Facebook Twitter
    Trending
    • 5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja
    • PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar
    • 10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua
    • Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya
    • Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya
    • Kedekut atau berjimat cermat?
    • Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu
    • Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

      May 13, 2026

      Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

      May 12, 2026

      Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

      May 11, 2026

      Fakta menarik tentang makanan yang anda mungkin tidak tahu

      May 9, 2026

      5 tabiat yang memburukkan lagi penyakit gastrik

      May 4, 2026
    • Kewangan

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026
    • Pendidikan

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    By Umi FatehahApril 15, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan. - GAMBAR HIASAN FERRANDO ELIAS/UNSPLASH

    DALAM dunia pekerjaan, ramai masih beranggapan kerjaya dengan gaji tinggi hanya tertumpu kepada bidang popular seperti doktor, jurutera atau akauntan. Hakikatnya, terdapat pelbagai kerjaya lain yang kurang dikenali tetapi menawarkan pendapatan yang lumayan serta peluang perkembangan yang baik.

    Menariknya, kebanyakan kerjaya ini berkembang seiring dengan perubahan teknologi dan keperluan industri semasa. Berikut ialah tujuh kerjaya yang semakin mendapat tempat di Malaysia.

    1. Juruterbang dron

    Kerjaya sebagai juruterbang dron semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam sektor pembinaan, pertanian dan produksi media. Tugas mereka bukan sekadar merakam video dari udara, tetapi turut melibatkan pemetaan kawasan, pemantauan tapak projek dan pemeriksaan struktur.

    Pendapatan bagi drone pilot bergantung kepada jenis projek dan tahap kemahiran dengan anggaran sekitar RM1,000 hingga RM5,000 bagi satu projek. Namun, untuk tujuan komersial, mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Civil Aviation Authority of Malaysia serta mendapatkan permit yang berkaitan.

    1. Penganalisis data

    Dalam era digital, data menjadi aset penting kepada sesebuah organisasi. Penganalisis data bertanggungjawab mengumpul, menganalisis dan mentafsir data bagi membantu syarikat membuat keputusan yang lebih tepat.

    Walaupun kerjaya ini tidak begitu menonjol, permintaannya sangat tinggi. Gaji permulaan biasanya sekitar RM3,000 dan boleh meningkat sehingga RM8,000 atau bergantung kepada pengalaman dan kemahiran teknikal.

    1. Penguji permainan (Game tester)

    Ramai beranggapan kerjaya ini sekadar bermain permainan video, namun realitinya jauh lebih mencabar. Penguji permainan bertanggungjawab menguji permainan bagi mengesan ralat (bug), memastikan fungsi berjalan dengan baik dan memberikan maklum balas kepada pembangun.

    Pendapatan bagi jawatan ini dianggarkan antara RM2,500 hingga RM6,000 sebulan. Ia sesuai untuk individu yang teliti, sabar dan mempunyai minat mendalam terhadap industri permainan digital.

    1. Juruukur kuantiti (Quantity surveyor)

    Juruukur kuantiti memainkan peranan penting dalam industri pembinaan dengan mengurus kos projek dari awal hingga siap. Mereka memastikan perbelanjaan berada dalam bajet serta mengelakkan pembaziran.

    Walaupun tidak popular dalam kalangan pelajar, kerjaya ini menawarkan gaji yang kompetitif, bermula sekitar RM3,500 dan boleh mencecah lebih RM10,000 bagi mereka yang berpengalaman.

    1. Pakar teknologi pertanian (Agritech specialist)

    Bidang pertanian kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional. Pakar teknologi pertanian menggunakan teknologi seperti dron, sensor dan analisis data untuk meningkatkan hasil tanaman serta kecekapan operasi.

    Kerjaya ini semakin penting dalam usaha menjamin keselamatan makanan negara. Gaji yang ditawarkan biasanya antara RM3,000 hingga RM8,000, bergantung kepada kepakaran dan skala operasi.

    1. Penyunting video dan ahli strategi kandungan

    Di sebalik kandungan digital yang menarik di media sosial, terdapat individu yang bertanggungjawab merancang dan menghasilkan video tersebut. Video editor dan content strategist memainkan peranan penting dalam memastikan mesej disampaikan dengan berkesan.

    Pendapatan dalam bidang ini agak fleksibel, dengan gaji sekitar RM3,000 hingga RM10,000 atau lebih, terutamanya bagi mereka yang bekerja secara bebas (freelance) dan mempunyai portfolio kukuh.

    1. Pegawai keselamatan dan kesihatan (Safety and health officer)

    Pegawai keselamatan dan kesihatan bertanggungjawab memastikan keselamatan pekerja di tempat kerja, khususnya dalam sektor pembinaan, kilang serta minyak dan gas. Mereka juga memastikan syarikat mematuhi undang-undang keselamatan yang ditetapkan.

    Kerjaya ini mungkin jarang menjadi pilihan utama, namun permintaannya tinggi kerana banyak industri mewajibkan kakitangan pegawai keselamatan dan kesihatan. Gaji bagi jawatan ini boleh bermula sekitar RM4,000 dan meningkat sehingga RM12,000 bergantung kepada pengalaman.

    Bagi pelajar atau individu yang sedang merancang laluan kerjaya, penting untuk melihat peluang di luar bidang yang sering menjadi tumpuan. Ada kalanya, kerjaya yang kurang mendapat perhatian seperti yang disebutkan menawarkan gaji yang lumayan. – RELEVAN

    Previous ArticleHampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Next Article Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    Artikel berkaitan

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026

    10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

    May 12, 2026

    Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    May 12, 2026

    Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    May 11, 2026

    Kedekut atau berjimat cermat?

    May 11, 2026
    Artikel Terkini

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026

    10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

    May 12, 2026

    Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    May 12, 2026

    Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    May 11, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.