Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Awas! 4 makanan ini punca pening kepala

    Awas! 4 makanan ini punca pening kepala

    By July 6, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENING kepala menyebabkan kita sukar menguruskan kehidupan harian sehingga terpaksa makan ubat atau tidur bagi meredakan kesakitan itu.- GAMBAR HIASAN/COOKIE_STUDIO/FREEPIK

    PENING kepala pernah dialami hampir semua orang, tetapi penyebabnya masih misteri kerana tiba-tiba sahaja kita berasa kepala menjadi pening. Tidak dinafikan keadaan itu sering terjadi ketika kita stres dan tertekan.

    Ada juga yang mengalami pening disebabkan makanan tertentu, cuaca yang terlalu panas atau sejuk dan juga faktor-faktor lain kerana penyebabnya berbeza bagi setiap orang.

    Sudah pasti kepala yang pening akan menyebabkan kita sukar menguruskan kehidupan harian sehingga  terpaksa makan ubat atau tidur bagi meredakan kesakitan itu.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pening adalah keadaan yang mana kita berasa dunia sedang bergerak mengelilingi kita.

    “Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga dan juga jangkitan kuman sehingga berlaku keradangan dalam telinga serta serangan migrain.

    “Selain itu, dalam kes-kes yang jarang berlaku, pening kepala adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.

    “Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) turut menyebabkan pening. Malah, makanan tertentu juga boleh mencetuskan rasa pening bagi segelintir individu,” kongsi beliau menerusi hantaran di Facebook miliknya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu ‘panic attack’ dan perbezaannya dengan anxiety

    Dr. Zubaidi menyeraikan empat makanan yang boleh menyebabkan pening kepala seperti berikut:

    1.   Makanan masin

    Garam yang banyak dalam makanan seperti dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej dan keju boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.

    1.   Gula berlebihan

    Sebenarnya gula berlebihan di dalam makanan dan minuman yang dijual secara komersial sangat tidak baik untuk kesihatan kita kerana ia juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.

    Periksa kandungan gula sebelum diambil, buat keputusan bijak untuk kesihatan tubuh badan kita.

    1. Makanan yang mencetuskan migrain 

    Bagi individu yang sedia mengalami migrain, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migrain juga boleh membuatkan mereka berasa pening.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sendawa berlebihan petanda masalah kesihatan, ini 5 jenis penyakit dan rawatan

    Oleh itu, mereka yang sering mengalami migrain dinasihatkan agar mencatatkan jenis makanan yang mencetuskan sakit kepala dan pening kerana setiap individu tidak sama.

    1. Kafein dan alkohol

    Walaupun kafein dapat dinikmati oleh ramai orang, sebahagian individu yang sensitif terhadap kafen akan berasa sakit kepala dan pening.

    Umum mengetahui kafein boleh menyebabkan kita kehilangan banyak air, secara tidak langsung akan mengubah keseimbangan cecair dalam organ pengimbang dalam telinga. Minuman beralkohol pula secara langsung memberikan kesan negatif dan menyebabkan pening.- RELEVAN

    featured migrain pening zubaidah
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.