Zubaidah Ibrahim

PENYELIDIK dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ali Tan Kee Zuan berjaya meraih pingat emas di The International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2023 (ITEX) hasil kajiannya mengenai formulasi biobaja cecair yang ditambah baik (An Improved Formulation of a Liquid Biofertilizer). Beliau yang juga pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM menghasilkan biobaja cecair  yang mampu mengurangkan kadar baja kimia sehingga 60 peratus dan biobaja ini boleh dihasilkan dalam masa yang singkat iaitu sekitar 24 hingga 48 jam sahaja. Biobaja itu terbukti mampu mempercepatkan proses pengkomposan dan penguraian bahan organik serta menghasilkan baja organik yang berkualiti tinggi. Kajian tersebut yang…

Read More

BERCUTI adalah salah satu terapi yang sangat efektif untuk merehatkan minda selepas berhempas pulas bekerja dan kini tibalah masanya anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga mahupun insan tersayang. Tidak perlu pergi bercuti di tempat yang jauh dengan perjalanan memenatkan, cuba terokai lokasi percutian berdekatan anda yang tidak kurang hebatnya. Untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, Relevan kongsikan enam lokasi percutian menarik berdekatan anda yang wajib dikunjungi.   Villa Sajuri Nikmati vila bertemakan Maghribi terletak berhampiran Pantai Remis di Kuala Selangor yang dilengkapi dengan empat bilik tidur dan 12 katil. Vila ini boleh memuatkan sehingga 16 orang tetamu.…

Read More

BERPELUANG melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda merupakan peluang yang sangat bermakna bagi Shafa untuk mengangkat martabat kesenian dan kebudayaan bangsa Melayu. Pengajian selama empat tahun di Belanda itu menerima biaya daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UM. Kajiannya memfokuskan kepada aktiviti muzik dan nyanyian dalam kalangan masyarakat Melayu di Pahang. Rentetan daripada kajian tersebut, kini beliau menghasilkan buku bertajuk Malay Singing in Pahang Villages: Identity and Practice yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. “Buku ini menceritakan mengenai aktiviti kesenian dan nyanyian masyarakat di Pahang. “Saya memilih kesenian nyanyian di Pahang kerana negeri…

Read More

SIAPA sahaja pasti terpukau dengan kelunakan dan kemerduan suara Dr. Shafa’atussara Silahudin ketika mendendangkan alunan syair dengan bait-bait kata yang sangat indah. Kelembutan dan tutur bicara yang tersusun rapi menjadi bukti bahawa puisi Melayu tradisional mengalir dalam darahnya sehinggakan telinga berasa tidak puas mendengar beliau berkata-kata. Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) itu adalah figura pejuang syair yang cukup popular dalam komuniti pencinta puisi Melayu tradisional baik di dalam negara mahupun di luar negara. Beliau menerima pelbagai pengiktirafan di atas jasa-jasanya memartabatkan syair dan puisi-puisi Melayu tradisional seperti Anugerah Biduan Syair ASEAN 2022 dan Anugerah Bitara Syair…

Read More

USAHA 10 guru dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita melalui Projek Kotex She Can membuahkan hasil apabila mereka menerima geran sebanyak RM10,000 setiap sekolah daripada dana terkumpul RM100,000 Kotex She Can. Sejak tahun 2018, Kotex She Can Fund telah memberi ganjaran kepada program dan idea yang memperkasakan wanita serta merealisasikan impian wanita demi memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai matlamat tanpa terhalang oleh haid. Sebanyak 129 sekolah di seluruh negara telah menyertai pertandingan Kotex She Can Fund edisi 2021/2022. Pada kali ini, geran yang dianugerahkan akan digunakan bagi menjadikan sekolah lebih kondusif untuk pelajar perempuan. Menurut Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Arvind Iyer,…

Read More

SEKUMPULAN penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan produk inovasi bekas plastik mesra alam yang dihasilkan daripada bahan semula jadi iaitu ubi kayu dan daun pisang. Ketua penyelidik yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP), Dr. Ridhwan Jumaidin berkata, bekas plastik dalam bentuk dulang ini selamat digunakan dan juga mesra alam. “Bekas plastik berbentuk dulang ini boleh digunakan bagi tujuan pembungkusan produk dan paling penting ia dapat mengurangkan implikasi pencemaran alam sekitar. “Produk inovasi ini mesra alam sekitar dan bebas daripada toksik serta bahan kimia yang berbahaya jika dibandingkan dengan plastik biasa yang…

Read More

TAHUKAH anda Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Filipina dan India dalam senarai negara yang menyumbang paling banyak kepada pencemaran plastik marin? Ahli akademik Belanda, Lourens JJ Meijer menyatakan kedudukan ini dalam kertas kerja yang diterbitkan pada 2021 dan kedudukan Malaysia itu sepatutnya cukup untuk kita semua merenungkan sumbangan kita kepada masalah global sisa plastik. Apabila kita memikirkan sisa plastik, kita cenderung memikirkan botol dan beg plastik, tetapi sedarkah kita kepada ancaman yang lebih berbahaya kepada alam sekitar iaitu mikroplastik. Menurut Naib Provos Penyelidikan dan Pertukaran Pengetahuan Universiti Nottingham, Profesor Dr. Chris Gibbins, mikroplastik ialah kepingan plastik mikroskopik yang tidak…

Read More

ANGIN merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya yang perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, masalah angin kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. “Masalah ini disebabkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya. Gas yang…

Read More

DOKTOR dari Brazil baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan berkongsi gambar imbasan X-ray seorang lelaki yang menghidap cysticercosis dan badannya dipenuhi dengan telur cacing pita (cysticerci)  yang tidak aktif. Petugas dari Hospital Das Clínicas, Botucatu, Sao Paulo, Doktor Vitor Borin de Souza berkongsi gambar X-ray di Twitter miliknya untuk menunjukkan kepada pengikutnya betapa teruknya jangkitan cacing pita. Beliau menjelaskan bahawa bintik-bintik putih kelihatan di seluruh badan dan lengannya adalah telur cacing pita berikutan jangkitan dengan parasit usus biasa. “Nasib baik, pesakit ini datang buat pemeriksaan berikutan batuk yang berterusan. “Dia bertuah, jangkitan tersebut tidak berbahaya kerana semua telur cacing pita…

Read More

KIRA-KIRA satu pertiga daripada pemakai kanta lekap mengakui mereka tidur tanpa membuka kanta lekap. Kecuaian tersebut sebenarnya mengundang masalah kesihatan yang serius sehingga pakar memberi amaran. Kanta lekap yang terletak pada kornea iaitu lapisan luar mata. Kornea tidak mempunyai sebarang saluran darah di dalamnya, jadi ia memerlukan akses kepada oksigen di udara. Menurut Pengajar Klinikal di Universiti Washington, Jabatan Sains Penglihatan St. Louis, Jordan Jones, kanta lekap boleh menyukarkan oksigen yang mencukupi untuk sampai ke kornea. “Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel permukaan kornea yang dipanggil sel epitelium. “Apabila sel-sel epitelium itu mengalami kecederaan seperti kekurangan oksigen, maka sel-sel…

Read More