Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Merabakkan sembah dan belajar untuk tidak beri apa-apa tahi

    Merabakkan sembah dan belajar untuk tidak beri apa-apa tahi

    By August 15, 2024Updated:August 20, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JACK MALIK yang menyamar sebagai Meor Hailree. - GAMBAR KU SYAFIQ/RELEVAN

    JACK MALIK bercakap sesuatu tentang ketidakpedulian orang pada penerbitan buku Merabak Sembah.

    Butir tepat saya tak ingat tapi nadanya kecewa. Mungkin buku itu diharap menjadi besar. Mungkin dia fikir, pertemuan lima penyajak dalam buku itu sepatutnya lebih meletus.

    Hanya Jack tahu apa yang dikecewakannya. Saya tak bertanya dalam sela pendek kami duduk berdepan di luar kafe Mukha, TTDI. Masanya macam tak sesuai.

    Tapi kalau Jack kecewa, saya faham kekecewaannya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Merabak Sembah: Sebuah Catatan Pendek (Dewan Sastera)

    Merabak Sembah berpotensi menjadi berita besar dalam lapangan puisi tempatan. Buku itu mengumpul sajak dari Jack, ba.re, Aliff Awan, Meor Hailree dan Tulangkata.

    Kalau kita ada khalayak buku dan puisi yang suka menolak sempadan, seronok melihat anak muda bereksperimentasi dan teruja mahu melebarkan fahaman sendiri terhadap sastera, Merabak Sembah yang diterbitkan Rabak-Lit itu akan jadi bualan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 puisi buat anda di hari puisi

    Namun, ketika dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada Mei lalu, letusannya tidak begitu tinggi.

    Saya masih ingat, di reruai Rabak-Lit bersama Aliff Awan, kami hanya memandang puluhan pengunjung beratur di hadapan kami untuk mendapatkan tanda tangan pempengaruh popular di reruai seberang.

    Ada juga yang datang mencari Aliff tapi jumlahnya tak ramai. Sesi bertemu pembaca kami tak penat sangat.

    Orang berlima yang berkongsi sajak mereka dalam Merabak Sembah bukan biasa-biasa, sekurang-kurangnya untuk saya. Apa yang ditawarkan dalam buku itu juga bukan biasa-biasa.

    Tapi tak ramai yang mahu baca. Nak buat macam mana?

    Baca dan dengar

    Dalam majlis pelancaran ringkas di Mukha pada 9 Ogos lalu, semua penyajak yang menyumbang karya dalam Merabak Sembah hadir, kecuali Meor Hailree. 

    Mereka bergilir membaca sajak, bermula dengan ba.re sampai Jack. Kemudian, ada persembahan terbuka oleh dua penyajak.

    Perjalanan ke Mukha agak jauh bagi saya, sebab perlu naik LRT dari Universiti, tukar MRT di Pasar Seni kemudian naik Grab ke Mukha. Dalam perjalanan itu, saya membelek buku Merabak Sembah.

    BOLEH beli antologi Merabak Sembah di sini. – GAMBAR KU SYAFIQ/RELEVAN

    Satu hal yang bermain dalam kepala sepanjang membelek – tak mudah mahu nikmati puisi-puisi yang ada dalam bentuk tulisan.

    Ada cubaan untuk memandu pembacaan pembaca dengan susunan kata secara visual tapi tetaplah sukar untuk dinikmati. Ini mungkin masalah saya seorang, cuma itu pandangan yang dibentuk.

    Sesampai di Mukha, ba.re sudah mulakan bacaan. Kemudian Aliff. Kemudian Tulangkata. Kemudian Jack.

    Pandangan saya jadi makin kuat. Sajak-sajak dalam Merabak Sembah untuk dinikmati telinga dan mata, bukan mata semata. Ia untuk didengar dan ditonton, bukan sekadar dibaca.

    Selepas mendengar dan menonton sajak-sajak itu dipersembah, bacaan saya jadi mudah. Maknanya sudah sampai.

    Terajang terpelanting

    Sajak-sajak yang diantologi dalam Merabak Sembah bukan sajak yang biasa dilihat dalam kumpulan puisi terbitan agensi kerajaan atau yang disiar secara eceran dalam surat khabar. 

    Dari segi bentuk dan visual saja sudah berbeza. Kandungan dan temanya juga begitu.

