Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Populasi bukan warganegara dianggar 10%, tertinggi dalam 5 tahun

    Populasi bukan warganegara dianggar 10%, tertinggi dalam 5 tahun

    By July 31, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    POPULASI bukan warganegara dianggar meningkat kepada 10 peratus pada 2024. - GAMBAR HIASAN

    KOMPOSISI penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan meningkat kepada 10 peratus pada 2024 berbanding 8.9 peratus pada tahun sebelumnya.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, komposisi tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan sejak lima tahun lalu, menghampiri paras semasa sebelum pandemik (2017 hingga 2018).

    Kata beliau, peningkatan tersebut adalah kesan daripada pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022.

    “Di samping itu, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) telah dilaksanakan bermula November 2020.

    “Ini diikuti RTK 2.0 yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023, menyumbang kepada peningkatan bilangan bukan warganegara di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada 31 Julai.

    Menurut Mohd. Uzir, jumlah penduduk Malaysia pada 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada 2023, meningkat pada kadar 1.9 peratus.

    Kata beliau, penduduk warganegara meningkat daripada 30.4 juta pada 2023 kepada 30.7 juta pada 2024 dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan, iaitu 0.7 peratus berbanding 0.8 peratus pada tahun sebelumnya.

    “Penduduk bukan warganegara menunjukkan trend yang sama dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 13.6 peratus pada 2024 berbanding 17.1 peratus pada 2023,” katanya.

    Populasi negeri

    Dari segi negeri, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor mencatatkan kadar pertumbuhan yang melebihi kadar nasional, masing-masing dengan 4.0 peratus, 3.0 peratus, 2.1 peratus dan 1.9 peratus.

    Jelas Mohd. Uzir, terdapat tiga negeri yang mencatatkan peratusan komposisi penduduk tertinggi pada 2024, iaitu Selangor (21.6 peratus), Johor (12.3 peratus) dan Sabah (11.0 peratus).

    Sebaliknya, kata beliau, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan peratusan komposisi penduduk terendah, masing-masing pada 0.3 peratus dan 0.4 peratus.

    Pecahan umur

    Dari segi umur, komposisi penduduk berumur kosong hingga 14 tahun (umur muda) pada 2024 menurun kepada 22.2 peratus berbanding 22.7 peratus pada 2023.

    “Sebaliknya, komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.9 peratus pada 2023 kepada 70.1 peratus pada 2024.

    “Peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.4 peratus kepada 7.7 peratus bagi tempoh sama,” jelasnya.

    Ini menjadikan umur penengah penduduk Malaysia mencecah 30.9 tahun pada 2024, meningkat berbanding 30.7 tahun pada tahun sebelumnya.

    Nisbah kaum dan jantina

    Bumiputera menyumbang 70.4 peratus daripada 30.7 juta warganegara pada 2024, berbanding 70.1 peratus pada tahun sebelumnya. 

    Mohd. Uzir menjelaskan, komposisi kaum Cina dan India masing-masing menurun kepada 22.4 peratus dan 6.5 peratus, manakala kaum lain kekal pada 0.7 peratus.

    “Pada 2024, bilangan lelaki melebihi perempuan, iaitu masing-masing 17.9 juta dan 16.2 juta. Nisbah jantina bagi keseluruhan penduduk ialah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

    “Bagi tempoh 2023 hingga 2024, nisbah jantina kekal 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan untuk warganegara manakala bagi bukan warganegara, nisbahnya meningkat kepada 228 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

    Negeri tua dan negeri padat

    Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk muda (0 hingga 14 tahun) tertinggi pada 2024 dengan 34.7 peratus manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan komposisi penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) tertinggi, iaitu 75.9 peratus.

    Sebanyak sembilan negeri mencapai status negeri menua dengan mempunyai komposisi penduduk umur 65 tahun dan ke atas melebihi 7.0 peratus, iaitu Perak, Kedah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan.

    Menurut Mohd. Uzir, Kelantan merupakan penambahan baharu kepada senarai tersebut berbanding tahun lalu apabila mencatatkan 7.0 peratus penduduk berumur tua.

    “Perak kekal sebagai negeri paling menua dengan 9.9 peratus pada 2024,” katanya.

    Seiring dengan pertambahan penduduk, kepadatan penduduk di Malaysia juga meningkat kepada 103 orang pada 2024 berbanding 101 orang pada 2023 bagi setiap kilometer persegi.

    “Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan negeri yang paling padat dengan 8,518 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti Wilayah Persekutuan Putrajaya (2,440 orang) dan Pulau Pinang (1,746 orang).

    “Sarawak mempunyai kepadatan penduduk terendah dengan 20 orang bagi setiap kilometer persegi, diikuti Pahang (46 orang) dan Sabah (51 orang),” jelas Mohd. Uzir. – RELEVAN

    DOSM featured pendidikan populasi statistik
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.