RAMAI orang bekerja keras setiap hari dengan satu persoalan yang sama di fikiran. “Berapa sebenarnya gaji yang cukup untuk hidup selesa?” Jawapannya tidak semudah meneka sebarang angka. Ada yang merasakan RM3,000 sudah memadai, ada pula berpendapat RM8,000 pun masih terasa sempit. Hakikatnya, cukup itu bukan sekadar tentang jumlah gaji tetapi bagaimana gaya hidup, lokasi dan komitmen kewangan membentuk realiti hidup seseorang. Hidup selesa Sebelum bercakap tentang angka, kita perlu jelas, apa yang dimaksudkan dengan hidup selesa? Bagi sesetengah orang, hidup selesa bermaksud mampu membayar sewa atau rumah tanpa stres, cukup makan, dapat membayar segala bil dan ada sedikit lebihan untuk…
Umi Fatehah
KITA sering mendengar andaian bahawa perut buncit disebabkan makan berlebihan. Logiknya mudah. Makan lebih banyak, lemak bertambah. Namun realitinya, ada individu yang makan sedikit tetapi masih mengalami masalah perut buncit. Keadaan ini sering mengelirukan dan boleh menjejaskan keyakinan diri. Sebenarnya, perut buncit tidak semestinya berkait terus dengan kuantiti makanan semata-mata. Menurut Cleveland Clinic, ada beberapa faktor lain yang memainkan peranan lebih besar daripada yang disangka. Perut kembung tapi bukan lemak Kadang-kadang perut buncit yang anda nampak bukan lemak tetapi kembung perut. Ini berlaku apabila gas terkumpul dalam sistem pencernaan. Antara puncanya termasuk makan terlalu cepat, minum minuman berkarbonat atau sensitiviti…
PENGGUNAAN ‘pen kurus’ semakin menjadi trend, terutama di media sosial. Ramai teruja melihat perubahan drastik dalam masa singkat, seolah-olah ia jalan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal. Namun, suntikan ini bukan sekadar alat kurus biasa. Ia preskripsi yang direka untuk merawat penyakit tertentu dan penggunaan tanpa kawalan boleh mendatangkan risiko kesihatan. Persoalannya, apa sebenarnya perkara yang tak boleh dibuat sewenangnya jika anda menggunakan ‘pen kurus’? Jangan ambil tanpa preskripsi doktor Menurut Healthline, kebanyakan ‘pen kurus’ seperti semaglutide atau liraglutide sebenarnya tergolong dalam kumpulan ubat GLP-1 receptor agonist yang pada asalnya digunakan untuk pesakit diabetes. Ia hanya sesuai untuk individu tertentu…
BAU kopi panas pada waktu pagi memang sukar ditolak. Bagi sesetengah orang, secawan kopi adalah rutin wajib untuk mulakan hari dengan lebih fokus dan bertenaga. Namun, satu persoalan yang sering timbul. Adakah meminum kopi ketika perut kosong memudaratkan atau sebenarnya sekadar mitos? Manfaat kafein Kopi bukan sekadar minuman untuk menghilangkan mengantuk. Kandungan kafein dalam kopi boleh membantu: Meningkatkan fokus dan fungsi otak Memperbaiki mood Menambah prestasi fizikal Malah, beberapa kajian menunjukkan kopi mungkin membantu mengurangkan risiko penyakit seperti diabetes jenis dua dan masalah jantung (jika diambil secara sederhana). Jadi, secara asasnya kopi bukanlah memudaratkan. Tetapi seperti biasa, konteks dan cara…
RAMAI orang percaya masalah kewangan besar berpunca daripada keputusan besar seperti membeli kereta mahal atau membuat pinjaman yang tidak terkawal. Sebenarnya, menurut pakar, kebanyakan masalah kewangan bermula daripada tabiat kecil yang dilakukan setiap hari tanpa disedari. Tabiat ini tidak mendatangkan kesan segera tetapi dalam jangka panjang boleh menjejaskan kestabilan kewangan. Pengurusan kewangan peribadi yang lemah (walaupun melibatkan perbelanjaan kecil) boleh membawa kepada beban hutang dan tekanan kewangan. Beli dahulu fikir kemudian Penggunaan kad debit, kad kredit atau e-wallet menjadikan perbelanjaan terlalu mudah. Tanpa disedari, ramai cenderung berbelanja lebih kerana tidak nampak wang keluar secara fizikal. Menurut Organisation for Economic Co-operation…
