Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kes lelaki tidak subur meningkat, 60 peratus sperma tidak normal

    Kes lelaki tidak subur meningkat, 60 peratus sperma tidak normal

    By July 19, 2023Updated:July 19, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KETIDAKSUBURAN lelaki boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor biologikal, termasuklah abnormaliti genetik, gangguan hormon, isu berkaitan dengan anatomi dan masalah kesihatan sedia ada.- GAMBAR HIASAN/8PHOTO/FREEPIK

    KETIDAKSUBURAN sering dianggap sebagai masalah yang lazimnya dialami wanita, tetapi pada hakikatnya peluang ketidaksuburan adalah sama bagi kedua-dua jantina. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur.

    Penemuan yang mengejutkan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan bahawa 60 peratus hasil ujian analisis sperma yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan keputusan yang tidak normal.

    Menurut Pengarah dan Pakar Kesuburan di Sunfert International Fertility Centre (Sunfert) Dr. Eeson Sinthamoney, kadar ketidaksuburan lelaki semakin meningkat dan impaknya memang tidak dapat dinafikan.

    EESON

    “Kami menyaksikan peningkatan yang berterusan dalam kes ketidaksuburan lelaki.

    “Menangani isu ini adalah amat penting dengan menyediakan sokongan komprehensif dan penyelesaian yang disesuaikan kepada individu serta pasangan yang mengharungi cabaran ini,” katanya.

     Punca ketidaksuburan lelaki

    Jelas beliau, ketidaksuburan lelaki boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor biologikal, termasuklah abnormaliti genetik, gangguan hormon, isu berkaitan dengan anatomi dan masalah kesihatan sedia ada.

    ARTIKEL BERKAITAN: Risiko hamil di lewat usia, ini yang anda perlu tahu

    Selain itu, pilihan gaya hidup seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan dan tabiat pemakanan yang kurang sihat boleh memberikan impak yang besar terhadap kesuburan lelaki.

    “Ujian sperma ringkas boleh dijalankan sebagai langkah permulaan dalam mengukur kiraan sperma dan tahap kesuburan secara menyeluruh.

    “Kita harus memastikan fungsi badan dan mengenal pasti masalah kesihatan sedia ada seperti gangguan hormon, faktor genetik dan parameter sperma.

    “Dengan menjalankan analisis menyeluruh terhadap aspek-aspek ini, doktor anda boleh dapatkan gambaran penting mengenai punca-punca spesifik yang menyumbang kepada ketidaksuburan,” ujar beliau.

    Harapan menimang cahaya mata

    Teknologi bantuan reproduktif (ART) memberikan harapan kepada pasangan dan individu yang menghadapi isu ketidaksuburan lelaki. Inseminasi intrauterine (IUI) merupakan prosedur di mana konsentrasi sperma ditempatkan terus dalam rongga rahim bagi meningkatkan kemungkinan kehamilan dalam persekitaran semula jadi.

    Persenyawaan in-vitro (IVF) pula merupakan prosedur yang diterima secara meluas dan telah melahirkan hampir 10 juta bayi di seluruh dunia. IVF melibatkan persenyawaan ovum (telur) oleh sperma di luar badan yang kemudiannya dipindahkan ke dalam uterus.

    Kadar kejayaan IUI dan IVF bergantung kepada faktor individu seperti umur pasangan wanita, tahap kesihatan badan dan punca ketidaksuburan bagi individu berkenaan.

    Melalui teknologi bantuan reproduktif ini, para lelaki boleh meneroka pilihan alternatif bagi mendapatkan anak dan memilih prosedur yang sesuai dengan situasi dan pilihan gaya hidup mereka sendiri.

    Memperluas ujian genetik untuk ketidaksuburan lelaki

    Ujian genetik boleh memainkan peranan penting dalam diagnosis dan pengurusan kes ketidaksuburan lelaki yang serius. Ia melibatkan analisis bahan genetik seorang individu, seperti DNA atau kromosom bagi mengenal pasti sebarang abnormaliti genetik yang mungkin berkait dengan ketidaksuburan.

    Kemajuan dalam teknologi penyimpanan sperma seperti pembekuan cryopreservation (cryo) juga telah merevolusikan dunia kesuburan lelaki.

    Pembekuan cryo melibatkan proses pembekuan dan penyimpanan sampel sperma untuk kegunaan pada masa depan.

    Teknik ini berkesan bagi lelaki yang sedang melalui rawatan yang boleh menjejaskan kesuburan mereka seperti kemoterapi atau terapi radiasi.

    Penyimpanan sperma seperti ini memberikan individu harapan untuk memulakan keluarga pada masa hadapan walaupun mereka telah melalui proses rawatan yang boleh menjejaskan kesuburan mereka.

    Pemerkasaan dan Sokongan

    Dalam pada itu, Eeson berkata, bantuan emosi merupakan aspek penting semasa menangani cabaran ketidaksuburan lelaki. Sesi kaunseling dan terapi boleh memberikan ruang kepada lelaki atau pasangan mereka untuk meluahkan perasaan, emosi serta pengalaman.

    “Mereka juga boleh mendapatkan nasihat dan pandangan bagi membina strategi untuk menghadapi masalah tersebut.

    “Pengawalan stres dan mekanisme mengatasi masalah yang sihat boleh membantu meringankan beban emosi ini.

    “Teknik seperti keprihatinan, penenangan diri dan melakukan hobi atau aktiviti fizikal boleh memberikan ketenangan dan meningkatkan kesejahteraan badan,” terangnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu pineal dan kenapa kelenjar kecil di otak ini sangat penting?

    Kesuburan dan kosepsi

    Eeson menekankan bahawa pandangan dunia terhadap kesuburan dan konsepsi telah berubah dengan ketara sejak 30 tahun yang lalu.

    Pasangan kini lebih cenderung untuk memulakan keluarga yang lebih kecil dengan satu atau dua anak berbanding generasi sebelumnya yang mempunyai empat hingga lima anak.

    “Lelaki kini lebih terbuka untuk mendapatkan pandangan doktor, menyediakan sampel sperma dan meneroka langkah-langkah yang tersedia dalam rawatan kesuburan mereka.

    “Kepada semua lelaki yang menghadapi ketidaksuburan, jangan rasa malu atau segan. Hadapi proses transformatif ini untuk menjadi seorang bapa, kita mempunyai pelbagai pilihan pada hari ini untuk memulakan sebuah keluarga,” katanya. – RELEVAN

    anak cahaya mata featured lelaki sperma tidak subur
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.