PERDANA Menteri membuka pembentangan Belanjawan 2025 dengan memetik ayat 22 Surah al-Baqarah: “Dia yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu, dan langit sebagai binaan, dan menurunkan air dari langit, lalu dengannya dikeluarkan beraneka buah-buahan sebagai rezeki buatmu. Maka janganlah kamu menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah, sedangkan kamu mengetahui.” Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya mengungkap tafsiran Imam al-Baydawi terhadap ayat tersebut. Antara sari mustahaknya, aturan alam oleh Tuhan adalah untuk manusia memerhati, merenung, mempelajari, mengolah dan menguruskannya dengan penuh amanah. Itu menjelaskan petikan nama pakar ekonomi oleh Anwar selepas itu, seperti Daron Acemoglu, Simon Johnson, James A. Robinson dan Thomas…
KU SYAFIQ KU FOZI
PERBELANJAAN kerajaan terbahagi kepada dua komponen, iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Anggaran perbelanjaan tersebut akan diumumkan dalam belanjawan negara setiap tahun, seperti yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober. Namun, angka yang disebut dalam pembentangan belanjawan tidaklah sepenuhnya kaku. Ia boleh berubah, terutamanya apabila berlaku perbelanjaan luar jangka yang mustahak untuk negara. Contohnya, angka asal peruntukan keseluruhan Belanjawan 2024 yang dibentang tahun lalu ialah RM393.8 bilion. Ia terdiri daripada RM303.8 bilion perbelanjaan mengurus dan RM90 bilion perbelanjaan pembangunan. Menurut Laporan Tinjauan Fiskal 2025 yang diterbitkan Kementerian Kewangan, jumlah peruntukan keseluruhan pada 2024 diunjur meningkat dan…
KAMI yang dewasa selalu rasa menyesal kerana tidak tahu beberapa perkara semasa kecil, menyebabkan kehidupan agak sukar menjelang dewasa. Contohnya, saya berharap semasa sekolah dahulu, ada orang dewasa yang menasihati supaya saya aktif dalam kokurikulum. Sebab sesungguhnya, aktiviti kokurikulum boleh membantu saya menjadi manusia yang lebih baik, terutamanya dalam bidang kerjaya. Bukan bermaksud saya patut masuk kadet bomba supaya boleh jadi bomba yang baik. Ia lebih luas. Aktiviti kokurikulum menawarkan kemahiran insaniah yang berguna untuk semua jenis kerjaya. Dengan kemahiran insaniah yang cemerlang, kerja boleh dijalankan dengan baik dan laluan kerjaya juga lebih lancar. Berikut saya senaraikan kemahiran insaniah yang…
BELANJAWAN 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini ialah belanjawan terakhir negara di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). Rancangan lima tahun itu mungkin yang paling dramatik dalam sejarah Malaysia. Dari persediaan awal hingga penutupnya tahun hadapan, RMK12 melalui empat kali pertukaran kerajaan. Permulaan dan pertengahannya juga mencabar kerana negara dibadai pandemik Covid-19. Belanjawan 2025 akan menutup rancangan tersebut dan pastinya perhatian akan tertumpu ke Dewan Rakyat pada Jumaat ini. Mencapai sasaran defisit fiskal Tajuk previu belanjawan oleh AmBank Economics pada 11 Oktober lalu: “All Eyes on Fiscal Deficit Target”. Memenuhi sasaran defisit fiskal akan menjadi cabaran terbesar kerajaan…
CAMAR digambarkan sebagai burung yang indah dalam lagu Camar Yang Pulang oleh Aishah. Burung pengembara itu menjadi metafora untuk kekasih yang jauh. Begitu juga dalam lagu Cinta Si Camar Putih oleh Headwind. Camar menjadi simbol kesetiaan cinta sebab camar, tidak seperti sesetengah manusia, antara haiwan yang tidak bertukar pasangan. Namun, secara realitinya, camar bukan burung yang disukai orang. Mungkin orang Malaysia meromantiskan kewujudan camar kerana burung itu tidak banyak di sini. Di kawasan yang banyak camar, United Kingdom contohnya, burung itu dibenci. Sebab mereka suka buat bising dan curi makanan orang. Bunyi yang dikeluarkan burung camar nyaring dan menjengkelkan. Ada…
