Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Keliru dengan personaliti diri? 5 tanda ini anda seorang ambivert

    Keliru dengan personaliti diri? 5 tanda ini anda seorang ambivert

    By Zubaidah IbrahimJuly 12, 2023Updated:July 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INDIVIDU ambivert memiliki sifat introvert dan juga ekstrovert sehingga menjadikan mereka sangat fleksible dalam kehidupan bersosial.- GAMBAR HIASAN/TIRACHARDZ/FREEPIK

    KITA sering dengar mengenai introvert dan ekstrovert yang secara mudahnya menggambarkan personaliti sosial seseorang. Perkara ini juga banyak mendapat perhatian ramai orang di media sosial.

    Allah SWT mencipta setiap manusia itu dengan sikap yang berbeza-beza sehingga kehidupan menjadi cukup unik dan kadangkala mencabar.

    Umumnya, bagi individu yang memiliki personaliti introvert, mereka lebih suka hidup bersendirian, melakukan semua hal sendiri, tidak gemar kehidupan sosial yang bingit dan memiliki sebilangan kecil kawan.

    Berbeza pula dengan si ekstrovert yang sukakan persekitaran sosial, pandai bergaul, suka bercakap, banyak terlibat dalam aktiviti sosial dan ramai kawan.

    Namun, sebenarnya manusia ada satu lagi personaliti yang berada dipertengahan iaitu dikenali sebagai ambivert. Ia agak mengelirukan sedikit kerana ambivert memiliki sifat  introvert dan juga ekstrovert.

    ARTIKEL BERKAITAN: Grounding terapi semula jadi bumi, bantu redakan tekanan sambil healing

    Oleh itu, bukan sahaja orang lain menjadi keliru dengan sikap ambivert malah dirinya sendiri sangat sukar mengenal pasti kemahuan diri kerana ia akan berubah mengikut mood, keperluan dan situasi. Boleh dikatakan personaliti individu ambivert lebih fleksibel.

    Mengulas lanjut mengenai ambivert ini, Relevan senaraikan lima ciri ambivert supaya anda lebih jelas dengan personaliti jenis ini dan perbezaannya dengan introvert serta ekstrovert.

    1. Sukar menentukan emosi anda sama ada introvert atau ekstrovert

    Jika anda sentiasa bergelut antara introvert atau ekstrovert, itu adalah petanda bahawa anda seorang ambivert. Situasi ini pastinya membuatkan anda keliru dengan sikap sendiri.

    Ambivert mempunyai sifat introvert seperti menikmati masa bersendirian, menjadi pendengar yang baik dan terpesona dengan dunia dalaman manusia tetapi mereka juga suka menghabiskan masa dengan orang lain, mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai kemahiran sosial yang hebat seperti ekstrovert.

    1. Suka keseimbangan kerja solo dan kumpulan

    Ambivert adalah tentang keseimbangan. Mereka menggabungkan nilai introvert dan ekstrovert sehingga menjadikan mereka sebagai manusia yang fleksible.

    Walaupun begitu, kekurangan masa bersedirian dan juga terlalu banyak bersosial akan membuatkan mereka berasa sangat letih, maka kunci utama untuk orang ambivert ialah keseimbangan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 manfaat kesihatan brisk walking

    1. Menghargai perbualan yang baik tetapi juga selesa dengan kesunyiaan

    Ekstrovert cenderung menjadi seorang yang suka bercakap manakala introvert lebih gemar menjadi pendengar. Ambivert boleh memainkan kedua-dua peranan dengan mudah. Mereka suka perbualan yang rancak dan pada masa sama tidak terganggu apabila perbualan itu menjadi sedikit perlahan atau perhatian beralih kepada perkara lain.

    1. Suka bersosial dan berparti tetapi tidak lama

    Anda banyak bersosial, tetapi pada masa sama masih memerlukan masa rehat anda. Malah, hari yang sempurna anda adalah menghabiskan sebahagian daripada hari itu dengan bersendirian (me time) dan sebahagian lagi masa bersama rakan serta keluarga.

    Anda juga suka bertemu orang baru, tetapi tidak selalu. Kadangkala anda tidak mahu berusaha untuk memulakan perbualan baru. Semua itu bergantung kepada mood anda.

    1. Anda mempunyai ramai kawan dan sedikit kawan rapat

    Ekstrovert cenderung mempunyai ramai kawan manakala introvert cenderung hanya mempunyai segelintir kawan rapat yang mereka luangkan masa bersama.

    Ambivert mempunyai kedua-dua ciri tersebut iaitu rangkaian kawan yang luas dan kumpulan rakan rapat yang lebih kecil yang benar-benar rapat dengan mereka.

    –   RELEVAN

    Previous ArticleUtamakan kesihatan mental pekerja, majikan boleh amalkan 4 langkah ini
    Next Article Merakam dan mengenal hidupan liar melalui fotografi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.