MENJADI pengawas sekolah sering dianggap satu kebanggaan. Namun, tidak semua tahu bagaimana untuk menjalankan tugas dengan baik tanpa menjejaskan hubungan dengan rakan-rakan. Ada pengawas yang dihormati tetapi ada juga dijauhi kerana sikapnya kurang disenangi. Sebenarnya, menjadi pengawas yang baik bukan tentang kuasa atau baju berwarna semata-mata. Ia lebih kepada cara membawa diri dan berinteraksi dengan orang lain. Berikut beberapa panduan yang boleh membantu pengawas menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Faham tugas, bukan tunjuk kuasa Perkara paling penting ialah memahami bahawa tugas pengawas adalah membantu menjaga disiplin sekolah, bukannya mencari kesalahan pelajar lain. Elakkan sikap suka mengarah atau bercakap dengan nada…
Umi Fatehah
KETUHAR gelombang mikro atau microwave adalah penyelamat di dapur moden. Dari memanaskan sarapan, lauk tengahari, hingga secawan coklat panas, semua lebih cepat dan mudah. Namun, bukan semua makanan sesuai dipanaskan semula di microwave. Sesetengah makanan boleh berubah sifatnya, kehilangan nutrien atau bahkan menjadi bahaya kepada kesihatan. Menurut Reader’s Digest, ramai tidak sedar cara mereka menggunakan microwave boleh menyebabkan risiko serius. Berikut adalah sembilan makanan yang patut dielakkan beserta penjelasan kenapa dan cara selamat untuk memanaskannya semula. Telur rebus Telur rebus, sama ada bersalut kulit atau sudah dikupas boleh menjadi bom wap apabila dipanaskan dalam microwave. Air dalam telur cepat berubah…
PERNAH terjaga dari tidur, mata celik tapi badan langsung tak boleh bergerak? Ada yang rasa seperti dada ditekan kuat, sukar bernafas malah ternampak bayangan dalam bilik. Dalam masyarakat kita, pengalaman ini sering dikaitkan dengan gangguan makhluk halus atau dihempap hantu. Namun menurut Cleveland Clinic, keadaan ini sebenarnya dikenali sebagai sleep paralysis, satu fenomena gangguan tidur yang ada penjelasan saintifiknya. Apa itu sleep paralysis? Menurut Cleveland Clinic, sleep paralysis berlaku apabila seseorang tidak dapat menggerakkan mana-mana bahagian badan sama ada ketika hendak tidur atau ketika baru terjaga. Ia berlaku apabila tubuh berada di antara fasa tidur dan jaga. Episod ini bersifat…
SEMAKIN ramai rakyat Malaysia mula memikirkan cara untuk menambah pendapatan. Tekanan kos harian, komitmen bulanan yang meningkat dan ketidaktentuan ekonomi menyedarkan orang ramai bahawa penggantungan kepada satu gaji sahaja mungkin tidak mencukupi. Pendapatan sampingan dilihat sebagai perlindungan kewangan jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Namun persoalannya, bagi tahun 2026, pendapatan sampingan manakah yang masih relevan? Pemasaran afiliasi (affiliate marketing) Secara asasnya, konsep pemasaran afiliasi memang kelihatan ringkas. Anda hanya perlu menghasilkan video atau gambar, berkongsi pautan produk dan menerima komisen setiap kali berlaku pembelian. Platform seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop pula memudahkan sesiapa sahaja untuk mendaftar tanpa modal besar.…
KOLESTEROL tinggi sering digelar pembunuh senyap kerana ia jarang menunjukkan tanda jelas pada peringkat awal. Ramai hanya menyedari mereka berdepan masalah ini selepas menjalani ujian darah, bukan kerana sakit atau perubahan ketara pada tubuh. Menurut Medical News Today, dalam keadaan tertentu, paras kolesterol atau trigliserida yang terlalu tinggi boleh menyebabkan perubahan kecil pada wajah dan sekitar mata. Walaupun kes ini tidak biasa, ia boleh menjadi petunjuk awal bahawa sesuatu tidak kena dengan tahap lemak dalam darah. Laporan Medical News Today memberikan tanda-tanda yang mungkin muncul pada wajah serta apa yang perlu anda tahu tentang pemeriksaan dan rawatan kolesterol tinggi. Tompok…
