Umi Fatehah

TAHUN baharu menandakan permulaan baharu. Bagi sesetengah orang, permulaan baharu juga termasuklah menetapkan matlamat untuk meningkatkan tahap kesihatan seperti menurunkan berat badan, mengikuti diet yang lebih sihat dan memulakan rutin senaman. Walau bagaimanapun, resolusi kesihatan dan kesejahteraan yang dipilih oleh ramai orang adalah tidak mampan, menyebabkan resolusi ini hanya bertahan dalam masa beberapa minggu sahaja. Itulah sebabnya ramai orang membuat azam yang sama tahun demi tahun. Untuk memecahkan kitaran itu, penting untuk membuat resolusi yang bukan sahaja boleh meningkatkan kesihatan tetapi juga mudah dan sesuai untuk dilakukan. Berikut ialah enam azam tahun baharu dari sudut kesihatan yang boleh anda lakukan.…

Read More

TAHUN baharu, permulaan baharu. Bagi kebanyakan daripada kita, permulaan tahun baharu adalah masanya untuk mengatur langkah proaktif demi mencapai matlamat yang seterusnya dalam kerjaya. Sama ada mahu lebih berdisiplin, naik pangkat atau menukar laluan kerjaya, masing-masing pasti ada matlamat tersendiri. Menanam beberapa azam untuk tahun baharu boleh membantu meningkatkan motivasi.  Berikut lapan azam tahun baharu untuk meningkatkan prestasi dalam kerjaya atau mencari pekerjaan baharu! Kemas kini resume anda Bilakah kali terakhir anda meluangkan masa untuk menyemak resume anda? Jika sudah lama, peruntukkan sedikit masa untuk melakukan beberapa perubahan.  Mula-mula, semak resume anda untuk mengemas kini dan tambahkan butiran. Kemudian, minta…

Read More

KES Covid-19 di Malaysia masih dalam keadaan terkawal, namun dalam tempoh beberapa minggu ini, berlaku peningkatan yang agak merisaukan. Setakat 9 Disember 2023, jumlah kes baharu Covid-19 dilaporkan sebanyak 2,552 kes, dua daripadanya merupakan kes import dan satu kematian telah dicatatkan. Meskipun kebanyakan kes Covid-19 tidak serius, kira-kira satu dalam lima orang mengalami simptom yang teruk.  Oleh sebab itu, Relevan membantu anda memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mengalami simptom Covid-19 dan cara anda boleh menjaga diri sekiranya dijangkiti. Simptom Covid-19 Gejala Covid-19 selalunya datang secara beransur-ansur. Ini bermakna anda akan menunjukkan gejala secara satu per satu. Walaupun petanda…

Read More

MUNGKIN ada di antara kita yang tidak sedar bahawa kurang keyakinan atau terlebih malu boleh menjadi penghalang kepada perkembangan kerjaya. Tidak mengapa jika anda memang mempunyai personaliti yang pemalu. Tetapi jangan biasakan atau jadikan ia alasan. Hanya sebab malu, anda mungkin terlepas peluang yang besar untuk perkembangan kerjaya. Kebiasaannya, kurang keyakinan dan malu boleh terjadi disebabkan perasaan bahawa anda tidak cukup baik dan berkemahiran berbanding rakan sekerja yang lain. Atau, anda baru sahaja bekerja di syarikat baharu dan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. Perkara ini ialah normal. Namun, jangan jadikan perasaan kurang berkeyakinan dengan diri sendiri atau…

Read More

TIBANYA bulan Disember, pasti semua staf dan majikan sibuk memikirkan semakan tahunan. Semakan prestasi (juga dirujuk sebagai appraisal) ialah perjumpaan antara pekerja dan pengurus bagi membincangkan prestasi pekerja. Semakan ini juga menjadi peluang yang baik kepada pekerja untuk mengetahui apakah yang perlu ditambah baik, menyatakan dan menyelesaikan apa sahaja kebimbangan kerja dan berunding soal tanggungjawab yang diberikan.  Sekiranya prestasi pekerja memuaskan, anda boleh berunding untuk kenaikan gaji atau kenaikan pangkat. Semakan prestasi penting dalam kemajuan kerjaya seseorang dan boleh membawa kepada tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi. Ramai pekerja risaukan ulasan prestasi kerana tidak tahu apa yang bos-bos akan ulas…

