Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gagal urus amarah bawa mudarat pada diri dan masyarakat, ini tip dan nasihat daripada pakar

    Gagal urus amarah bawa mudarat pada diri dan masyarakat, ini tip dan nasihat daripada pakar

    By Zubaidah IbrahimMay 25, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Liza Summer-Pexels

    BARU-BARU ini tular satu rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang pemuda memakai topi keledar telah memukul bertub-tubi seorang lelaki warga emas di tengah jalan.

    Kejadian yang berlaku di Padang Jawa, Shah Alam, Selangor itu mengundang pelbagai komen dan sangat mengejutkan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab serta adat.

    Akibat salah faham dan sikap panas baran menjadikan keadaan tersebut tidak terkawal serta mendatangkan kecederaan kepada warga emas yang ketika itu lemah tidak mampu melawan.

    Peristiwa itu perlu dijadikan iktibar dan kita juga hendaklah sedar betapa pentingnya menguruskan sikap baran agar perkara tersebut tidak berulang demi menjaga keharmonian serta keselamatan masyarakat di negara ini

    Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, masyarakat boleh memberi apa jua komen mengenai kejadian tersebut, tetapi keganasan fizikal yang dilakukan kepada warga emas tetap dilihat sebagai perbuatan melampau dan ganas.

    KARTINI

    “Sesuai dengan peribahasa Melayu, melentur buluh dari rebungnya maka, didikan sejak kecil dan suasana keliling yang membantu menerapkan iltizam, adab sopan dan adat harus dikaji sejauh mana masyarakat moden telah meninggalkan adab serta perilaku berhemah ini.

    “Dalam semua masyarakat bertamadun dunia, tidak kira dari Timur ataupun Barat, kesemua persoalan nilai, adab dan adat diutamakan bermula dari rumah, prasekolah sehinggalah dewasa.

    “Aturan tingkah laku iaitu orang muda menghormati yang tua manakala yang berusia bersikap terbuka dengan yang muda telah ada dalam kepercayaan agama, prinsip dan nilai kehidupan,” katanya ketika dihubungi Relevan.

    Tambah beliau, ajaran agama Islam jelas menuntut anak mentaati dan menghormati ibu bapa serta pemimpin selagi mana mereka mentaati Allah S.W.T dan Rasul.

    Dalam ajaran Confucius juga menjelaskan ikatan dan hubungan ibu bapa, anak, orang tua-muda, murid-guru, rakyat-pemimpin dan sebagainya yang mengutamakan adab sopan serta taat setia. Begitu juga amalan masyarakat Jepun dan Korea. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa bersikap kurang ajar telah ditolak oleh kebanyakan tamadun dunia.

    Jelas beliau, perubahan konteks tradisi kepada moden tidak harus dijadikan alasan untuk bersikap kurang ajar. Moden adalah suasana berteknologi tinggi sesuai dengan kemudahan dan infrastruktur yang memudahkan hidup manusia dengan bantuan mesin, teknologi dan sebagainya.

    Kita patut contohi orang Jepun dan Jerman, walaupun terkenal dengan teknologi moden, rakyat mereka masih menjaga adab sopan, adat serta menghormati orang tua. Didikan moral dan sivik di rumah serta sekolah harus diberi penekanan oleh semua pihak agar sikap berhemah ini membawa kesejahteraan bersama.

    “Bagi mereka yang menghadapi masalah anger management atau sukar mengurus sikap baran, individu terbabit hendaklah mendapatkan bantuan professional. Sukan seperti kick boxing juga boleh digunakan sebagai salah cara menyalurkan emosi itu selain pendekatan beragama dan psikologi.

    “Agama Islam memuji orang yang sabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman, maka membina sifat sabar juga mengukuhkan iman seseorang. Sikap amarah mendekatkan diri dengan syaitan kerana apabila marah akan menyebabkan hilang pertimbangan dan boleh bertindak di luar batas kemanusiaan,” ujarnya.

    TANGKAP layar menunjukkan seorang penunggang motosikal yang memukul lelaki warga emas di Padang Jawa, Shah Alam baru-baru ini.

    Kartini turut berkongsi tip untuk menguruskan sikap baran atau amarah seperti berikut:

    1) Apabila marah, segera mengambil wuduk atau mandi kerana air itu menyejukkan badan dan hati yang panas.

    2) Jika berlaku pertengkaran, segera tinggalkan keadaan atau tempat tersebut atau jika tiada tempat untuk dituju, segera duduk dan minum segelas air

    3) Berdiam itu lebih bermanfaat jika tiada kata-kata yang baik mahu diluahkan.

    4) Jika memerlukan pakar terapi untuk menguruskan baran maka, segera dapatkan bantuan profesional sama ada menggunakan tiga bentuk pendekatan iaitu expressing, suppressing dan calming bagi mengawal rasa marah.

    “Bagi kanak-kanak pula, latihan untuk menyantuni ibu bapa, guru dan mereka yang jauh berusia boleh dimulakan dengan perkara mudah seperti mengajar mereka mengucapkan terima kasih jika dipuji, diberi hadiah dan sebagainya.

    “Anak-anak juga perlu dilatih menjadi pendengar yang baik, diam apabila ditegur, menuturkan kata-kata yang baik dan menolak kekerasan fizikal,” tuturnya.

    Orang dewasa juga perlu menjaga tutur kata dan perilaku di hadapan kanak-kanak kerana mereka mudah meniru perbuatan tersebut orang yang lebih tua. RELEVAN

    Previous ArticleTonjolkan diri sebagai influencer dengan penjenamaan peribadi
    Next Article 2,430 kes baharu jangkitan Covid-19, 6 kematian dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.