Zubaidah Ibrahim

ARAHAN visual seperti membaca paparan peta merupakan teknik biasa untuk mencari arah atau bantuan navigasi. Walau bagaimanapun, perkara itu menjadi halangan kepada mereka yang mengalami penurunan ketajaman visual dan deria lain. Perkara tersebut biasanya terjadi kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai masalah gangguan kognitif. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menghasilkan peranti navigasi bagi membantu golongan ini apatah lagi mengikut rekod Banci Malaysia 2020 mendapati berlaku pertambahan jumlah penduduk warga emas di Malaysia.  Sehubungan itu, penyelidik dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ts. Dr. Rosalam Che Me telah membangunkan inovasi dengan teknologi haptik yang…

Read More

ISU kekurangan pekerja dalam sektor agromakanan sering dibangkitkan oleh pihak industri dan ia menjadi kritikal ketika pandemik Covid-19 apabila kerajaan terpaksa menutup pintu sempadan negara serta membekukan permohonan pengambilan pekerja asing bagi mengekang penularan wabak ini pada pertengahan tahun 2020. Rentetan itu, ramai pengusaha agromakanan negara yang terkesan dengan keadaan ini dan menyebabkan aktiviti pengeluaran di sektor tersebut terjejas. Perkara ini berpunca daripada kebergantungan tinggi sektor agromakanan negara terhadap pekerja asing dan penglibatan warga tempatan yang masih kurang dalam sektor ini. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor perkhidmatan, pertanian dan pembuatan merupakan tiga sektor utama di Malaysia yang majoriti pekerjanya adalah…

Read More

NEGARA kehilangan sebutir lagi bintang seni, Adibah Noor yang meninggal dunia pada pukul 7.40 malam, Sabtu baru-baru ini kerana menghidapi penyakit kanser ovari tahap empat. Berita pemergian Allahyarham yang berusia 52 tahun itu mengejutkan orang ramai kerana tidak menyangka arwah menderita kanser ovari kerana beliau merahsiakan penyakit tersebut daripada pengetahuan umum termasuklah ahli keluarga. Menerusi perkongsian Kementerian Kesihatan dalam Instagramnya, kanser ovari merupakan kanser di bahagian ovari iaitu sepasang organ yang menghasilkan ovum dan hormon wanita. “Antara faktor-faktor risiko kanser ovari adalah umur lanjut, obesiti, sejarah keluarga, penggunaan ubat hormon selepas menopaus dan individu yang lewat mendapat anak atau tidak…

Read More

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,127 kes semalam berbanding 2,130 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,538,922 kes. Sebanyak 1,390 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,476,828 kes. Semalam turut mencatatkan satu kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID) direkodkan. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,732 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,579 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,362 dengan 25,350 atau 96.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,130 kes semalam berbanding 2,033 kes dilaporkan kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,536,795 kes. Sebanyak 1,080 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,475,438 kes. Semalam turut mencatatkan satu kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID) direkodkan. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,731 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,579 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 25,626 dengan 24,585 atau 95.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di…

Read More

ADA yang menerima berita baik dengan catatan kecemerlangan A di atas sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak kurang juga menerima khabar duka. Walau apapun keputusannya, ia tidak seharusnya memadamkan impian dan harapan untuk berjaya pada masa akan datang. Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, kayu ukur kejayaan masa hadapan tidak harus dilihat secara sempit. “Anak-anak yang kurang cemerlang dalam akademik mungkin mempunyai kelebihan dalam bidang lain seperti berniaga, berinovasi kreatif, mereka cipta, kulinari, muzik, drama dan sebagainya. “Masing-masing boleh berjaya dalam pilihan bidang kemahiran teknikal dan vokasional yang…

Read More

SUDAH menjadi tradisi datuk nenek moyang kita akan menjadikan ulam-ulaman sebagai pelengkap dalam hidangan makanan mereka, apatah lagi ia menjadi penambah selera bersama nasi dan lauk-pauk sederhana. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, jika dikaji secara mendalam, pemakanan tradisional kita adalah yang terbaik kerana ia bukan sahaja lengkap, tetapi juga seimbang dan bersederhana. “Ulam-ulaman itu termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman. Ia boleh dimakan mentah (segar) ataupun dicelur dan direbus. “Sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terung juga boleh dianggap ulam apabila dimakan begitu sahaja,” terang beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.…

Read More

SERAMAI 9,696 atau 2.54 daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac lalu telah memperoleh keputusan semua A. Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid, seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. “Calon yang mendapat keputusan lulus pula seramai 129,796 atau 33.96 peratus, manakala 125,454 atau 32.83 peratus merupakan calon yang gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2021 di Putrajaya hari ini. Sementara itu, bagi pencapaian lain-lain kombinasi gred mencatatkan seramai 43,703 bersamaan 11.44 peratus manakala 1,655 atau 0.43 peratus calon memperoleh keputusan semua…

Read More

Esok merupakan detik yang mendebarkan dan ditunggu-tunggu oleh calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 kerana mereka sudah boleh menyemak keputusan peperiksaan itu bermula pukul 10 pagi. Selamat maju jaya Relevan ucapkan. Sudah menjadi matlamat kebanyakan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterus bagi merealisasikan impian memegang profesion profesional yang menjamin masa hadapan lebih baik. Pastinya, para pelajar telah berkira-kira untuk memasuki universiti mana dan jurusan apa yang bakal diambil berdasarkan minat dan juga keputusan SPM. Tahukah anda, sebenarnya terdapat tujuh kategori untuk pusat pengajian awam iaitu universiti penyelidikan, universiti komprehensif, universiti berfokus, universiti teknikal, universiti…

Read More

PADA 16 Jun nanti merupakan detik mendebarkan bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka akan memperoleh keputusan peperiksaan tersebut dan seterusnya menentukan hala tuju masa hadapan masing-masing. Pastinya, masing-masing menyimpan impian besar untuk menyambung pelajaran ke menara gading dan membanggakan kedua ibu bapa serta keluarga. Pensyarah Program Sains Pembangunan, Fakulti Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Suhana Saad berkata, pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) agak berbeza dari sekolah kerana di universiti banyak pilihan kursus dan aktiviti yang disediakan. “Oleh itu, para pelajar perlu mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin kerana tidak semua orang dapat peluang…

Read More