Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    By Umi FatehahApril 7, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar. - GAMBAR HIASAN KOSMO

    KONFLIK Iran dan Amerika Syarikat memberi kesan besar kepada Malaysia apabila harga minyak dunia melambung ke paras tertinggi sejak September 2022.

    Walaupun negara masih menyediakan subsidi, kesan rantaian tetap terasa melalui kenaikan kos barang dan tekanan terhadap ekonomi.

    Dalam keadaan ini, persoalan tentang kenderaan elektrik (EV) mula timbul semula. Adakah ini masa yang sesuai untuk beralih atau sekadar bualan yang belum praktikal?

    Menurut Gulf News, krisis minyak semasa sedang mempercepatkan perubahan besar dalam cara pengguna melihat tenaga. Ia bukan lagi soal gaya hidup tetapi kos dan kestabilan.

    Harga minyak naik, kos sukar diramal

    Kesan paling ketara daripada krisis ini ialah kenaikan harga petrol dan diesel di seluruh dunia, selain ketidaktentuan yang menyukarkan perancangan jangka panjang.

    Walaupun Malaysia masih mengekalkan harga RON95 melalui subsidi, realitinya tekanan global tetap wujud. Bila harga minyak dunia meningkat, kerajaan perlu menanggung kos lebih tinggi dan ini boleh memberi kesan tidak langsung kepada ekonomi negara.

    Penggunaan kereta petrol menjadi semakin sukar diramal dari segi kos bulanan. Sebaliknya, EV menawarkan sesuatu yang lebih stabil kerana bergantung kepada elektrik, bukan harga minyak global.

    Jurang kos antara petrol dan EV semakin jelas

    Laporan yang dipetik oleh Gulf News turut menunjukkan perbezaan kos yang ketara antara kenderaan petrol dan EV. Sebagai contoh, analisis oleh NIO MENA mendapati kos perjalanan bagi kereta petrol boleh mencecah sekitar Dh275 hingga Dh280 (RM350 – RM360) bagi setiap 1,000 km. 

    Manakala EV yang dicas di rumah hanya sekitar Dh45 (RM55 – RM60) dan menunjukkan penjimatan sehingga 84 peratus.

    Walaupun angka ini berdasarkan pasaran UAE, mesejnya jelas. EV jauh lebih murah untuk digunakan dalam jangka panjang.

    Di Malaysia, situasinya mungkin tidak setinggi itu kerana adanya subsidi petrol. Namun, kos elektrik masih kekal lebih rendah secara relatif, terutamanya bagi mereka yang mengecas di rumah. 

    Tambahan pula, EV mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih rendah kerana kurang komponen mekanikal dan tidak memerlukan penukaran minyak enjin.

    Perubahan tingkah laku pengguna sudah berlaku

    Menurut Gulf News, pengguna di pelbagai negara sudah mula beralih kepada alternatif elektrik sebagai tindak balas kepada krisis tenaga.

    Di India, kelewatan bekalan Liquefied Petroleum Gas (Gas Petroleum Cecair) mendorong isi rumah menggunakan dapur elektrik. Sehubungan itu, jualan dapur elektrik meningkat berkali ganda. 

    Di Eropah, jualan panel solar meningkat lebih dua kali ganda di Jerman. Minat terhadap EV di United Kingdom meningkat hampir 30 peratus sejak konflik bermula.

    Perubahan ini menunjukkan apabila tenaga fosil menjadi tidak stabil, pengguna akan mencari alternatif yang lebih boleh dipercayai.

    Malaysia mungkin masih di peringkat awal tetapi trend ke arah elektrifikasi sudah mula kelihatan dengan penambahan stesen pengecas dan lebih banyak pilihan EV di pasaran.

    Pelaburan besar sedang mengubah landskap EV

    Gulf News turut melaporkan bahawa pelaburan global dalam peralihan tenaga telah mencecah $2.3 trilion (sekitar RM10.8 trilion) tahun lepas, dengan lebih $1 trilion (RM4.7 trilion) disalurkan kepada EV, bateri dan teknologi berkaitan.

    Bagi pengguna, ini memberi implikasi besar. Apabila pelaburan meningkat, kos teknologi lazimnya akan menurun, manakala infrastruktur akan terus berkembang.

    Ini bermakna walaupun EV mungkin masih mahal hari ini, trend jangka panjang menunjukkan ia akan menjadi lebih mampu milik dan praktikal.

    Jadi, patut atau tidak beli EV sekarang?

    Melihat kepada semua faktor ini, jawapannya bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. EV menawarkan kelebihan jelas dari segi kos penggunaan dan kestabilan dalam jangka panjang, terutamanya dalam keadaan krisis minyak seperti sekarang.

    Namun, kos awal yang tinggi masih menjadi pertimbangan utama bagi ramai pengguna di Malaysia.

    Dalam dunia yang semakin tidak menentu, EV bukan lagi sekadar pilihan alternatif tetapi semakin dilihat sebagai satu bentuk perlindungan terhadap risiko masa depan. – RELEVAN

    Previous ArticleOrgan dalaman paling mudah diserang kanser
    Next Article Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.