Zubaidah Ibrahim

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) merangkul sembilan pingat emas dan tiga pingat perak di The International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2022 (ITEX) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 26 hingga 27 Mei lalu ITEX yang dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S merupakan pameran reka cipta dan inovasi berprestij antarabangsa yang diadakan secara tahunan. Pameran tersebut turut menyediakan platform dan pasaran untuk mempersembahkan idea serta inovasi terkini di peringkat global. Presiden MINDS, Prof. Emeritus Tan Sri Augustine Ong Soon Hock berkata, ITEX 2022 merupakan anjuran kali ke-33 tahun yang mengetengahkan lebih 80 peratus inovasi…

Read More

KITA sering dengar mengenai kelebihan dan manfaat pengambilan kekacang sebagai sebahagian diet seharian dan salah satunya ialah kacang walnut yang terbukti sangat baik untuk otak. Penelitian seorang penyelidik dari ‘School of Medicine’ dari University of California, Los Angeles (UCLA), Amerika Syarikat (AS) mendapati makan segenggam kacang walnut boleh meningkatkan kemampuan berfikir dan prestasi otak. Ia turut disokong oleh kajian terbitan Journal of Nutrition Heal & Aging yang menyarankan untuk makan segenggam kacang walnut setiap hari sebagai amalan diet bagi meningkatkan kemampuan kognitif. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, kacang walnut juga boleh melambatkan proses penuaan otak dan ia sangat…

Read More

SEMALAM merekodkan sebanyak 1,645 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 1,877 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,502,579 kes. Bagi kes sembuh pula, dilaporkan sebanyak 1,809 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,441,701 kes. Semalam turut merekodkan dua kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,660 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,553 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,218 dengan 24,238 atau…

Read More

SEBANYAK 1,877 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,845 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,500,934 kes. Sebanyak 1,680 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,439,892 kes. Semalam turut merekodkan dua kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,658 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,552 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,384 dengan 24,234 atau 95.5 peratus pesakit…

Read More

PRIHATIN dengan kesihatan wanita, Bayer Co (M) Sdn. Bhd telah menjalin kerjasama dengan Persatuan Endometriosis Malaysia (MyEndosis) dan DoctorOnCall bagi membangunkan laman web telekesihatan khusus untuk masalah endometriosis yang akan dilancarkan pada Jun nanti. Endometriosis adalah radang yang berlaku apabila endometrium, iaitu lapisan tisu yang biasanya menyelaputi bahagian dalam uterus telah tumbuh di luar rahim. Gejala umum endometriosis termasuklah sakit pelvis yang kronik, sakit semasa atau selepas melakukan hubungan seks dan masalah ketidaksuburan. Ketua Bahagian Negara, Farmaseutikal Bayer Singapura, Malaysia dan Brunei, Yamini Prakash berkata, endometriosis telah menjejaskan sehingga 10 peratus wanita dalam usia reproduktif di seluruh dunia. “Kami sedar…

Read More

PADA 17 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor menyumbang jumlah terbesar kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan 8,864 kes iaitu 28 peratus daripada keseluruhan jangkitan, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 4,421 kes manakala negeri-negeri lain kurang daripada 1,500 kes.  Realitinya, HFMD bukanlah penyakit yang baharu di negara ini bahkan sejak 2018 lagi Malaysia sudah mencatatkan peningkatan kes ini yang mana bukan sahaja menjangkiti kanak-kanak, tetapi turut menjangkiti orang dewasa. Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkata,  kerajaan boleh mengenakan peraturan larangan sementara untuk anak-anak…

Read More

BARU-BARU ini tular satu rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang pemuda memakai topi keledar telah memukul bertub-tubi seorang lelaki warga emas di tengah jalan. Kejadian yang berlaku di Padang Jawa, Shah Alam, Selangor itu mengundang pelbagai komen dan sangat mengejutkan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab serta adat. Akibat salah faham dan sikap panas baran menjadikan keadaan tersebut tidak terkawal serta mendatangkan kecederaan kepada warga emas yang ketika itu lemah tidak mampu melawan. Peristiwa itu perlu dijadikan iktibar dan kita juga hendaklah sedar betapa pentingnya menguruskan sikap baran agar perkara tersebut tidak berulang demi menjaga keharmonian serta keselamatan…

Read More

SEPANJANG wabak Covid-19 melanda, kita sedar bahawa pencegahan dan kawalan penyakit memerlukan usaha pelbagai sektor di semua peringkat temasuklah sebagai individu turut memainkan peranan yang sangat penting. Kita telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk hidup bersama COVID-19. Namun, adakah kita telah buat yang terbaik untuk menjalani kehidupan sihat bagi mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD)? NCD kekal menjadi punca utama kematian di Malaysia dan hipertensi (tekanan darah tinggi) menyumbang kepada kebanyakan ketidakupayaan serta kematian. Hipertensi adalah pembunuh senyap yang boleh menyebabkan penyakit serius seperti jantung dan strok tanpa menunjukkan gejala. Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2019 melaporkan bahawa hampir…

Read More

KEDATANGAN haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid, tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita. Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang yang disebut lower back pain. Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata, ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Kesakitan itu tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar. Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana…

Read More

JIKA anda seorang penghidap pundi kencing yang terlalu aktif (OAB), anda sebenarnya sedang bergelut dengan masalah membuang air kecil secara tiba-tiba dan kerap. Keadaan tersebut bakal terjadi jika anda mengambil makanan dan minuman tertentu yang berfungsi sebagai pencetus pundi kencing menjadi terlalu aktif. Anda mungkin sukar untuk mengawal rasa ingin kencing yang terlalu mendesak. Perkara itu juga akan menyebabkan anda mengalami kekejangan atau sakit pundi kencing. Namun, jika boleh mengelakkan makanan tertentu, anda dapat mengurangkan gejala OAB dan menjadi lebih relaks. Justeru, nilai semula diet anda bagi mengelakkan tercetusnya pundi kencing terlalu aktif. Mengelakkan makanan yang boleh mencetuskan pundi kencing…

Read More