Facebook Twitter
    Trending
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    • 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023

      Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rapid KL lanjut perkhidmatan rel dan bas sempena Hari Kebangsaan, lihat senarainya di sini

    Rapid KL lanjut perkhidmatan rel dan bas sempena Hari Kebangsaan, lihat senarainya di sini

    By KU SYAFIQ KU FOZIAugust 25, 2023Updated:August 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERKHIDMATAN rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan pada 30 dan 31 Ogos ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PERKHIDMATAN rel dan bas milik Rapid KL akan dilanjutkan pada 30 dan 31 Ogos ini bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk meraikan sambutan kemerdekaan.

    Prasarana Malaysia Berhad berkata, pada malam 30 Ogos, perkhidmatan bagi beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel terpilih akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.

    Katanya, jumlah dan kekerapan tren akan dinilai dan diselaras berdasarkan pemantauan dan keperluan oleh pihak operasi.

    “Jumlah orang ramai di malam ambang kemerdekaan dijangka meningkat, terutama sekali di kawasan sekitar KLCC.

    “Justeru, para penumpang diminta menggunakan stesen-stesen alternatif yang berhampiran, iaitu stesen LRT/MRT Ampang Park dan stesen Persiaran KLCC untuk mengelak kesesakan,” katanya dalam kenyataan pada 25 Ogos.

    30 Ogos

    Untuk malam 30 Ogos, sebanyak enam stesen rel akan dilanjutkan perkhidmatannya sehingga pukul 2 pagi, iaitu:

    • Stesen KLCC (LRT Laluan Kelana Jaya)
    • Stesen Ampang Park (LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Putrajaya)
    • Stesen Persiaran KLCC (MRT Laluan Putrajaya)
    • Stesen Pasar Seni (LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang)
    • Stesen Bukit Bintang (MRT Laluan Kajang dan Monorel)
    • Stesen Masjid Jamek (LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling)

    Menurut Prasarana, stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan waktu operasi bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

    Stesen-stesen rel lain pula akan menamatkan operasi mengikut jadual biasa, namun penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen destinasi bagi meneruskan perjalanan.

    Bagi perkhidmatan bas Rapid KL pula, 22 laluan terpilih juga akan dilanjutkan operasi sehingga pukul 2 pagi. Senarainya seperti berikut:

    31 Ogos

    Untuk sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos pula, semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan memulakan operasi lebih awal pada pukul 4 pagi. Begitu juga dengan 101 laluan bas Rapid KL. Rujuk laman web Rapid KL untuk senarai bas yang terlibat.

    Malah, menurut Prasarana, sebanyak 50 buah bas perantara percuma dari stesen MRT Putrajaya Sentral juga disediakan dan akan melibatkan tiga laluan, iaitu: 

    “Perkhidmatan nas Nadiputra laluan MS04 di bawah kendalian Rapid KL akan turut beroperasi dari pukul 4 pagi sehingga 2 petang.

    “Laluan ini akan bermula dari Lobi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ke Jalan Tun Hussein, Presint 3,” katanya.

    Jelas Prasarana lagi, terdapat juga laluan bas 451 dari Stesen MRT Kajang ke Stesen Putrajaya Sentral.

    Perkhidmatan itu akan berlepas setiap jam dari Stesen MRT Kajang bermula pukul 5.30 pagi sehingga 1.30 petang manakala laluan dari Putrajaya Sentral akan bermula pada 6.30 pagi sehingga 2.30 petang dengan tambang RM1.00.

    Sempena sambutan Hari Kebangsaan, laluan 451 akan hanya melalui Hentian Kajang, Jalan Tun Hussein Presint 3 dan berakhir di MRT Putrajaya Sentral. – RELEVAN

    featured Hari Kebangsaan kemerdekaan Merdeka pendidikan pengangkutan awam Rapid KL
    Artikel Terkini

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.