Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa keutamaan kita: parti politik atau negara?

    Apa keutamaan kita: parti politik atau negara?

    By August 24, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERBALOIKAH kesejahteraan negara dikorbankan demi cita-cita politik? - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

     

    SEBAGAI warga sebuah negara berdaulat, kita wajar terlibat dan mengambil tahu hal politik.

    Kita wajar mengikuti perkembangan politik, memantau kerja ahli politik dan jika cukup tekad, ikut serta dalam perjuangan politik kepartian.

    Namun, ia tidak bermakna parti politik menjadi keutamaan tertinggi. Sekuat mana pun kita sayang pada sesebuah parti, negara tetap yang wahid. Kemakmuran negara yang paling perdana.

    Jika jalan menuju kemenangan sebuah parti politik bererti merosakkan kesejahteraan negara, kita perlu berhenti dan berfikir. Berbaloikah sebuah negara hancur demi perjuangan kepartian?

    Soalan ini perlu ditanya kepada semua penyokong parti politik dan ahli politik yang ada dalam negara ini.

    Kerana selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tempoh hari, perpecahan semakin galak dan kebencian semakin merebak. Ada pihak mengapi-apikan kebencian antara negeri. Ada yang mencucuh bara pada perpaduan kaum dan agama. Ada ahli politik yang melaung-laung referendum untuk menjatuhkan kerajaan.

    Seperti pentaksub politik kepartian di negara ini sudah melupakan segala keperitan para pejuang kemerdekaan negara suatu masa dahulu. Rumah merdeka yang dibina dahulu mahu dibakar kerana gaduh-gaduh politik yang tiada kesudahan.

    Andai berterusan, kita akan mewariskan negara yang rapuh dan penuh masalah kepada generasi seterusnya. Anak cucu kita akan menaruh dendam kepada nenek moyang mereka yang merosakkan negara demi cita-cita politik.

    KITA perlu cekal memelihara kesejahteraan negara demi generasi seterusnya. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    Tidak bolehkah dalam memperjuangkan politik, kita tetap meletakkan kesejahteraan negara sebagai keutamaan? Tak mampukah para pentaksub politik kepartian memikirkan masa hadapan negara sebelum mengeluarkan kenyataan semberono yang mengoyakkan fabrik sosial negara?

    Bagaimana negara mahu harmoni kalau sesama negeri pun bergeser, sesama rakyat kita berkesumat?

    Dalam dokumen lengkap Rukun Negara, pada bahagian pengenalan, dicatat peringatan tentang anasir perosak yang mengoyak perpaduan kaum. Tulisnya:

    “…usaha-usaha kita membina bangsa dan negara telah diganggu oleh kegiatan anasir-anasir perosak. Anasir-anasir ini terdapat dalam kalangan semua kaum. Dari semasa ke semasa sikap-sikap perkauman dan prasangka-prasangka perkauman yang terpendam telah dipergunakan dengan berbagai-bagai helah sehingga mengakibatkan berlakunya peristiwa-peristiwa perkauman.”

    Waktu bersekolah dahulu, pada setiap perhimpunan saya akan menyanyikan lagu Kebesaran Negeri Sembilan. Setiap kali menyanyi, kami doakan keberkatan buat sekalian yang setia dan untuk musuh kesetiaan, kami mohon supaya habis binasa.

    Dalam ketegangan politik di media sosial hari ini, para pentaksub yang mengetepikan kesejahteraan negara ialah musuh kesetiaan.

    Jangan sampai anda dan kita semua habis binasa. – RELEVAN

    featured kemerdekaan pendidikan politik Rukun Negara sejarah
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.