Zubaidah Ibrahim

PADA asasnya, jika ingin menyembuhkan sesuatu penyakit kita perlulah mencari punca kesakitan dan merawat simptom yang berlaku. Walau bagaimanapun, apabila melibatkan keadaan kesihatan golongan warga emas yang  lebih lemah, rawatan yang diperlukan bukan sekadar membawa mereka berjumpa dengan doktor. Mereka sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih terperinci daripada pakar geriatrik yang bukan sahaja akan melihat masalah perubatan mereka, tetapi juga memberi prihatin kepada fungsi fizikal, intelek, kesejahteraan emosi dan sokongan sosial. Apabila populasi dunia semakin meningkat usianya, penjagaan geriatrik merupakan aspek penting dalam fasiliti penjagaan kesihatan. Menurut Pakar Perunding Geriatrik dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway,  Dr. Teh Hoon Lang, pakar…

Read More

PERISTIWA yang menimpa pendaki negara, Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub dan Muhammad Hawari Hashim bukan sahaja telah membuka mata banyak pihak tentang ekspedisi mencabar di gunung Everest, tetapi juga mengenai insan bergelar Sherpa. Sherpa adalah salah satu kumpulan etnik Tibet yang tinggal di bahagian timur laut Nepal. Mereka menetap di pergunungan Nepal (Himalaya) pada ketinggian 3000 meter hingga 5000 meter dan pekerjaan utama adalah membantu pendaki ke puncak gunung. Perkataan Sherpa berasal daripada dua perkataan etnik tersebut iaitu Shar ‘timur’ dan waa ‘orang’. Oleh itu, jika diterjemahkan kedua-duanya ia membawa maksud ‘orang dari timur’. Walau bagaimanapun, dalam kawasan trekking dan…

Read More

IBU bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak tetapi laporan media baru-baru ini sangat meresahkan hati apabila seorang ibu didakwa sanggup ‘makan’ anak sendiri. Di mana akal fikirannya? Jika dahulu kita sering mendengar mengenai perbuatan haruan makan anak, kini seorang ibu juga sanggup melakukan perbuatan tidak senonoh dengan anak. Lebih parah lagi tergamak merakam aksi jijik itu. Tidak dinafikan kes sebegini pernah dilaporkan berlaku di luar negara tetapi di Malaysia ia kedengaran agak janggal. Kemungkinan ada lagi kes-kes amang seksual sebegini yang belum terbongkar di negara ini. ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun…

Read More

PADA 8 Jun, seramai 373,974 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 sudah boleh menyemak keputusan masing-masing sama ada semakan fizikal, dalam talian ataupun sistem pesanan ringkas (SMS). Bermula SPM tahun 2021, kesemua mata pelajaran yang diuji adalah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang diperkenalkan pada tahun 2017. Tahun ini juga merupakan tahun kedua format baharu peperiksaan SPM diperkenalkan bagi 75 daripada keseluruhan 95 mata pelajaran yang ditawarkan Berikut Relevan perincikan rumusan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022 yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali pagi tadi. Daftar calon Sejumlah 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan…

Read More

SERAMAI 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Mengumumkan keputusan tersebut, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah calon cemerlang itu meningkat 2.7 peratus berbanding 9,696 orang pada SPM 2021. Menurut beliau, seramai 373,974 calon menduduki SPM 2022 yang berlangsung pada 30 Januari hingga 15 Mac 2023 manakala penjadualan semula peperiksaan diadakan pada 16 hingga 22 Mac 2023. ARTIKEL BERKAITAN: 9,696 calon SPM 2021 peroleh semua A – Relevan “Seramai 75,322 calon SPM 2022 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C dalam semua mata pelajaran. “Selain…

Read More

MENGAWAL jumlah makanan yang diambil adalah langkah terpenting dalam usaha menguruskan badan selain bersenam dan pelbagai aktiviti sihat yang lain, tetapi sering berasa lapar akan membantutkan usaha menurunkan berat badan. Sudah pasti keadaan ini membuatkan anda berputus asa untuk meneruskan misi kurus dan memilih melayan selera makan yang tidak berkesudahan. Apa kata anda cuba makanan yang disarankan oleh realbuzz.com untuk mencegah rasa lapar. Berikut Relevan perincikan tujuh makanan itu yang membantu membuat anda kenyang dengan cara lebih sihat. Bubur Kebanyakan pakar pemakanan akan mengesyorkan anda makan bubur dan pelbagai jenis oat secara konsisten sebagai makanan sihat yang mengenyangkan terutama untuk…

Read More

PADA bulan Jun setiap tahun masyarakat Dayak meraikan Hari Gawai iaitu sebuah perayaan sebagai tanda terima kasih atas hasil tanaman yang banyak. Seiring dengan peredaran masa, Hari Gawai telah menjadi perayaan budaya yang lebih besar untuk adat istiadat dan tradisi Dayak bagi memperingati hubungan masyarakat tersebut yang mendalam dengan tanah. Perayaan ini juga memperlihatkan warisan budaya yang kaya di Sarawak. Sebahagian besar daripada budaya dan warisan Sarawak adalah makanan. Menurut Pengasas Freshable, Adeline Tang, terdapat empat hidangan khas Sarawak yang terbaik mewakili negeri tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap -…

Read More

NEGERI Selangor mempunyai banyak lokasi percutian yang menarik untuk dilawati sepanjang cuti sekolah ini.  Hiburkan hati anak-anak dengan membawa mereka meneroka lokasi-lokasi yang menjanjikan keriangan, menambah ilmu dan pengalaman. Berikut Relevan mencadangkan 10 lokasi untuk anda dan anak-anak melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan menikmati juadah enak di sekitar Selangor. 1. Muzium Coklat Siapa yang memerlukan tiket emas ke Willy Wonka jika kita mempunyai Muzium Coklat di Kota Damansara Petaling Jaya? Muzium Coklat ini paling unik di Asia Tenggara dengan paparan digital interaktif, fakta menarik, peralatan terkini dan lebih daripada 100 jenama coklat tersedia dengan tawaran harga terbaik! Jadikan anak-anak anda…

Read More

WANITA yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akan menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi tidak stabil, keguguran rambut, kulit berkedut dan kering, muka menjadi kusam serta mudah rasa penat. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil tersebut, masalah hormon akan berulang semula.  “Oleh itu, yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan hormon ini dari dalam badan. “Selalunya, apabila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, ia berkaitan dengan tahap hormon estrogen yang terlalu tinggi,” kongsi beliau di laman Facebook miliknya. Jelas Zubaidi, estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab…

Read More

BERGELUT dengan tanggungan hutang yang besar setiap bulan membuatkan Anis Laila Adam, 35, tekad mengubah hidup dengan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri walaupun tidak pernah terlintas bergelar usahawan. Keputusan tersebut diambil apabila syarikat yang dia bekerja tidak membayar komisen jualan selama tiga bulan dan dia hanya menerima gaji sebanyak RM2,000 sahaja sebulan. Pada ketika itu dia sudah bertugas selama sembilan tahun sebagai pereka jualan (sale designer) di sebuah syarikat pembuatan perabot. “Saya sudah tidak tahan dengan gaji sedemikian sedangkan saya boleh mendapat komisen lebih RM10,000 ribu untuk tiga bulan yang tertunggak itu. “Ekoran tindakan syarikat tidak memberi komisen menyebabkan…

Read More