MALIK punya dua anak, Iffah dan Syaja’ah. Kedua-duanya kembar tetapi tidak seiras. Iffah lebih putih dan redup sedangkan Syaja’ah berkulit sawo matang dan riaknya garang. Isteri Malik meninggal dunia semasa melahirkan Iffah dan Syaja’ah. Ketika itu, dia terasa macam dihempap gunung. Dunianya gelap dan bahunya berat dengan tanggungjawab. Dua anak gadis yang perlu dibesarkan berseorang buat Malik melihat dunia seperti musuh. Dia berhati-hati dalam setiap langkah dan sentiasa menjangkakan bahaya dari manusia lain. Tujuan hidupnya bertukar menjadi tunggal: dia mahu hidup untuk melindungi dua anak gadisnya. Apa-apa pekerjaan dibuat untuk matlamat tersebut. Nama Iffah dan Syaja’ah dipilih oleh isteri Malik…
ONE Two Jaga (arahan Namron, terbit 2018) tidak bergerak berpaksikan satu watak. Di tengah setiap watak ada ada cita-cita dan cita-cita itu yang menggerakkan cerita. Sugiman (Ario Bayu), Hussein (Zahiril Adzim), Hassan (Rosdeen Suboh), Adi (Amerul Affendi), Sumiyati (Asmara Abigail) dan Pak Sarip (Azman Hassan) — semuanya ada cita-cita yang mahu dikejar dengan cara mereka tersendiri. Satu hal yang menangkap perhatian saya ketika menontonnya berkali-kali di pawagam beberapa tahun lalu, penonton ditinggalkan dengan persoalan moral pada akhir cerita. Semua watak diberikan cita-cita baik tetapi turut dibebankan dengan tindakan yang buruk. Selepas tamat kredit, penonton menanggung persoalan besar — apa kompas…
SAYA baru pulang dari Ipoh ketika itu, menghadiri acara Konvensyen Ipoh Sound yang hampir sepenuhnya bersifat cakap-cakap. Di sana kami berbincang banyak hal. Antaranya, tentang peminat muzik yang tak suka acara cakap-cakap. Ini bukan merendahkan kelompok peminat mana-mana seni, ia sebuah pemerhatian. Sebab pengalaman beberapa orang di sana menunjukkan yang acara cakap-cakap seperti forum atau perkongsian lebih meriah apabila kelompok sasarannya peminat seni bukan muzik, seperti sastera atau seni halus. Bagi saya, ia tidak mengejutkan sebab peminat muzik pastilah mahu menikmati muzik, terutamanya dalam bentuk persembahan langsung. Mereka suka pergi konsert atau gig. Tapi tak juga dinafikan, acara perkongsian dan…
SETIAP pagi Purnama hanya melihat isterinya, Yam keluar membawa berbakul ikan untuk dijual di kedai-kedai. Dia pula menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Yam wanita tabah dan gagah. Itu antara ciri yang buat Purnama tertarik dahulu. Isterinya itu bukan saja cantik, malah dominan dan berdikari sejak remaja. Pernah sekali sewaktu kampung mereka diserang zombi, Purnama yang ketika itu bekerja sebagai pemandu bas hampir diterkam. Yam datang dan menyergah zombi itu. Purnama terselamat. Namun, segagah-gagah Yam, dia takut pada hantu Melayu. Cerita Kak Limah yang sudah meninggal dan jadi hantu buat Yam tak berani lagi mahu keluar awal pagi. Purnama mula gusar.…
1520 SEDGWICK Avenue, sebuah pangsapuri 18 tingkat di Bronx, New York menjadi saksi sebuah parti yang diadakan pada 11 Ogos 1973. Sekumpulan anak muda berhibur dengan pilihan lagu oleh seorang joki cakera (disc jockey – DJ) dan parti itu kini dianggap sebagai detik kelahiran muzik hip hop. Menurut catatan belum rasmi Adly Syairi Ramly di Instagram, pengaruh muzik tersebut masuk dalam budaya popular Malaysia 11 tahun selepas parti di Bronx. Ia boleh dilihat dalam beberapa babak filem Azura yang diterbitkan pada 1984, selain pengaruh filem Breakin’ Breakin’: Electric Boogaloo dan Beat Street. Ketika itu, menurut Adly, belum ada kumpulan hip…