Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenali kesatuan sekerja dan fungsinya kepada pekerja

    Mengenali kesatuan sekerja dan fungsinya kepada pekerja

    By August 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    FUNGSI kesatuan sekerja bukan menganjurkan piket atau mogok. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DUNIA melahirkan golongan pekerja yang ramai bermula pada Revolusi Perindustrian pertama dalam abad ke-18, apabila perusahaan-perusahaan didirikan untuk memenuhi permintaan industri.

    Kesedaran solidariti sesama pekerja juga timbul pada abad itu yang seterusnya mewujudkan kesatuan sekerja. 

    Asas kesatuan sekerja ialah solidariti dan penyatuan para pekerja. Pada abad-abad seterusnya, konsep kesatuan sekerja semakin kukuh dan berkembang, terutamanya selepas Karl Marx menerbitkan adikaryanya, Communist Manifesto yang membincangkan isu pekerja secara lebih intensif.

    Di Malaysia, gerakan pekerja yang tersusun bermula lama sebelum merdeka, ketika pekerja dalam sektor awam dan swasta bergabung membentuk Kesatuan Sekerja Am (General Labour Unions – GLU) pada dekad 1920-an.

    Kesatuan sekerja menjadi tunjang kebangkitan golongan pekerja sejak zaman-berzaman. Namun, semakin lama, khususnya di Malaysia, kepentingannya semakin dilupakan.

    Relevan percaya usaha pertama untuk mengangkat semula kepentingan kesatuan sekerja adalah dengan memahami makna dan fungsi sebuah kesatuan sekerja.

    Maka, berpandukan artikel What You Need to Know About Unionisation in Malaysia oleh badan pemikir The Centre, mari kita sama-sama mengenali kesatuan sekerja.

    Apa itu kesatuan sekerja?

    Antara kesatuan sekerja terbesar di United Kingdom (UK), UNISON mendefinisikan kesatuan sekerja sebagai sekumpulan pekerja yang bergabung untuk mengekalkan atau menambah baik keadaan pekerjaan mereka.

    Firma guaman Fareez Shah & Partners pula mentafsirkan definisi kesatuan sekerja dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 sebagai persatuan yang terdiri daripada pekerja atau majikan dalam tred, pekerjaan atau industri tertentu yang fungsinya:

    i)  mengawal dan menggalakkan hubungan kerja yang baik dalam kalangan pekerja dan majikan

    ii) Mewakili sama ada pekerja atau majikan dalam pertikaian perdagangan;

    iii)  Meningkatkan keadaan pekerjaan pekerja; dan/atau

    iv) Memastikan ahli kesatuan sekerja mendapat bekalan ketika mogok atau sekatan masuk kerja

    Menurut The Centre, terdapat tiga jenis kesatuan sekerja, iaitu kesatuan sekerja pekerja awam, kesatuan sekerja pekerja swasta dan kesatuan majikan.

    Terdapat juga beberapa kesatuan di peringkat nasional yang mewakili pekerja-pekerja dalam sektor tertentu, seperti Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (NUBE).

    Yang paling lazim, kesatuan yang didirikan dalam syarikat-syarikat bagi mewakili pekerja dalam syarikat sama.

    Selain itu, terdapat juga ahli kesatuan yang bersama membentuk persatuan di bawah Akta Persatuan 1966 untuk membina solidariti yang lebih kukuh, contohnya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

    Bagaimana kesatuan sekerja berfungsi?

    Secara amnya, kesatuan sekerja melindungi pekerja dalam tiga cara.

    Pertama, kesatuan boleh mewakili pekerja dalam pertikaian pekerjaan dengan majikan bagi menghalang eksploitasi terhadap pekerja. 

    Kedua, kesatuan boleh menyediakan perkhidmatan kebajikan tambahan seperti latihan kemahiran, sokongan penjagaan anak dan elaun kos sara hidup.

    Fungsi ketiga merupakan fungsi terpenting kesatuan sekerja, iaitu mewakili ahli dalam rundingan kolektif dengan majikan bagi mendapatkan hak, upah dan manfaat yang lebih baik.

    Kewujudan kesatuan sekerja membolehkan rundingan dilaksanakan secara kolektif berbanding secara individu.

    The Centre menjelaskan perbezaan antara rundingan individu dengan rundingan kolektif dalam infografik ini:

    Melalui rundingan kolektif, pekerja dari segmen yang sama boleh membentuk suara sepakat untuk berunding dengan majikan. Kaedah ini menghasilkan persekitaran yang lebih sama rata kerana semua pekerja dalam perjanjian kolektif boleh mendapat manfaat yang sama.

    Sebab itu, kebiasaannya, peranan kesatuan lebih kepada menetapkan piawaian pekerjaan yang minimum untuk semua pekerja.

    Untuk rundingan individu, ia lebih kepada penilaian prestasi dan rundingan ganjaran yang setara dengan kecemerlangan khidmat. – RELEVAN

    featured hak pekerja kerjaya kesatuan sekerja
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.