Read More

PERJALANAN menjadi ibu bapa dan membesarkan anak bukanlah satu perkara yang mudah.  Ia tidak semudah memberi makan, membeli pakaian yang cantik dan hantar ke sekolah. Konteks ‘keibubapaan’ dan ‘membesarkan anak’ jauh lebih besar dan kompleks. Untuk membesarkan anak menjadi manusia yang baik, yakin dan kuat untuk menghadapi cabaran dunia memerlukan pelbagai bentuk usaha daripada kedua-dua ibu dan bapa. Berikut ialah beberapa kualiti yang boleh diberi perhatian untuk membantu anak-anak menjadi orang yang bijak dari segi emosi, berpersonaliti unggul dan berkebolehan. Komunikasi Menjadi ibu bapa dan membesarkan anak melibatkan elemen komunikasi yang berterusan. Komunikasi yang dimaksudkan termasuklah – “jangan sentuh barang…

Read More

BARU-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kenyataan berikutan situasi terkini Covid-19 di Malaysia.  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, meskipun terdapat peningkatan kes Covid-19 dilaporkan dalam negara, keadaan masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.  “KKM akan terus memantau situasi dan varian Covid-19 dari semasa ke semasa.  “Petugas kesihatan sama ada di fasiliti kesihatan awam dan swasta telah diminta untuk sentiasa berwaspada dengan peningkatan kes Covid-19 dan mempunyai high index of suspicion ke atas pesakit yang mempunyai gejala saluran pernafasan akut, terutama terhadap golongan yang berisiko tinggi,” jelas beliau. Setakat 3 Disember 2023, jumlah…

Read More

RAMAI yang memandang ringan terhadap kepentingan pemeriksaan kesihatan. Lagipun, ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.  Ini menyebabkan sebilangan orang bertangguh-tangguh untuk membuat pemeriksaan, malah ada yang mengelak terus. Mungkin tak ramai tapi pasti ada yang fikir, kalau ada penyakit pun lebih tak tahu daripada tahu. Maka, pemeriksaan kesihatan dianggap sesuatu yang membuang masa dan wang. Sebenarnya, pemikiran sebegini akan memudaratkan kesihatan untuk jangka masa yang panjang.  Bukankah lebih bagus sekiranya kita tahu masalah kesihatan pada peringkat awal dan dapatkan rawatan sebelum keadaan beransur teruk?  Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi…

Read More

SABAN tahun, teknologi dunia semakin canggih. Reka bentuk dan teknologi telefon pintar juga berubah dengan pesat. Dari segi keselamatan, hanya beberapa tahun lalu teknologi tercanggih adalah menggunakan cap jari. Kini imbasan wajah dan mata sudah mendominasi. Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil, imbasan tersebut boleh disimpan secara digital sebagai data. “Kerana itulah kalau tidak ada suara semak dan imbang melalui gerakan aktivis, khususnya dalam kepenggunaan, banyak evokasi yang tidak dapat kita bongkar ataupun dedahkan kepada masyarakat.  “Ada banyak hal yang perlukan penjelasan sebab kita pengguna yang bukan pakar dalam dunia teknologi. Kita hanya kagum dengan apa yang…

Read More

HAMPIR tidak ada manusia yang mempunyai kesedaran fikiran dapat menolak daripada menggunakan internet atau telefon pintar dalam era ini. Ia kini merupakan keperluan asas. Bukan lagi kehendak atau aksesori – urusan perbankan, kerja, pendidikan mahupun interaksi sosial kini memerlukan telefon pintar yang sekurang-kurangnya ada kemudahan talian internet. Maka, seperti kemudahan asas lain seperti rumah atau kenderaan, telefon pintar dan internet juga memerlukan ciri keselamatan yang ampuh bagi mengelakkan penggunanya ditimpa bahaya dan kecelakaan. Dalam kes telefon pintar dan internet, bahaya dan celakanya datang dalam bentuk penipuan kewangan.  Bagaimana suatu ketika dahulu datuk nenek kita berusaha sungguh-sungguh menyorokkan wang simpanan di…

Read More