Facebook Twitter
    Trending
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    • 2 kematian Covid-19, 1 BID semalam
    • 9,549 kes aktif Covid-19 di Malaysia
    • Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023

      Mengapa muzium di Britain tidak lagi guna pakai istilah ‘mumia’?

      January 24, 2023

      YEG tawar pengajian dengan permintaan tinggi pasaran kerja

      January 20, 2023
    • Kerjaya

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023

      Cuti bersalin itu hak, bukan ganjaran

      January 12, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sakit ketika haid? Ini punca dan tip melegakan kesakitan, menurut pakar

    Sakit ketika haid? Ini punca dan tip melegakan kesakitan, menurut pakar

    By Zubaidah IbrahimMay 23, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Sora Shimazaki-Pexels

    KEDATANGAN haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid, tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.

    Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang yang disebut lower back pain.

    Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkata, ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Kesakitan itu tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.

    Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana dan tidak perlu dikhuatirkan, tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian.

     Punca sakit belakang pinggang ketika haid

    “Sakit di bahagian bawah abdomen dan  di bahagian belakang selalunya dianggap normal kerana pengeluaran hormon prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dalam rahim.

    “Pengeluaran hormon prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ini menyebabkan sakit bukan saja pada bahagian bawah perut, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Ujarnya, dalam kebanyakan kes, rasa sakit yang keterlaluan kemungkinan  disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.

    Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila wanita tersebut mengalami senggugut melampau pada setiap bulan sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.

    “Saya menasihatkan wanita-wanita yang mengalamai masalah ini agar pergi dapatkan pemeriksaan doktor bagi mengesan punca masalah tersebut.

    “Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa rahim. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound bagi mendapat gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen.

    “Oleh itu, saya mencadangkan agar mencari doktor wanita Muslim supaya pemeriksaan dapat dilakukan dengan baik dan aurat dapat dijaga,” terangnya.

    Tip melegakan kesakitan

    Beliau turut berkongsi tip yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa sakit senggugut yang melampau seperti berikut:

    1. Melakukan senaman ringan. Ada beberapa kajian menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan akan mendapat manfaat kelegaan terutama bagi sakit senggugut yang kuat.
    2. Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, mengambil suplemen yang mempunyai nutrisi vitamin B serta magnesium.
    3. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
    4. Boleh tuam menggunakan beg plastik atau beg kulit yang berisi air suam pada bahagian bawah perut bagi mendapatkan kelegaan.
    5. Akhir sekali, boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen dan paracetamol. Jika tidak berkesan, boleh gunakan ubat penahan sakit yang lebih baik seperti ibuprofen atau naproxen beberapa hari sebelum kedatangan haid.- RELEVAN
    featured haid sakit puan senggugut wanita
    Artikel Terkini

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023

    12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

    January 31, 2023

    6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

    January 30, 2023

    269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    January 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.