Facebook Twitter
    Trending
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang berada di tempat awam untuk cegah HFMD, cadang pakar kesihatan

    Kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang berada di tempat awam untuk cegah HFMD, cadang pakar kesihatan

    By May 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Fabian Centeno-Unsplash

    PADA 17 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor menyumbang jumlah terbesar kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan 8,864 kes iaitu 28 peratus daripada keseluruhan jangkitan, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 4,421 kes manakala negeri-negeri lain kurang daripada 1,500 kes. 

    Realitinya, HFMD bukanlah penyakit yang baharu di negara ini bahkan sejak 2018 lagi Malaysia sudah mencatatkan peningkatan kes ini yang mana bukan sahaja menjangkiti kanak-kanak, tetapi turut menjangkiti orang dewasa.

    Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkata,  kerajaan boleh mengenakan peraturan larangan sementara untuk anak-anak berusia bawah 12 tahun daripada berada di tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan ramai bagi mengurangkan kes HFMD. 

    “Jangkitan HFMD ini boleh berlaku secara mendadak disebabkan pendedahan kanak-kanak dengan persekitaran berbanding tempoh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Pencemaran silang dari bendalir tubuh seperti air liur, hingus, kahak, najis  atau dari kontaminasi daripada tangan individu yang tersentuh bendalir tersebut, tetapi tidak dicuci dengan bersih sehingga memungkinkan peningkatan kes yang mendadak,” katanya.

     Malina yang juga merupakan pensyarah di Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti  Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM berkata, ibu bapa atau penjaga yang telah  diberi cuti kuarantin perlu amanah dan bertanggungjawab terhadap cuti yang diberikan serta  tidak menyalahgunakan cuti tersebut seperti pulang ke kampung, bercuti ke tempat peranginan,  membeli belah dan sebagainya. 

    “Dalam masa yang sama, saya mengesyorkan agar kerajaan mengenakan denda kepada ibu bapa yang menyalahgunakan cuti kuarantin yang telah diperoleh. Denda boleh dibuat dalam bentuk potongan elaun oleh majikan atau pembatalan rebat tertentu dalam cukai pendapatan.

    “Sekiranya kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dirawat dengan baik,  mereka berisiko mendapat komplikasi sawan dan sebahagian juga mungkin mendapat radang jantung, radang paru-paru atau komplikasi pada otak dan sistem saraf pusat,” terangnya.

    Tambah beliau, jika mereka (ibu bapa atau penjaga) tidak prihatin semasa membersihkan anak-anak selepas ke tandas atau ketika menukar lampin, besar kemungkinan penularan kes tersebut akan terus berlaku. 

    Tahap kebersihan kanak-kanak juga bergantung kepada ibu bapa, penjaga dan keluarga masing masing. 

    “Kebersihan tangan terutama selepas membersihkan anak-anak yang membuang air besar perlu menggunakan air dan sabun. Jangan hanya menggunakan cecair pembasmi kuman dan tisu basah semata-mata kerana ia tidak memadai untuk membersihkan ruang permukaan yang perlu dibersihkan.

    “Justeru, elakkan kanak-kanak dibawa ke lokasi yang menjadi tumpuan ramai bagi mencegah jangkitan tersebut. Selain itu, beri mereka air minuman yang  cukup serta Vitamin C untuk menggalakkan sistem imun badan berfungsi secara optimum,” tuturnya.

    Sementara itu, Pakar di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, FPSK, UPM, Prof.  Madya Dr. Haliza Abdul Rahman berkata, ibu bapa, pihak taska, tadika dan pusat jagaan harian kanak-kanak perlu saling memberi kerjasama untuk mengurangkan kes jangkitan  HFMD dalam kalangan kanak-kanak. 

    “Pusat jagaan harian dan guru tadika perlu bertegas sekiranya kanak-kanak mempunyai simptom awal HFMD dengan meminta ibu bapa agar tidak menghantar anak mereka.

    “Ibu bapa pula perlu peka dengan memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak menghantar anak sekiranya mempunyai gejala awal.

    “Mereka perlu memastikan kediaman mempunyai sistem pengudaraan yang baik, kurang  melakukan sentuhan fizikal dengan kanak-kanak dan membuat sanitasi barangan mainan  secara harian,” ulasnya.

    Oleh itu, ibu bapa, penjaga mahupun pihak terbabit menjadi pemegang taruh terpenting dalam usaha membendung penularan jangkitan HFMD dan perlu sentiasa berwaspada. 

    Kanak-kanak atau individu yang dijangkiti perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti individu lain. Jaga kebersihan diri demi mencegah penyakit ini. – RELEVAN  

    featured HFMD ibu bapa kanak-kanak upm

    Artikel berkaitan

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.