Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Telekesihatan khas untuk endometriosis, bantu wanita didiagnosis lebih awal

    Telekesihatan khas untuk endometriosis, bantu wanita didiagnosis lebih awal

    By Zubaidah IbrahimMay 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Andrea Piacquadio-Pixels

    PRIHATIN dengan kesihatan wanita, Bayer Co (M) Sdn. Bhd telah menjalin kerjasama dengan Persatuan Endometriosis Malaysia (MyEndosis) dan DoctorOnCall bagi membangunkan laman web telekesihatan khusus untuk masalah endometriosis yang akan dilancarkan pada Jun nanti.

    Endometriosis adalah radang yang berlaku apabila endometrium, iaitu lapisan tisu yang biasanya menyelaputi bahagian dalam uterus telah tumbuh di luar rahim.

    Gejala umum endometriosis termasuklah sakit pelvis yang kronik, sakit semasa atau selepas melakukan hubungan seks dan masalah ketidaksuburan.

    Ketua Bahagian Negara, Farmaseutikal Bayer Singapura, Malaysia dan Brunei, Yamini Prakash berkata, endometriosis telah menjejaskan sehingga 10 peratus wanita dalam usia reproduktif di seluruh dunia.

    “Kami sedar kepentingan telekesihatan yang dapat memberi manfaat kepada doktor dan pesakit bagi meningkatkan pengurusan perubatan endometriosis apatah lagi telekesihatan telah diguna oleh orang ramai sejak pandemik Covid-19, dua tahun lalu.

    “Bayer sudah lama terlibat dalam penjagaan kesihatan wanita dan kami amat gembira dapat bekerjasama dengan MyEndosis dan DoctorOnCall bagi menggalakkan wanita mendapat bantuan untuk masalah endometriosis secara perundingan telekomunikasi,” katanya.

    Pengguna kali pertama yang melayari laman telekesihatan endometriosis tersebut atau wanita yang tiada pengetahuan tentang endometriosis adalah digalakkan untuk menjalankan analisis risiko endometriosis dengan menjawab 25 soalan kuiz di platform DoctorOnCall untuk mengetahui risiko endometriosis.

    Jika memperoleh markah yang tinggi, itu menunjukkan kebarangkalian mereka menghidap endometriosis. Bagi individu yang mendapat markah 11 dan ke atas, mereka akan dinasihat untuk mengadakan perundingan telekesihatan dengan pakar obstetrik dan ginekologi di DoctorOnCall.

    Dalam tempoh kempen tiga bulan, perundingan melalui DoctorOnCall dengan pakar obstetrik dan ginekologi untuk kali pertama adalah percuma. Perundingan ini akan membantu wanita lebih memahami keadaan kesihatan badan sendiri. 

    Pakar obstetrik dan ginekologi akan mencadangkan pemeriksaan fizikal selanjutnya untuk mengesan pesakit yang menghidap endometriosis secara klinikal. Seramai 10 pakar obstetrik dan ginekologi dari hospital-hospital panel DoctorOnCall akan memberikan khidmat perundingan melalui laman telekesihatan.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi DoctorOnCall, Chiak Tang berkata, laman telekesihatan endometriosis yang pertama di Malaysia ini amat bermakna untuk DoctorOnCall kerana kebanyakan pesakit endometriosis adalah wanita dari Asia.

    “Melalui laman ini, wanita akan lebih mudah untuk mendapat nasihat pakar tentang endometriosis. Mereka hanya perlu menggunakan telefon mudah alih dan dapat berhubung dengan pakar obstetrik serta ginekologi dalam panel DoctorOnCall untuk terus mendapat nasihat.

    “Ia selaras dengan objektif kami untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pembekal penjagaan kesihatan supaya pesakit-pesakit mendapatkan rawatan yang diperlukan di peringkat awal,” ujarnya.

    Selain menghadapi kos rawatan perubatan dan pembedahan yang tinggi, masalah endometriosis juga membawa kesan-kesan lain kepada kaum hawa seperti menghadapi kesusahan untuk mengekalkan kehidupan sosial dan kerjaya mereka.

    Keadaan tersebut juga akan menyebabkan kesihatan fizikal dan mental terjejas. Wanita yang kurang pemahaman dan ketidakpastian mengenai endometriosis akan berasa lebih terbeban dengan kesihatan jika terlewat diagnosis.

    Dalam pada itu, Pengasas dan Presiden MyEndosis, Surita Mogan berkata, platform telekesihatan tersebut sangat penting untuk mendidik dan berkongsi maklumat kepada wanita mengenai endometriosis.

    “Laman ini juga menggalakkan mereka untuk mendapatkan rawatan awal dan maklum akan keadaan kesihatan mereka.

    “Sehubungan itu, MyEndosis amat gembira menyokong Bayer dan DoctoronCall dalam usaha mereka untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang endometriosis melalui laman telekesihatan ini,” tuturnya.

    Untuk maklumat  lanjut mengenai endometriosis dan laman telekesihatan endometriosis, orang ramai boleh melayari https://www.bayer.com/en/pharma/endometriosis dan https://www.doconcall.com.my/health-centre/endometriosis.-RELEVAN

    Previous Article1,845 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Fakta Semesta: Adakah ‘black hole’ mampu memusnahkan bumi?

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.