    Pada sampul belakang buku, disebut yang antologi itu ialah “kemungkinan kecil-dan-besar yang mencabar batas persoalan: apakah itu sajak?”. 

    Apakah sajak? Ini soalan yang asas dan fundamental. Tapi siapa yang ada jawapan paling tuntas untuknya?

    Sajak tak perlu didefinisi, sesungguhnya, tapi fahaman terhadap sajak yang ada dalam kepala orang perlu dicabar dan diregang-regang. Itu syarat kalau mahu seni terus hidup lama.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mencari nikmat yang paling padat

    Merabak Sembah menawarkan cabaran itu. Mereka datang untuk buat orang tak selesa. Mereka terajang, lazim terpelanting. Sastera is nothing.

    Ini boleh jadi punca kenapa penerbitannya tidak begitu dipeduli. Benda pelik, unik dan mencabar kebiasaan tak mudah menyerlah dalam dunia pekat algoritma. 

    Tapi benda lazim, banal dan biasa pula tak mampu bertahan lama. Kita mahu yang mana?

    Generasi tergumpal gila

    Ada banyak rujukan dalam Merabak Sembah. Antara yang saya suka ialah siri Peliknya Jadi Apa-Apa Pun oleh ba.re yang, saya fikir, merujuk baris akhir lagu In The Aeroplane Over The Sea oleh Neutral Milk Hotel.

    Lebih menarik, kandungan empat sajak dalam siri itu tidak pun merujuk mana-mana karya Neutral Milk Hotel secara jelas.

    Tapi, tak ada rujukan yang lebih jelas dan kerap dalam buku itu selain rangkap pertama sajak Howl oleh Allen Ginsberg. 

    Itu tak pelik sebab mengenali Jack, dia memang suka The Beat Generation dan dia akan mempengaruhi (atau dipengaruhi) sesiapa dalam lingkungannya untuk membaca sajak itu.

    Saya antara yang dipengaruhinya, walaupun waktu itu kami belum berkenal secara peribadi. Pertama kali mendengar Howl di Youtube, teruja berbunga api dalam kepala. Ia berbeza dari sajak-sajak yang saya baca dan dengar sebelum ini.

    ORANG berlima: ba.re, Aliff Awan, Tulangkata, Jack Malik dan (Jack Malik sebagai) Meor Hailree. – GAMBAR KU SYAFIQ/RELEVAN

    Sebab itu Merabak Sembah penting. Mungkin impaknya belum ternampak tetapi ia tetap penting. 

    Lima penyajak dalam antologi itu sering dirujuk sebagai orang berlima. Itu satu lagi homaj, saya fikir, kepada antologi Orang Bertiga oleh Noor S.I., A.S. Amin dan M. Ghazali yang menggerakkan aliran Penyair Kabur pada pertengahan 1950-an.

    Seperti Penyair Kabur atau Anak Alam sekalipun, gerakan-gerakan berontak tidak begitu dipeduli dan dihargai. Mungkin itu memang adatnya sebab Bukowski pernah pesan, mana-mana khalayak pergi, lari ke arah lain.

    Kalau khalayak pergi ke arah kita, mungkin ada yang tak kena.

    Sajak terpenting untuk para orang berlima yang menumpah sajak dalam buku itu ialah sajak terakhir oleh Jack, juga bertajuk Orang Berlima.

    “jadi awok buat ni / untuk kome / untuk diri awok / untuk ketidakpedulian / untuk jalan terus / untuk semua”

    “jalan terus / meredah / mana-mana / tubuh air / sudi / menerima / jejak lidah / kita: orang berlima”

     

    Baris-baris itu patut dipegang kelima-lima penyajak dalam Merabak Sembah supaya semangat ketidakpeduliannya dipencar kepada pembaca, kepada kawan dan keluarga pembaca, kepada pembaca karya pembaca.

    Sebab orang berlima itu perlu terus percaya pada gaya mereka. Tulis lebih banyak puisi supaya penyajak generasi akan datang terus melawan dan membina gaya sendiri.

    Tulis dan tulis dan tulis sampai generasi akan datang boleh petik stanza Ginsberg yang lain. – RELEVAN

    Aliff Awan ba.re buku featured Jack Malik Meor Hailree Merabak Sembah pendidikan puisi Rabak-Lit sastera Tulangkata
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.