Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Keuntungan pemilik modal di Malaysia antara yang tertinggi di dunia

    Keuntungan pemilik modal di Malaysia antara yang tertinggi di dunia

    By July 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LEBIHAN kendalian kasar merujuk kepada keuntungan yang dicatatkan perniagaan melalui penghasilan produk atau perkhidmatan selepas mereka membayar pekerja. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SUMBANGAN komponen lebihan kendalian kasar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia, jika dibandingkan dengan beberapa negara terpilih.

    Menurut Jabatan Perangkaan, lebihan kendalian kasar menyumbang dengan ketara kepada KDNK pada 64.8 peratus pada 2023 walaupun kadar tersebut 2.3 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

    Lebihan kendalian kasar merujuk kepada keuntungan yang dicatatkan perniagaan melalui penghasilan produk atau perkhidmatan selepas mereka membayar pekerja.

    Lebihan kendalian kasar merupakan antara komponen yang menyumbang dalam pengiraan KDNK secara kaedah pendapatan selain pampasan pekerja dan cukai bersih (cukai tolak subsidi).

    Pada 2023, KDNK nominal Malaysia berjumlah RM1.8 trilion, bertumbuh 1.6 peratus berbanding 15.8 peratus pada tahun sebelumnya.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan tersebut didorong penambahbaikan sedia ada dalam pekerjaan dan upah melalui pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,500 bermula Mei 2023.

    Berikutan penambahbaikan tersebut, pampasan pekerja merekodkan pertumbuhan kukuh 4.2 peratus sementara lebihan kendalian kasar menurun 1.8 peratus.

    Antara tertinggi

    Walaupun menurun, kadar sumbangan lebihan kendalian kasar kepada KDNK negara masih antara yang tertinggi.

    Berbanding negara terpilih di Asia, Malaysia mencatatkan sumbangan lebihan kendalian kasar tertinggi, iaitu pada 64.8 peratus berbanding Korea Selatan (43.6 peratus), Filipina (57.3 peratus) dan Singapura (55.1 peratus). 

    Malah, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (60.5 peratus) walaupun negara jiran tersebut mempunyai kadar sumbangan pampasan pekerja yang lebih rendah (31.3 peratus).

    Perbezaannya lebih ketara jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah dan Amerika Utara. 

    Dalam negara-negara terpilih yang disenaraikan Jabatan Perangkaan, Kanada mempunyai peratusan sumbangan lebihan kendalian kasar kepada KDNK terendah, iaitu sebanyak 38.5 peratus. Ini diikuti Jerman (38.9 peratus), United Kingdom (40.1 peratus) dan Amerika Syarikat (40.4 peratus).

    Pampasan pekerja meningkat

    Pampasan pekerja mencatatkan sedikit peningkatan kepada 33.1 peratus pada 2023, berbanding 32.1 peratus pada tahun sebelumnya.

    Mohd. Uzir berkata, peningkatan komponen pampasan pekerja yang merangkumi saraan yang diterima pekerja untuk tenaga kerja mereka adalah didorong sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.

    “Pampasan pekerja dalam sektor perkhidmatan tumbuh 4.3 peratus, disokong pertumbuhan dalam semua subsektor, terutamanya perdagangan borang dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan.

    “Bagi sektor pembuatan, pampasan pekerja mencatatkan pertumbuhan 3.3 peratus, disumbangkan oleh penyederhanaan dalam produk elektrik, elektronik dan optik.

    “Selain itu, pampasan pekerja dalam sektor pembinaan serta perlombongan dan pengkuarian meningkat masing-masing 6.8 peratus dan 9.2 peratus, sementara pampasan pekerja dalam sektor pertanian menunjukkan peningkatan marginal 0.7 peratus pada 2023,” katanya dalam kenyataan pada 25 Julai.

    Kemerosotan mendadak

    Menurut Mohd. Uzir, penurunan dalam lebihan kendalian kasar dipengaruhi terutamanya oleh kemerosotan mendadak dalam sektor perlombongan dan pengkuarian (-12.1 peratus), pertanian (-13.2 peratus) dan pembuatan (-5.6 peratus).

    Kata beliau, kejatuhan harga komoditi pada 2023 menjejaskan keuntungan merentasi sektor-sektor tersebut, sekali gus menyumbang kepada penurunan ketara keseluruhan lebihan kendalian kasar.

    “Namun, penyusutan ini sebahagiannya diperlahankan dengan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan dan pembinaan, masing-masing pada 5.3 peratus dan 1.3 peratus.

    “Dari aspek komposisi lebihan kendalian kasar, sektor perkhidmatan mendahului dengan 52.9 peratus, diikuti sektor pembuatan pada 23.3 peratus,” katanya.

    Hasil cukai naik, subsidi turun

    Cukai bersih, iaitu komponen yang mewakili sumber pendapatan kerajaan menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Ia meningkat 242 peratus atau RM37.7 bilion pada 2023, disokong hasil cukai yang lebih tinggi berbanding penurunan subsidi.

    Jelas Mohd. Uzir, cukai ke atas pengeluaran dan import meningkat 3.1 peratus, didorong pertumbuhan dalam cukai perkhidmatan dan duti import.

    “Sementara itu, kemerosotan subsidi yang ketara pada 34.2 peratus dipengaruhi terutamanya oleh penyusutan subsidi petroleum dan diesel,” jelasnya. – RELEVAN

    ekonomi featured KDNK kewangan lebihan kendalian kasar pampasan pekerja
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.