KU SYAFIQ KU FOZI

DALAM pengajaran pertamanya, Mr. Keating bersiul-siul melintasi kelas dan terus keluar. Muridnya terpinga tetapi dalam beberapa saat, dia menjulurkan kepala dan mengajak semua mengikutinya ke sebuah ruang yang meletakkan gambar alumni dan trofi sekolah. Di situ pengajaran pertamanya berlangsung — tentang Walt Whitman dan carpe diem; tentang mengumpul kelopak mawar selagi mampu. Dan ia mengingatkan saya pada subjek Kemahiran Komunikasi di universiti yang diajar antara pensyarah terbaik saya pernah ada, Dr. Khairul Azam Bahari. Bagaimana Keating memanfaatkan ruang yang dekat dengan pelajar untuk melekatkan doktrinnya tentang carpe diem. Ini terkait dengan satu konsep dalam komunikasi, iaitu proksemiks — kajian tentang…

Read More

SEJUMLAH 8.94 juta jawatan dicatatkan pada suku pertama 2024, menjadikannya jumlah tertinggi yang dicatat negara sejak 2018. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah jawatan meningkat 1.5 peratus atau kira-kira 131,700 tahun ke tahun, berbanding 8.81 juta pada suku pertama tahun lalu. Kata beliau, pertumbuhan dalam bilangan jawatan itu menunjukkan permintaan buruh di Malaysia dijangka semakin menggalakkan pada tahun ini. “(Ia) selari dengan ekonomi yang diramalkan akan berkembang pada kadar yang lebih cepat, iaitu dari empat hingga lima peratus berikutan permintaan luar dan pelaburan yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan pada 15 Mei. Menurut Mohd. Uzir, bilangan…

Read More

PENDUDUK Malaysia pada suku pertama 2024 dianggarkan 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku sama tahun lalu. Peningkatan paling ketara ditunjukkan pada jumlah penduduk bukan warganegara yang meningkat kepada 3.4 juta berbanding 2.8 juta pada suku sama 2023. Dengan peningkatan tersebut, penduduk bukan warganegara kini merangkumi 10 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, daripada keseluruhan 34 juta penduduk Malaysia, bilangan penduduk lelaki adalah sebanyak 17.8 juta manakala penduduk perempuan sebanyak 16.1 juta. Kata beliau, secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina penduduk warganegara ialah…

Read More

PENSTRUKTURAN Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membolehkan ahlinya menambah satu lagi akaun simpanan yang anjal dan cair, iaitu melalui Akaun Fleksibel atau Akaun 3. Bukan itu sahaja, KWSP juga memberikan pilihan kepada ahli untuk meletakkan sebahagian daripada simpanan Akaun Sejahtera (sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2) sebagai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel. Pilihan pindahan tersebut boleh mula dilakukan bermula 11 Mei hingga 31 Ogos. ARTIKEL BERKAITAN: Cara pindah amaun permulaan ke Akaun 3 KWSP Selepas pilihan pindahan amaun permulaan diluluskan, ahli boleh mula membuat pengeluaran. Bagi yang tidak membuat pindahan amaun permulaan, pengeluaran boleh dibuat sebaik Akaun Fleksibel…

Read More

JIKA anda buka aplikasi KWSP i-Akaun, dapat dilihat yang struktur akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berubah. Ini merupakan perubahan yang dibuat melalui inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP bermula 11 Mei lalu. Ia melibatkan semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun. Penstrukturan semula tersebut membolehkan simpanan ahli dibahagikan kepada tiga akaun, iaitu Akaun Persaraan (sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3). Akaun Fleksibel merupakan jenis akaun baharu yang diperkenal supaya ahli mempunyai pilihan untuk mengeluarkan sedikit daripada simpanannya pada bila-bila masa. Ini memberikan keanjalan kepada ahli dalam menguruskan simpanan persaraan…