BUASIR atau hemoroid merupakan masalah kesihatan yang sering dianggap memalukan, menyebabkan ramai memilih untuk berdiam diri walaupun mengalami simptom tertentu. Hakikatnya, buasir adalah keadaan yang sangat biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau jantina. Menurut Mayo Clinic, buasir berlaku apabila salur darah di kawasan rektum atau dubur membengkak akibat tekanan berlebihan. Walaupun ada kes ringan, buasir boleh menjadi serius jika tidak dirawat dengan betul. Jadi, apakah tanda-tanda awal yang perlu anda perhatikan? Pendarahan ketika membuang air besar Antara petanda paling biasa ialah kehadiran darah merah terang ketika atau selepas membuang air besar. Walaupun pendarahan ini biasanya…
PERNAH rasa gaji baru masuk tapi sudah habis untuk bayar komitmen atau lebih teruk, setiap bulan hidup sekadar cukup-cukup kerana dibebani hutang? Situasi ini bukan sesuatu yang asing, terutama dalam kalangan golongan muda berusia 20-an. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ditambah pula gaya hidup moden yang mendorong perbelanjaan tanpa kawalan, ramai akhirnya terperangkap dalam kitaran hutang yang sukar diputuskan. Namun, keadaan ini bukanlah penamat. Dengan strategi yang betul, anda masih boleh reset kewangan dan bina semula kehidupan yang lebih stabil. Fahami punca sebenar anda berhutang Langkah pertama untuk keluar daripada masalah hutang ialah memahami bagaimana anda boleh sampai…
DALAM dunia pekerjaan, ramai masih beranggapan kerjaya dengan gaji tinggi hanya tertumpu kepada bidang popular seperti doktor, jurutera atau akauntan. Hakikatnya, terdapat pelbagai kerjaya lain yang kurang dikenali tetapi menawarkan pendapatan yang lumayan serta peluang perkembangan yang baik. Menariknya, kebanyakan kerjaya ini berkembang seiring dengan perubahan teknologi dan keperluan industri semasa. Berikut ialah tujuh kerjaya yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Juruterbang dron Kerjaya sebagai juruterbang dron semakin mendapat perhatian, terutamanya dalam sektor pembinaan, pertanian dan produksi media. Tugas mereka bukan sekadar merakam video dari udara, tetapi turut melibatkan pemetaan kawasan, pemantauan tapak projek dan pemeriksaan struktur. Pendapatan bagi drone…
PENYAKIT hati sering dikaitkan dengan pengambilan alkohol tetapi realitinya kini jauh berbeza. Menurut laporan The Guardian, satu kajian global mendapati penyakit hati berkaitan metabolik dijangka menjejaskan sehingga 1.8 bilion penduduk dunia menjelang tahun 2050. Keadaan ini dikenali sebagai metabolic dysfunction-associated steatotic liver disease (MASLD) iaitu nama baharu bagi non-alcoholic fatty liver disease. Ia berlaku apabila lemak terkumpul dalam hati, bukan disebabkan alkohol tetapi akibat masalah metabolik seperti obesiti dan paras gula tinggi. Kes meningkat mendadak dalam tempoh 30 tahun Menurut data daripada Global Burden of Disease Study yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Gastroenterology and Hepatology, jumlah pesakit meningkat secara…
RAMAI menyangka masalah buah pinggang hanya berlaku kepada individu yang sudah berusia atau mereka yang ada penyakit kronik. Hakikatnya, kerosakan buah pinggang boleh berlaku secara perlahan tanpa disedari dan lebih membimbangkan, ia berpunca daripada tabiat harian yang dianggap kebiasaan. Buah pinggang memainkan peranan penting dalam menapis toksin, mengawal keseimbangan cecair dan memastikan fungsi badan berjalan lancar. Namun, apabila organ ini terjejas, kesannya bukan sahaja serius malah boleh mengubah kualiti hidup seseorang. Menurut National Kidney Foundation, berikut beberapa tabiat harian yang mungkin kelihatan remeh, tetapi sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada kesihatan buah pinggang. Kurang minum air kosong Air membantu buah…

