KU SYAFIQ KU FOZI

SEPANJANG lima tahun menjadi penyampai radio, ada banyak peristiwa yang diiktiraf sebagai batu tanda kerjaya oleh penyampai Rakita, Atoi Tohet. Salah satunya ialah mengendalikan RabakLit FM. Bukan sahaja hasrat awalnya tercapai melalui rancangan itu, malah sambutan terhadap RabakLit FM sangat baik. “Banyak detik (sepanjang mengendali RabakLit FM) yang boleh dijadikan pengalaman yang menarik.  “Kalau ada orang tanya, sepanjang hidup apa yang saya dah buat, saya boleh tunjuk (RabakLit FM),” jelas Atoi.  Bagi Ketua Penerbitan Rabak-Lit Publication, Izzat Amir yang sudah kira-kira 14 tahun berkecimpung dalam industri perbukuan, RabakLit FM ialah pengalaman yang istimewa. Dia tidak asing dengan kunjungan ke radio.…

Read More

GELOMBANG buku alternatif – atau yang sesetengah orang gelar buku indie – pernah memuncak beberapa tahun sudah. Sambutannya meriah, terutamanya dalam kalangan anak muda. Kini, gelombangnya mungkin tidak sebesar dan berimpak seperti dulu, namun ia masih terus wujud dan bergerak. Ada penerbit baharu yang lahir, malah penulis juga masih ramai yang selesa berkarya dalam jalur alternatif. Sesuatu yang istimewa pada mereka yang hidupnya berselimut budaya alternatif: mereka sentiasa mencari jalan untuk tampil berbeza dan unik. Keseragaman merimaskan, trend dipandang dengan ekor mata. Inilah inti cerita dua manusia yang menjadi Ikon Relevan bulan ini. Atoi Tohet dan Izzat Amir berjumpa, berkawan…

Read More

ADA dua cara untuk menjadi pekerja penting dan dikenali di pejabat. Satu, buat kerja dengan baik, cekap dan berkesan. Dua, halakan seluruh tenaga anda untuk menjadi pembodek dan penjilat tegar para bos. Langkah satu berintegriti, beretika dan bermaruah. Langkah dua yang sebaliknya.. Kalau dalam diri anda ada secebis wibawa, pasti langkah satu menjadi pilihan. Kita mahu maju dalam kerjaya dengan cara yang bermaruah, atas kemahiran kerja yang baik. Membodek dan menjilat adalah jalan pintas yang akhirnya akan mencalit arang pada muka sendiri juga. Berpandukan pesan pakar penjenamaan peribadi, William Arruda, Relevan kongsikan tujuh langkah menjadi cemerlang di tempat kerja tanpa perlu…

Read More

KEKAYAAN lima individu terkaya dunia meningkat lebih dua kali ganda sejak 2020 dan dalam masa sama, hampir lima bilion manusia lain semakin miskin. Menurut Oxfam International, lima individu terkaya dunia seperti dalam senarai Forbes meningkatkan kekayaan mereka daripada AS$405 bilion (RM1.91 trilion) kepada AS$869 bilion (RM4.1 trilion) sejak 2020, dengan kadar AS$14 juta (RM66.03 juta) setiap jam. Katanya, jika trend itu berterusan, dunia akan menemui trilionair pertamanya dalam tempoh sedekad, sedangkan kemiskinan tegar memerlukan 229 tahun untuk dihapuskan. Fakta-fakta itu merupakan dapatan daripada laporan Inequality Inc. yang diterbitkan pada 15 Januari. Laporan sama turut mendedahkan bahawa tujuh daripada 10 syarikat terbesar…

Read More

SIATIKA merujuk kepada rasa sakit di sepanjang laluan saraf siatik, saraf yang memanjang dari kawasan pinggang, pinggul hingga kaki. Lazimnya, siatika terjadi apabila cakera melejit (herniated) dan tulang yang tumbuh lampau (overgrowth bone) menekan sebahagian daripada saraf tersebut. Ini menyebabkan keradangan, kesakitan dan seringkali kekebasan pada kaki. Siatika boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk tetapi kebanyakannya boleh kembali pulih melalui rawatan selama beberapa minggu. Berikut Relevan senaraikan simptom dan punca siatika menurut laman web Mayo Clinic. Simptom Rasa sakit akibat siatika boleh dirasai di mana-mana tempat di sepanjang laluan saraf siatik. Paling kerap, rasa sakitnya mengikut laluan dari pinggang ke…

