JACK MALIK bercakap sesuatu tentang ketidakpedulian orang pada penerbitan buku Merabak Sembah. Butir tepat saya tak ingat tapi nadanya kecewa. Mungkin buku itu diharap menjadi besar. Mungkin dia fikir, pertemuan lima penyajak dalam buku itu sepatutnya lebih meletus. Hanya Jack tahu apa yang dikecewakannya. Saya tak bertanya dalam sela pendek kami duduk berdepan di luar kafe Mukha, TTDI. Masanya macam tak sesuai. Tapi kalau Jack kecewa, saya faham kekecewaannya. ARTIKEL BERKAITAN: Merabak Sembah: Sebuah Catatan Pendek (Dewan Sastera) Merabak Sembah berpotensi menjadi berita besar dalam lapangan puisi tempatan. Buku itu mengumpul sajak dari Jack, ba.re, Aliff Awan, Meor Hailree dan…
KU SYAFIQ KU FOZI
SUBUH pagi itu segar dan harum. Salleh buka pintu, menjemput masuk bau hangat aspal bercampur manis klorofil dari pokok-pokok. Bayu pagi yang dingin menggeletek leher dan lengan. Semalam dia bermimpi didatangi wanita cantik setaraf bidadari. Wanita itu kata, “awak kena bersenam”. Maka hari itu, Salleh mahu bersenam. Aplikasi kalendar dibuka. Dia mahu menyusun jadual dan menyelit aktiviti senaman pada waktu yang sesuai. Tetapi, apa waktu yang sesuai untuk bersenam? Senam pagi, pascadinihari Ramai cakap, kita elok bersenam pada waktu pagi. Ada benarnya. Menurut Healthline, memulakan hari dengan senaman boleh memberi lonjakan ego yang tinggi. Maknanya, anda rasa yakin dan suka…
LOLOQ cakap pada Hasmi Hashim, lama dulu, yang kalau dia letak semua liriknya atas meja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan runtuh. Saya syak, bukan hanya DBP akan runtuh. Persatuan sastera, syarikat surat khabar, kedai buku, dewan konsert, semuanya roboh menyembah tanah apabila dipersembahkan koleksi lirik Loloq yang lengkap. Sebab saya perasan dalam forum itu, apabila dipisah-pisahkan lirik Loloq, susah juga nak cari yang betul-betul boleh buat pecah kepala. Hasmi memetik lirik Bila Bulan Berwarna Biru nyanyian Arab dan Aidit. Hafiz Hamzah mencelah, “perumpamaan sebegitu biasa dibuat penulis sajak, apa yang istimewanya?” Betul juga. “Asalnya / Memang dulu aku tak…
KOMPOSISI penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan meningkat kepada 10 peratus pada 2024 berbanding 8.9 peratus pada tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, komposisi tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan sejak lima tahun lalu, menghampiri paras semasa sebelum pandemik (2017 hingga 2018). Kata beliau, peningkatan tersebut adalah kesan daripada pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022. “Di samping itu, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) telah dilaksanakan bermula November 2020. “Ini diikuti RTK 2.0 yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023, menyumbang kepada peningkatan bilangan bukan warganegara di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada 31 Julai. Menurut…
SELEPAS 20 tahun, Claire Dunphy cuba kembali masuk ke dunia kerjaya. Percubaan pertamanya gagal beberapa bulan sebelum sebab majikannya, Gil Thorpe terlalu menjengkelkan. Kali ini, Claire masuk ke tempat yang sepatutnya lebih selesa dan menyenangkan, iaitu syarikat Pritchett’s Closets and Blinds. Itu syarikat ayahnya sendiri, Jay Pritchett. Dia terus memegang jawatan pengurus untuk dilatih sebagai pemilik syarikat selepas ayahnya bersara. Claire masuk ke pejabat dengan dua matlamat utama: satu, mahu jadi mesra dengan semua orang di pejabat walaupun dia berperanan sebagai pengurus. Dua, dia tak mahu pekerja lain fikir dia dapat kerja itu sebab dia anak bos. Babak pertama dalam…
