Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Al-Baqarah, Confucius dan Rendra dalam Belanjawan 2025

    Al-Baqarah, Confucius dan Rendra dalam Belanjawan 2025

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 18, 2024Updated:October 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DATUK Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. - GAMBAR JABATAN PENERANGAN

    PERDANA Menteri membuka pembentangan Belanjawan 2025 dengan memetik ayat 22 Surah al-Baqarah:

    “Dia yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu, dan langit sebagai binaan, dan menurunkan air dari langit, lalu dengannya dikeluarkan beraneka buah-buahan sebagai rezeki buatmu. Maka janganlah kamu menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah, sedangkan kamu mengetahui.”

     

    Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya mengungkap tafsiran Imam al-Baydawi terhadap ayat tersebut. 

    Antara sari mustahaknya, aturan alam oleh Tuhan adalah untuk manusia memerhati, merenung, mempelajari, mengolah dan menguruskannya dengan penuh amanah.

    Itu menjelaskan petikan nama pakar ekonomi oleh Anwar selepas itu, seperti Daron Acemoglu, Simon Johnson, James A. Robinson dan Thomas Piketty.

    Pakar-pakar tersebut merupakan nama penting yang mengangkat tema kesenjangan atau jurang kekayaan sebagai antara topik ekonomi yang penting untuk dibahas dan dibincang.

    “Dalam pergolakan politik ada revolusi fiskal” – Thomas Piketty

    Belanjawan 2025 menyediakan peruntukan tertinggi untuk membantu golongan miskin. Sejumlah RM13 bilion dibelanja untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara), peningkatan sebanyak RM3 bilion berbanding Belanjawan 2024.

    Tidak dilupa, peningkatan itu merupakan hasil daripada langkah kerajaan membaiki pengurusan, meluruskan ketempangan, mengelak ketirisan dan menyasarkan bantuan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2025: STR, bantuan keluarga miskin dan inisiatif lain

    Maknanya, perbelanjaan yang cekap dan bersasar menatijahkan penjimatan, lalu penjimatan tersebut disalurkan untuk membantu golongan yang memerlukan.

    Mungkin belum cukup untuk membaiki masalah jurang dalam negara secara menyeluruh tetapi usahanya itu selari dengan apa yang diperjuang para pakar yang dipetik.

    Begitu juga usaha penyasaran subsidi petrol RON95 yang, hasratnya, dapat mengekalkan bantuan untuk golongan memerlukan tetapi menarik kemudahan untuk golongan kaya dan warga asing.

    Cuma cabarannya ialah pelaksanaan. Untuk itu, kita perlu tunggu pengumuman seterusnya daripada kerajaan.

    “Yi cuo zai cuo” – Confucius

    Menaikkan lantai pendapatan rakyat juga langkah penting untuk mencapai keseimbangan kekayaan yang lebih baik. 

    Langkah paling menonjol dalam Belanjawan 2025 pastilah peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700. 

    Tidak dilupakan juga, peruntukan khas untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dapat membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan.

    Cuma, usaha untuk menyelesaikan masalah golongan “pertengahan dihimpit” seperti dinyatakan dalam rencana sisipan Tinjauan Ekonomi 2025 terbitan Kementerian Kewangan tidak nampak dengan jelas.

    “Pertengahan dihimpit” merujuk golongan pendapatan pertengahan yang tidak mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan seperti dasar gaji minimum, juga tidak mendapat impak positif daripada kemajuan ekonomi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2025: Di sebalik angka RM421 bilion

    Membantu golongan miskin itu perlu tetapi memerangi kesenjangan juga bermaksud golongan pertengahan tidak dikesampingkan.

    Kerajaan maklum dengan hal itu. Ia dapat dilihat dalam pelbagai ucapan wakil kerajaan serta laporan tinjauan itu sendiri. 

    Jika ia tidak diendahkan, maka bertentanganlah langkah itu dengan idea Confucius dalam The Analects yang dipetik Anwar: jika berlaku kesilapan, dan kita tidak membetulkannya, maka itulah kesilapan yang sebenar.

    Juga idea kedua Confucius yang dipetik Anwar tentang putaran ganas. Kesilapan sama jangan diulang berkali-kali.

    “Kita hanya menjadi alat birokrasi!” – WS Rendra

    “Kita adalah angkatan gagap

    yang diperanakkan oleh angkatan takabur”

     

    Itu petikan Sajak Anak Muda oleh WS Rendra yang tidak dibacakan Anwar dalam ucapannya. Dia petik dua stanza sahaja.

    Rendra berapi-api mengkritik sistem pendidikan dalam Sajak Anak Muda. Api sama turut membakar dalam Puisi Pertemuan Mahasiswa dan dalam Maskumambang, ada bara yang menyala.

    Susah kita nak jumpa rancangan menambah baik pendidikan negara dari segi kandungan dalam pembentangan belanjawan. Sebab yang dibentang itu belanjawan – wang-wang yang mahu dibelanja. Sebab itu lebih banyak perincian tentang pembangunan infrastruktur yang ditemui.

    Cuma, harapnya, kerajaan menyimpan semangat Rendra dalam perancangannya tentang pendidikan. Rendra kata:

    “Di dalam kegagapan

    Kita hanya bisa membeli dan memakai

    Tanpa bisa mencipta”

     

    Tiga baris itu mengandungi semangat pembebasan. Menolak minda terjajah. Menggalak kemerdekaan mutlak.

    Di dalamnya ada roh Paulo Freire, Ngugi wa Thiong’o, Usman Awang malah Mukmin Nantang. Anwar kenal semua nama ini.

    Untuk mencapai kemerdekaan fikiran yang mutlak, tidak dapat tidak, ia bermula bermula dari institusi pendidikan. Tanpa menafikan keperluan pembangunan infrastruktur, pembangunan kandungan pendidikan juga tidak kurang mustahaknya.

    Jika kerajaan perlu berbelanja untuk mencapai matlamat itu, berbelanjalah secukupnya. Sebab pendidikanlah alat pembebasan yang paling utama.

    Tanpa perubahan dalam kandungan pendidikan, gemulah Rendra akan terus menghantui dengan soalan:

    “Apakah kita dipersiapkan

    Untuk menjadi alat sahaja?”

    – RELEVAN

    Previous ArticleMemerangi gula, naik taraf kemudahan dan inisiatif kesihatan lain dalam Belanjawan 2025
    Next Article Panduan memahami komponen pendapatan dan hasil dalam Belanjawan 2025

    Artikel berkaitan

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.