Read More

KONSEP asas hutang sangat mudah difahami. Anda meminjam sejumlah wang dan berjanji untuk membayar semula wang tersebut kepada pemberi.  Namun, semakin lama dan semakin besar ‘industri’ hutang, semakin ia menjadi rumit, lebih-lebih lagi untuk orang biasa yang tiada pendidikan khusus dalam bidang kewangan. Untuk faham bentuk hutang yang wujud sekarang, kita perlu tahu jenisnya dahulu. Dua jenis hutang (atau disebut kredit) yang paling lazim ialah kredit pusingan (revolving credit) dan ansuran (installment credit). Kredit pusingan Kredit pusingan merupakan jenis hutang yang mempunyai had jumlah pinjaman tetapi boleh digunakan berulang kali, asalkan anda membayar sedikit daripada jumlah pinjaman setiap bulan. Contoh…

Read More

TOKOH perbankan, Tan Sri Azman Hashim dimasyhurkan sebagai Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dalam majlis pemasyhuran yang julung kali diadakan sempena Majlis Konvokesyen kali ke-14 kolej tersebut pada 13 Januari lalu. Pemasyhuran tersebut dibuat selepas pelantikannya diperkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan AGong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut UCMI, pelantikan Azman sebagai canselor adalah pilihan tepat berdasarkan pencapaian dan sumbangan beliau dalam industri kewangan. Katanya, kejayaan Azman membangunkan Kumpulan Ambank mengangkat beliau sebagai antara pengasas yang berjaya dan berpengaruh dalam industri kewangan tempatan. “Beliau tidak hanya berjaya dalam bidang perbankan tetapi juga dalam pembangunan ekonomi Malaysia, menjadikan beliau…

Read More

BERAPA buku anda berjaya baca tahun lepas?   Ini bukanlah soalan untuk mengejek atau memperlekeh sebab dalam era ini, memang sukar untuk berjumpa orang yang mampu baca beratus, malah berpuluh buku setahun. Cabarannya berbeza. Buku, khususnya yang fizikal, hanya sebuah objek yang pegun. Mungkin dapat dicantikkan dengan rekaan kulit yang menarik untuk mendapat perhatian kita. Pesaingnya lebih maju dan canggih. Media sosial, permainan video, pelbagai platform video – semua ini perumah untuk teknologi bujukan (persuasive technology) yang wujudnya untuk mencuri perhatian manusia. Namun, sebagai manusia, kita boleh memilih untuk menjadi teguh hati dan melawan bujukan teknologi lalu mengalihkan perhatian pada gudang…

Read More

PERKAHWINAN  melibatkan banyak perubahan dalam rutin harian. Kalau sebelum ini tidur seorang, sekarang dah berdua. Bukan mudah untuk membenarkan seseorang masuk ke ruang intim kita. Ia memerlukan kesediaan penuh, kompromi dan kesabaran. Hal-hal kecil seperti dengkur juga boleh membawa konflik. Bukan tak pernah kita dengar cerita perceraian disebabkan hal yang sesetengah orang anggap remeh. Malah, bercerita tentang dengkur, ia bukan setakat masalah keselesaan tidur. Disebabkan tidur yang tak selesa dan cukup, masalah kesihatan lain boleh datang. Produktiviti kerja terganggu. Sebab itu ia tidak boleh dipandang remeh. Dengkur biasa, dengkur kronik Ada dengkur yang biasa. Bunyinya sayup-sayup, kalau tak diberi perhatian…

Read More

KADAR pengangguran pada November 2023 turun kepada 3.3 peratus, sekali gus mencatatkan kadar yang setara dengan tahap sebelum pandemik. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi tenaga buruh negara menunjukkan peningkatan pada bulan tersebut, mengisyaratkan pertumbuhan positif ekonomi semasa dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja. Kata beliau, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan pada November, naik sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17.0 juta orang, berbanding 16.97 juta pada Oktober. Kadar penyertaan tenaga buruh pula kekal pada 70.1 peratus. “Bilangan penduduk bekerja pada November terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan, mencecah…

Read More