ENAM tahun lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan laporan yang mendapati, kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia tidak boleh menyediakan RM1,000 ketika kecemasan. Itu mungkin laporan komprehensif terakhir yang diterbitkan. Selepas enam tahun, sama ada situasi menjadi lebih baik atau tidak, tak dapat dipastikan. Tapi kita tahu, dua tahun selepas laporan tersebut, dunia dimendungi pandemik. Ramai yang terkesan, termasuk dari segi ekonomi. Pekerjaan hilang, pendapatan menyusut dan untuk meneruskan kehidupan, ramai yang terpaksa mengorbankan simpanan persaraan. Negara sudah pulih daripada impak pandemik. Ini dapat dilihat dalam statistik-statistik ekonomi dalam tempoh dua tahun ini. Namun, adakah kocek rakyat kebanyakan juga sudah pulih?…
SUMBANGAN komponen lebihan kendalian kasar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia, jika dibandingkan dengan beberapa negara terpilih. Menurut Jabatan Perangkaan, lebihan kendalian kasar menyumbang dengan ketara kepada KDNK pada 64.8 peratus pada 2023 walaupun kadar tersebut 2.3 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Lebihan kendalian kasar merujuk kepada keuntungan yang dicatatkan perniagaan melalui penghasilan produk atau perkhidmatan selepas mereka membayar pekerja. Lebihan kendalian kasar merupakan antara komponen yang menyumbang dalam pengiraan KDNK secara kaedah pendapatan selain pampasan pekerja dan cukai bersih (cukai tolak subsidi). Pada 2023, KDNK nominal Malaysia berjumlah RM1.8 trilion, bertumbuh…
WAKTU malam memang menggoda. Banyak aktiviti seronok dibuat pada waktu malam, terutamanya dengan kawan-kawan. Walaupun tak keluar rumah, kita suka bersembang dengan kawan-kawan pada waktu malam, baik melalui mesej teks, panggilan suara atau panggilan video. Waktu malam juga seronok diisi dengan permainan video berkumpulan. Kadang-kadang tak sedar, tahu-tahu dah lewat malam dan kita masih berjaga. Seronok tapi tindakan itu tidak sihat untuk tubuh dan mental, terutamanya buat pelajar. Sebab keesokannya kita akan kepenatan. Kelopak mata jadi berat. Di sekolah, tumpuan hilang sebab terlalu mengantuk. Sebab itu, pelajar yang baik akan menjaga kitaran waktu tidurnya. Demi ingatan dan ketenangan Pakar tidur…
“KITA kerja kuat-kuat, nanti mati, majikan ganti kita dengan orang lain juga,” kata kawan saya. Waktu itu kami tinggal berdua di pejabat, menghampiri lewat malam. Hanya kami berdua di situ, kawasan lain dalam pejabat dah gelap. Sudah tiga jam sejak waktu bekerja habis tapi kami masih di situ, menyiapkan laporan khas yang perlu dihantar esok. “Aku ini terdesak. Kalau tak kerja, takkan nak bagi anak bini makan pasir? Tapi kau bujang lagi, pergilah cari kerja tempat lain,” kata kawan saya, sambil matanya terpaku pada skrin, jarinya laju menaip. Bunyi papan kekunci kami berlaga-laga. Ada masa ia rawak, ada masa bermelodi.…
KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 akan diumumkan pada 23 Julai ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataannya berkata, sebanyak 41,548 calon telah menduduki peperiksaan tersebut di 657 buat pusat peperiksaan di seluruh negara. Katanya, sebanyak 16,387 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan tersebut. Jelas MPM, terdapat dua kaedah memerika keputusan yang boleh digunakan calon. Dua kaedah tersebut adalah untuk calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu. Khidmat pesanan ringkas (SMS) Calon perlu menaip STPM<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888. Sistem itu akan diaktifkan mulai pukul 11 pagi 23 Julai 2024 sehingga pukul…