Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    By Umi FatehahApril 9, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    SELEPAS keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, kebanyakan pelajar akan terus merancang untuk menyambung pelajaran. Namun, tidak semua memilih laluan tersebut.

    Ada yang mempertimbangkan untuk bekerja terlebih dahulu sama ada untuk membantu keluarga, mencari pengalaman atau masih belum pasti dengan hala tuju sendiri.

    Menurut Konsultan Kerjaya, Nik Akmal Afif Nik Othman, keputusan untuk bekerja selepas SPM bukan sesuatu yang salah. Namun, ia perlu dilakukan dengan perancangan yang jelas, bukan sekadar ikut keadaan.

    Fahami tujuan bekerja, bukan sekadar isi masa

    Nik Akmal menegaskan bahawa pelajar perlu jelas tentang sebab mereka memilih untuk bekerja.

    “Kalau bekerja sekadar nak isi masa atau ikut kawan, itu berisiko. Tapi kalau ada tujuan seperti nak kumpul duit atau cari pengalaman, itu lebih baik. 

    “Bekerja tanpa tujuan yang jelas boleh menyebabkan seseorang mudah hilang arah dan akhirnya terperangkap dalam situasi yang tidak membantu perkembangan diri,” katanya.

    Pengalaman kerja untuk tambah nilai diri

    Salah satu kelebihan bekerja awal ialah peluang untuk mendapatkan pengalaman dunia sebenar, sesuatu yang tidak diajar sepenuhnya di dalam bilik darjah.

    Melalui pekerjaan, pelajar boleh belajar tentang disiplin, komunikasi, pengurusan masa dan cara berhadapan dengan pelbagai jenis manusia.

    Menurut Nik Akmal, pengalaman ini sangat berharga dan boleh membantu apabila ingin menyambung pelajaran atau memasuki dunia kerjaya dengan lebih serius pada masa hadapan.

    Jangan bekerja tanpa hala tuju

    Walaupun memilih untuk bekerja, Nik Akmal mengingatkan agar pelajar tidak berhenti di situ sahaja.

    “Kalau pilih untuk kerja, pastikan ada perancangan jangka panjang. Jangan sampai bertahun-tahun kerja tanpa hala tuju.

    “Pelajar disarankan untuk menetapkan tempoh tertentu, contohnya setahun sebelum kembali menyambung pelajaran atau meningkatkan kemahiran diri,” katanya.

    Terus belajar walaupun luar bilik darjah

    Bekerja tidak bermaksud berhenti belajar. Nik Akmal turut menekankan bahawa pembelajaran boleh berlaku di mana-mana, termasuk di tempat kerja. Selain itu, pelajar juga boleh mengambil kursus jangka pendek, belajar kemahiran baharu atau mengikuti latihan tertentu.

    Tegasnya, zaman sekarang banyak peluang untuk belajar, walaupun tidak berada dalam sistem pendidikan formal.

    Jangan terlalu selesa bekerja

    Salah satu risiko terbesar apabila bekerja selepas SPM ialah rasa selesa dengan pendapatan sendiri, walaupun jumlahnya kecil.

    Menurut Nik Akmal, keadaan ini boleh menyebabkan seseorang menangguhkan rancangan masa depan dan akhirnya sukar untuk kembali belajar.

    “Bila dah ada gaji, walaupun sikit, kita mudah rasa cukup. Itu yang bahaya kalau tak ada perancangan,” katanya.

    Bincang dengan ibu bapa dan dapatkan nasihat

    Keputusan untuk bekerja juga tidak seharusnya dibuat secara bersendirian. Pelajar digalakkan untuk berbincang dengan ibu bapa atau penjaga agar keputusan yang diambil mendapat sokongan dan difahami oleh semua pihak.

    Selain itu, mendapatkan pandangan daripada guru atau kaunselor juga boleh membantu dalam merancang langkah seterusnya dengan lebih teratur.

    Memilih untuk bekerja selepas SPM bukanlah satu kesilapan tetapi ia datang dengan tanggungjawab dan cabaran tersendiri.

    Seperti yang ditekankan oleh Nik Akmal, apa jua pilihan yang dibuat perlu disertakan dengan perancangan yang jelas dan matlamat jangka panjang.

    Paling penting, jangan biarkan diri berhenti berkembang. Sama ada bekerja atau belajar, kedua-duanya adalah langkah ke hadapan, asalkan dilakukan dengan tujuan yang betul. – RELEVAN

    Previous ArticlePilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    Next Article Tip ketika temu duga kursus universiti

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.