Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Luang 15 minit saja setiap hari, buat aktiviti ini untuk tubuh kalis sakit

    Luang 15 minit saja setiap hari, buat aktiviti ini untuk tubuh kalis sakit

    By August 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LUANGKAN 15 minit sahaja sehari untuk melakukan senaman dan regangan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PERCAYA tak, anda hanya perlu luang 15 minit saja setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang lebih sihat dan kuat?

    Dengan gaya hidup sedentari yang semakin lazim, sering kali kita berasa sakit-sakit badan, lenguh dan tegang otot kerana kurang bergerak. Namun, ada tip untuk anda memperkuat tubuh dan otot supaya tidak terlalu mudah rasa sakit.

    Kuncinya adalah menggerakkan badan pada sela-sela masa terluang setiap hari. Ambil sedikit sahaja masa ketika bekerja atau melakukan aktiviti harian.

    Tip ini dikongsikan pakar osteopati terkenal dunia, James Davies kepada The Times UK. Mari kita lihat apa aktivitinya.

    • Regangan selepas bangun tidur (1 minit)

    Sebelum meninggalkan katil, baring dan angkat lutut sehingga tapak kaki anda rata di atas tilam. Luruskan tangan pada sisi badan. Ini akan mengurangkan tekanan pada pinggang.

    Bernafas dalam menerusi hidung sambil cuba menolak bahagian perut ke atas. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan.

    • Regangan selepas bangun dari katil (30 saat)

    Berdiri dengan kedua-dua kaki dijarakkan dan regangkan tangan ke atas pada kedudukan pukul 10 dan pukul 2 seperti jarum jam. Tolak badan ke belakang sedikit. 

    Tutup mata dan rasakan seluruh tubuh anda meregang, dari kaki, dada sehingga tangan. Kekalkan regangan itu selama 30 saat.

    • Regangan selepas mandi (30 saat)

    Ulang regangan sama seperti selepas bangun dari katil, cuma kali ini julang tuala di atas kepala dan sengetkan badan ke kiri dan kanan. Kekalkan posisi selama 10 saat untuk setiap sisi.

    Regangan ini membantu anda menggerakkan bahagian belakang tubuh.

    • Regangan leher (30 saat)

    Regangan ini membantu melepaskan tekanan dan menggerakkan sendi serta otot di bahagian leher.

    Caranya: bayangkan mata anda sebagai mata pensil dan lukiskan nombor lapan menggunakannya. Ulang beberapa kali dengan arah yang berbeza.

    Kemudian, bayangkan dagu anda pula sebagai pensil dan buat gerakan sama beberapa kali.

    • Regangan dada di meja kerja (30 saat)

    Jika anda duduk lama, otot dada akan mengetat, memberi kesan kepada postur anda. Untuk melonggarkan tekanan pada otot dada, ketika bekerja, ambil sedikit masa untuk membuat regangan.

    Caranya: duduk atau berdiri dengan tangan di belakang kepala dan jari sedikit terkait. Cuba tolak siku ke belakang supaya tulang belikat merapat. Kekalkan posisi selama 10 saat. Buat tiga kali sehari.

    • Berjengket (30 saat)

    Sambil bekerja, ambil rehat seketika dan berdiri. Jarakkan sedikit kedua-dua kaki dan berjengket. Angkat tumit perlahan-lahan sebanyak 10 kali.

    Ini akan membantu peredaran darah dan mengelakkan bengkak pada kaki bawah serta pergelangan kaki. Cuba buat regangan ini setiap satu atau dua jam.

    • Regangan peha (30 saat)

    Buat regangan untuk otot peha (kuadrisep) dengan berdiri bersebelahan dinding dan tarik tumit kaki kanan menggunakan tangan kanan ke arah punggung. 

    Kekalkan posisi tersebut selama 15 saat dan ulang dengan kaki kiri pula.

    • Regangan lantai (5 minit)

    Menjelang petang, luang masa yang lebih sedikit untuk regangan ini.

    Baring di atas lantai dengan kaki di atas sofa atau meja pada kedudukan 90 darjah. Kekalkan posisi selama lima minit.

    Regangan ini membantu anda mengurangkan kemampatan bahagian belakang selain menyelarikan semula pinggang dan pelvis. Ia juga melonggarkan tekanan pada tulang belakang. – RELEVAN

    featured kesihatan regangan senaman
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.