Read More

ANTARA kesan penjajahan yang jelas pada sesebuah negara ialah martabat bahasanya.  Lebih-lebih lagi untuk negara di benua Afrika yang hampir semuanya terdiri daripada berbilang etnik yang menggunakan berbilang bahasa, globalisasi yang menjunjung keseragaman mendesak penggunaan bahasa asing sebagai bahasa utama. Banyak negara Afrika meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan ia merendahkan martabat bahasa-bahasa sukuan, sehingga ada yang diancam kepupusan. Ngugi wa Thiong’o menyedari kepentingan memelihara bahasa sukuan kerana dia sedar, bahasa bukan sekadar alat komunikasi, malah mampu membentuk fikiran penuturnya. Dalam bahagian akhir wawancara bersama Nanda Dyssou dari Los Angeles Review of Books (LARB), Thiong’o banyak mengulas tentang perkembangan…

Read More

DI Kenya, terdapat lebih 60 bahasa sukuan yang ditutur dan digunakan tetapi bahasa rasminya ialah bahasa Inggeris dan bahasa Kiswahili. Selama berpuluh tahun, Ngugi wa Thiong’o cuba mengangkat kedudukan bahasa-bahasa sukuan Afrika seperti bahasa ibundanya, Gikuyu. Dia mahu karya-karya kreatif dihasilkan dalam bahasa Gikuyu. Dia tak mahu bahasa Gikuyu ditelan zaman dan globalisasi tanpa arah di benua Afrika. Bahagian ketiga wawancaranya bersama Nanda Dyssou dari Los Angeles Review of Books (LARB) ini lebih tertumpu kepada persoalan itu – tentang letak duduk bahasa sukuan dan peranan terjemahan di mata Thiong’o. Wawancara ini disiarkan di laman web LARB pada 23 April 2017. NANDA…

Read More

RELEVAN hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Malaya (UM) pada 7 Mei dengan tiga tujuan: memenuhi jemputan, berkenalan dengan warga jabatan tersebut dan menulis sedikit catatan tentangnya. Namun, memasuki minit ke-15 di perkarangan Anjung Ilmu, tujuan keempat segera masuk dan  mendominasi: untuk menikmati hidangan hari raya pada 28 Syawal.  Lemang, rendang dan ketupat palas akan hilang dari menu lazim mana-mana majlis tak lama lagi, kami perlu memanfaatkan kewujudannya dalam bulan mulia ini sebaik mungkin. Maka, untuk beberapa puluh minit, tumpuan penuh diberikan untuk tujuan itu. Selesai makan, kami mulakan semula misi untuk tiga tujuan awal.…

Read More

DALAM bahagian 1, Ngugi wa Thiong’o menyorot kembara awalnya sebagai penulis, termasuk siri penyisihan yang dialaminya di Kenya. Soalan-soalan seterusnya oleh Nanda Dyssou lebih mendalami karya-karya Thiong’o dan sengsara yang menjadi latar penulisannya. Wawancara ini dijalankan oleh Nanda Dyssou dan disiarkan di laman web LARB pada 23 April 2017. NANDA DYSSOU: Dalam Birth of a Dream Weaver, awak merujuk warisan sejarah dan memori awak sebagai: “Imej-imej berbilang kekejaman yang dilakukan rejim pendatang orang putih di Kenya bersaing-saing dalam diri saya”. Dan, seperti yang awak cakap, awak telah menjadi mangsa cubaan bunuh, pemenjaraan, penganiayaan dan pengharaman. Adakah memori segala keganasan yang…

Read More

BELIAU antara nama yang disebut-sebut akan merangkul Hadiah Nobel Sastera untuk beberapa tahun. Walaupun belum berhasil menang, kesan yang ditinggalkan Ngungi wa Thiong’o terhadap dunia linguistik, terutamanya bahasa-bahasa ibunda yang tersisih, cukup besar. Banyak yang sudah berlaku dalam hidup Thiong’o, termasuk dipenjara dan dihalau keluar dari negara sendiri kerana menulis karyanya dalam bahasa ibunda. Namun, resmi benih yang baik – dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau – ketokohan beliau dalam bidang bahasa dihargai di negara-negara lain. Tidak ada cara terbaik untuk mengenali seseorang selain dari mulutnya sendiri. Maka, Relevan mengambil inisiatif menterjemah satu wawancara yang diadakan…

Read More