan selama dua musim, disiarkan pada 2011 dan 2012. Konsepnya tertumpu kepada kemampuan kugiran untuk menyadur lagu-lagu lama, dengan susunan yang kreatif dan terkini.

    Salah seorang juri dalam rancangan itu ialah Khairil Ridzwan Annuar atau Loque, pengasas Butterfingers dan Monoloque. Rancangan itu menjadi tempat Loque mencungkil kreativiti dalam kalangan kugiran tempatan melalui saduran-saduran lagu dan ia tidak asing untuk Loque.

    Sebab melalui kugirannya, Monoloque sudah menyadur beberapa lagu ketika itu. Antaranya ialah Tiada Kata Secantik Bahasa nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee, saduran khas untuk projek kompilasi P. Ramlee: Satu Indiepretasi pada 2011.

    Pada 2009 juga, Loque ada memuat naik sadurannya untuk lagu Masih Aku Terasa nyanyian Gersang. Versi rasminya ada dalam album Jangan Puja Sampai Kecewa (2017).

    Terbaharu, Monoloque tampil dengan saduran Mengapa Dikenang Mengapa Difikir nyanyian asal Herman Tino. Sebelum ini juga, Loque bersama kugiran projeknya, Gostan muncul dengan saduran lagu Dia Datang nyanyian asal Fadzil Ahmad.

    Selepas Versus tamat, Loque juga ada berusaha untuk mengembalikan rancangan berkonsep sebegitu – tertumpu kepada penyaduran lagu-lagu lama – secara sendiri, melalui siri rancangan Tuhan Selamatkan Rock & Roll.

    Rancangan itu, setakat ini, terhenti pada kugiran ketiga iaitu A. Limin, selepas Loko dan Margasatwa. Namun, lebih awal sebelum itu, Loque bersama rakan pemuziknya ada menyadur lagu Mithali Cintaku nyanyian asal U-Topia.

    Ini menjadikan Loque sebagai pengkarya yang sinonim dengan lagu saduran.

    Sebab itu, Relevan tidak hanya mahu bercerita tentang pelancaran lagu saduuran terbaharunya, Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, malah bertanyakannya beberapa soalan tentang kerja-kerja menyadur lagu yang dilakukannya.

    Mari ikuti perbualan Relevan bersama Loque.

    RELEVAN: Kenapa Monoloque suka buat saduran lagu lama?

    LOQUE: Pertama, sebab Loque membesar dengan lagu-lagu ini. Sejak Masih Aku Terasa, Tiada Kata Secantik Bahasa. Setiap lagu ini mewakili era sepanjang Loque membesar.

    Masih Aku Terasa era Loque sekolah rendah, darjah 5 atau darjah 6. Tiada Kata Secantik Bahasa pula mewakili era Loque baru mengenali P. Ramlee, tonton filem Anakku Sazali dan era Loque di Berklee (College of Music), sewaktu membedah P. Ramlee secara total. 

    Lagu-lagu itu seperti wajah atau jati diri Loque, yang membentuk Loque sendiri. Sebab itu Loque rasa lagu-lagu itu layak diberikan penghormatan tertinggi, apabila kami membuat saduran. 

    Kedua, bagi Loque, lagu-lagu itu terkehadapan dan lain daripada lagu Melayu yang menjadi kegemaran orang ramai sehingga kini. Ada juga beberapa lagu yang dah dilupakan.

    Banyak lagi lagu yang Loque rasa canggih, ada sesuatu dan tulen. Ia mewakili Nusantara dengan gaya kita, bahasa kita, bunyi kita yang tiada di Barat. Loque rasa ia perlu direlevankan dan diperkenalkan semula kepada generasi baharu.

    Jangan ingat semua orang kenal siapa P. Ramlee. Generasi baharu ini ada yang tak kenal pun P. Ramlee kerana cara kita dibesarkan.

    Gaya ibu bapa membesarkan anak-anak sekarang lain, terlalu Barat dan global sampai ada yang lupa pada akar umbi mereka. Itu antara sebab kenapa Loque gigih menyadur lagu lama, untuk merelevankannya dan memperkenalkannya semula kepada generasi baharu.

    Kalau generasi baharu dengar, ia jadi macam peta, panduan atau batu tanda untuk mereka dengar yang asal. Kalau mereka suka yang asal lebih bagus.

    Sadur ini bukan untuk berlawan tetapi sebagai penghargaan atau belasungkawa kepada lagu asal.

    Bagaimana pilihan lagu yang nak disadur itu dibuat? Ada kriteria tertentu?

    Loque akan pilih lagu yang peribadi, yang penting dan ada cerita untuk Loque. Mungkin cerita sedih atau gembira yang berlaku pada Loque, yang diwakili oleh sesebuah lagu itu.

    Macam Masih Aku Terasa, blues naik bas sekolah, dengar lagu di radio. Setiap lagu itu ada detiknya sendiri.

    Satu lagi, Loque lihat kecanggihan lagu tertentu. Seperti Tiada Kata Secantik Bahasa, bagi Loque, harmoninya sangat moden dan canggih. 

    Ada juga lagu yang gayanya lama tetapi gaya itu kembali popular sekarang. Cuma sebab lagu lama, orang tak tahu. Contohnya Mawar Putih Tanda Perpisahan, lagu itu sangat minor dan dekat dengan masyarakat Nusantara tetapi tidak popular. Jadi, Loque buat semula.

    Yang paling asas, Loque akan cuba cari lagu yang relevan dengan keadaan semasa. Dari sudut lirik atau bunyi.

    Apa pengalaman paling menyeronokkan ketika membuat saduran? 

    Apabila menyadur lagu, semua benda seronok. Sebab itu kita sadur lagu, ia sebuah kembara yang nikmat.

    Kita menggunakan lagu yang telah ada tapi cuba menggayakannya dengan cara kita tersendiri. Loque rasa itu satu benda yang seronok, terutamanya buat pemuzik. 

    Melodi-melodi yang sudah ada itu macam mainan, kita cuma perlu susun bagi menunjukkan wajah atau cop mohor Monoloque, contohnya. Atau macam formula matematik, kita perlu dapatkan jawapan dengan gaya sendiri.

    Setiap bahagian dalam proses menyadur ini menyeronokkan dan nikmat.

    Ada tak apa-apa pantang larang apabila menyadur lagu?

    Bagi saya, yang penting, melodi ialah raja. Apa-apa pun, kita takkan sentuh melodinya seratus peratus. Walaupun pakaiannya sudah lain, dah diharmonikan semula, dibina semula, letak elemen lain malah kadang-kadang tukar kord tapi melodinya tetap sama.

    Sebab melodi itulah yang mengaitkannya dengan versi asal.

    Melodi asal ialah tiang seri untuk sesebuah lagu. Kita biasanya tak kacau tiang seri itu, kecuali kalau ia perlu dihiasi untuk mendapatkan bunyi yang menggambarkan identiti Loque. – RELEVAN

    Previous ArticleKenapa ketiak berbau? Orang Korea paling kurang gen bau
    Next Article 5 ragam manusia menguruskan wang

    Artikel berkaitan

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026
    Artikel Terkini

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.