Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jom suri rumah bebaskan tekanan dengan 7 tip ini

    Jom suri rumah bebaskan tekanan dengan 7 tip ini

    By July 16, 2023Updated:September 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENGURUSKAN rumah tangga dan keperluan keluarga di rumah merupakan tugas yang memenatkan dan mendatangkan keletihan emosi sehingga suri rumah berasa sangat tertekan.- GAMBAR HIASAN/KEIRA BURTON/PEXELS

    TUGAS suri rumah sangat mencabar kerana mereka mengurus rumah tangga 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa mengambil sebarang cuti dan terkadang tidak sempat berehat demi menyelesaikan rutin harian seperti memasak, mengemas, mencuci, membersih dan mendidik anak-anak.

    Mungkin sekali pandang, tugas itu kelihatan remeh berbanding si suami yang keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Hakikatnya, berperanan sebagai suri rumah juga sangat memenatkan dan stres.

    Bahkan, mereka tiada masa berehat dan perlu ‘bekerja’ siang dan malam bagi memastikan rumah berada dalam keadaan tersusun rapi serta perut ahli keluarga diisi dengan juadah enak.

    Dikala melakukan tugasan itu dengan penuh Ikhlas dan kasih sayang, tetapi dalam diam mereka memendam tekanan yang amat mendalam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Grounding terapi semula jadi bumi, bantu redakan tekanan sambil healing

    Sehubungan itu, memahami tekanan yang dihadapi oleh suri rumah, Relevan kongsikan tujuh tip penting untuk mereka hidup lebih gembira dan bebas tekanan.

    1. Senaman

    Walaupun banyak bergerak di rumah ketika mengemas, memasak dan sebagainya, tetapi senaman memberikan anda manfaat yang sangat baik untuk kesihatan fizikal serta mental.

    Antara kebaikan senaman adalah seperti mengurangkan tekanan, membantu tidur yang lebih baik, meningkatkan mood dan kesihatan secara keseluruhan.

    Inilah masanya untuk anda merehatkan minda dan lupakan seketika keadaan rumah yang bersepah. Fokuskan hanya untuk diri anda, hirup udara segar di luar rumah dan lebarkan senyuman.

    1. Dapatkan rehat dan tidur secukupnya.

    Apabila stres, badan kita perlukan masa untuk pulih. Oleh itu, beri badan anda rehat secukupnya. Tugas di rumah tiada berkesudahan. Ketepikan seketika masalah di rumah.

    Kalau anda sakit lagi susah bukan? Pasti rumah itu berantakan.

    ARTIKEL BERKAITAN: EFT tapping legakan tekanan, anxiety dan PTSD

    1.   Masa untuk diri sendiri (me time)

    Meskipun menjalani rutin yang sangat sibuk di rumah, jangan lupa untuk memperuntukkan masa untuk diri anda dengan memanjakan diri, merawat diri, berjumpa dengan kawan-kawan dan melakukan apa sahaja yang disukai.

    Dengan cara ini anda boleh melupakan seketika rutin di rumah yang memenatkan. Sekali gus, mengurangkan tekanan dan menjalani kehidupan dengan sangat gembira.

    1. Makan makanan yang sihat dan seimbang

    Makanan yang sihat sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

    Lebih buruk lagi, kita cenderung makan berlebihan dan mengambil makanan yang kurang sihat ketika stres.

    1. Hobi

    Mempunyai hobi tertentu sebenarnya membantu mengurangkan tekanan anda. Lupakan seketika masalah dan fokus dengan perkara yang disukai. Apa tunggu lagi, carilah hobi dan jadi lebih kreatif.

    1. Sistem sokongan

    Kita tidak boleh bersendirian menghadapi masalah dan tekanan. Sistem sokongan sangat penting untuk menjadikan kita lebih tenang, malah mereka juga turut sama membantu anda mencari solusi.

    Sistem sokongan ini boleh terdiri daripada ahli keluarga mahupun sahabat rapat yang anda percayai. Luahkan kepada mereka supaya apa yang terbuku di dada dapat dilepaskan.

    1. Libatkan ahli keluarga

    Kerja-kerja di rumah tidak sepatutnya dibebankan di atas bahu anda seorang. Anda sepatutnya mengajak anak-anak dan suami untuk bersama-sama melakukan kerja-kerja di rumah.

    Jadikannya sebagai aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga di rumah dan pada masa sama boleh mengeratkan lagi rasa kasih sayang.

    – RELEVAN

    featured kesihatan mental suri rumah tekanan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.