MEMILIKI rumah sendiri sering dianggap simbol kestabilan hidup. Namun bagi pembeli kali pertama, proses membeli rumah boleh menjadi satu pengalaman yang mengelirukan. Prosesnya penuh dengan istilah kewangan, komitmen jangka panjang dan keputusan yang jika tersilap, kesannya boleh dirasai bertahun-tahun. Hakikatnya, rasa ragu dan takut itu normal. Membeli rumah bukan keputusan kecil dan ia bukan sesuatu yang sepatutnya dibuat secara tergesa-gesa hanya kerana tekanan sosial atau rasa takut ketinggalan. Menurut perkongsian doktor kewangan, Adam Zubir, ramai pembeli rumah pertama tersilap langkah bukan kerana mereka tidak mampu tetapi kerana mereka tidak cukup faham mengenai realiti kewangan di sebalik pembelian rumah. Berikut lima…
RAMAI pekerja menganggap sikap sentiasa bertolak ansur, mengalah dan memenuhi permintaan orang lain sebagai sebahagian daripada etika kerja yang baik. Kita diajar untuk jadi fleksibel, mudah bekerjasama dan tidak menyusahkan sesiapa. Namun menurut My Wellbeing, sikap people-pleasing yang berlebihan mendatangkan risikonya sendiri. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada emosi tetapi kerjaya jangka panjang. Kesan people-pleasing tidak berlaku secara mendadak. Ia terkumpul perlahan-lahan sehingga menjadi sesuatu yang dianggap normal. Tiga kesan people-pleasing di tempat kerja yang sering dipandang remeh yang dibincangkan oleh My Wellbeing ialah seperti berikut: Burnout yang dianggap ‘biasa’ Apabila tenaga mental dan emosi sentiasa digunakan untuk memenuhi keperluan…
PERNAHKAH anda digelar ‘senang minta tolong, ‘tak pernah berkira’ atau ‘boleh diharap? Di tempat kerja, label sebegini selalunya dianggap pujian. Kita dilihat sebagai rakan sekerja yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia membantu. Menurut My Wellbeing, sikap terlalu menjaga hati orang lain atau people-pleasing boleh menjadi masalah apabila ia mula mengorbankan keperluan, emosi dan hala tuju kerjaya kita sendiri. Ia bukan tentang menjadi baik atau tidak. Masalahnya ialah apabila keinginan untuk disenangi orang lain mengambil alih kawalan hidup dan kerja kita. Apa itu people-pleasing? Secara ringkas, people-pleasing ialah kecenderungan meletakkan orang lain di hadapan diri sendiri secara berlebihan. Bukan sekadar membantu…
MEMBESARKAN anak bukan hanya mengenai kasih sayang dan tanggungjawab. Ia komitmen kewangan jangka panjang dan besar. Di kebanyakan negara maju, kos penjagaan awal, pendidikan dan perbelanjaan asas kanak-kanak meningkat jauh lebih pantas berbanding gaji isi rumah. Satu kajian baharu oleh jenama pakaian kanak-kanak Posh Peanut menganalisis data dari pelbagai negara di seluruh dunia bagi mengenal pasti negara paling mahal untuk membesarkan anak pada tahun 2025. Analisis ini mengambil kira kos penjagaan kanak-kanak awal, tadika, pendidikan sehingga usia 18 tahun serta jumlah keseluruhan kos zaman kanak-kanak. Amerika Syarikat Amerika Syarikat berada di kedudukan teratas dengan jumlah kos membesarkan seorang anak mencecah…
RAMAI ibu bapa berdepan cabaran yang sama. Setiap kali sayur dihidangkan, anak terus menggeleng kepala. Ada yang menolak pinggan, ada terus tutup mulut. Hakikatnya, kanak-kanak memang cenderung memilih makanan berdasarkan rasa dan tekstur, bukan nilai pemakanan. Namun, kekurangan pengambilan sayur boleh memberi kesan kepada tumbesaran anak kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang penting untuk sistem penghadaman dan imuniti. Menurut perkongsian di Bright Path, terdapat pelbagai cara kreatif untuk memperkenalkan sayur-sayuran kepada anak kecil tanpa perlu memaksa atau menjadikan waktu makan sebagai medan perang. Dengan sedikit kreativiti, sayur boleh diselitkan dalam makanan kegemaran mereka tanpa disedari. Campur sayur…

